*

Wednesday, 7 July 2021

Kepak Ayam Masak Korea

Assalamualaikum..
Apa khabar blogger semua..
Kawan-kawan masak apa hari ni? 
Kadang-kadang kia buntu nak masak apa kan. Hari-hari kena masak, boring lah pulak bila menu di ulang banyak kali. Menu pun kena tengok apa yg ada dlm stock bahan masakan. Zaman pkp ni tekak x boleh nak mengada sangat. Bahan apa yg ada dirumah kita..kita gunakan seadanya..
Dalam pada buntu nak masak apa..bila nampak kepak ayam dlm freezer terasa nak makan masakan korea yg Missoya selalu oder. Masakan ini senang dimasak dan sedap..
Mari akk share resepinya. Resepi cara akk lah ye..😄
1 pack kepak ayam keluaran ladangku. Dlmnya angaran  ada 8-10 pcs. Tak ingat berapa sebenarnya.Potong 2 dan bersihkan..
2 inc halia muda
3 pcs bawang putih sederhana besar
*2 bahan ini ditumbuk halus.
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit, garam dan perasa
Tepung beras secukupnya
Semua bahan di di gaul bersama ayam dan di perap. Ikut suka berapa lama nak perap. Sebelum ayam di goreng taburkan dn gaulkan dgn tepung beras. Goreng sampai garing.

Bahan untuk sos dia..
1/2 cawan sos chili
1/2 cawan sos tomato
1sudu makan serbuk cili, nak pedas lebihkan
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1sudu kecil serbuk lada sulah
1sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji bawang putih di cincang
Sedikit gula melaka.
Sedikit bijan di sangai
Sedikit daun bawang
Dalam kuali..tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak sampai wangi. Masukkan semua bahan sos dan bahan lain. Kacau sampai rata. Kalau sos  tu pekat boleh tambah sedikit air. Masukkan sedikit gula melaka untuk rasa manis2 sikit. Tambah kan perasa jika mahu. Masukkan ayam goreng balik-balikkan. Bila semua dah terbalut rata angkat dan hidang. Taburkan bijan dan daun bawang..
Selamat mencuba..













2 comments :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..