*

Monday, 22 November 2021

Kuliah Dhuha

3 comments :
Assalamualaikum..
Salam n selamat sejahtera semua..
Bila berpindah kerumah yang akk duduki sekaramg ni sejak 10 tahun lalu..aktiviti harian akk berlaku sama seperti semasa tinggal di rumah lama. Dapat ramai kawan2 baru yg baik hati dan budiman.. sehati dan sejiwa dengan akk..
Banyaklah aktiviti yang di anjurkan olih AJK Muslimat surau kami.
 Kuliah dhuha adalah salah satu aktiviti tetap hampir setiap minggu. Ada beberapa ustazah yg di jemput untuk menyampaikan kuliah mengikut jadual masing2.

 Ada orang kata..kita adalah siapa orang yang disekiling kita dan siapa kawan2 kita..

Semalam ustazah kami..Ustazah Masirah hadir kesurau kami untuk menyampaikan/mengijazahkan kepada kami kitab bacaan yasiin mustajabah. 
Bacaan yasiin ini adalah sebahagian dari aktiviti kami. Sejak PKP ini banyak ilmu yang dapat dipelajari bersama guru hanya dengan memalui google meet.  Masa mula2 mengunakan gm ni agak kekok dan rasa tak puas.. lebih suka dan selesa belajar secara bersemuka..
Tapi bila sudah boleh bersemuka..rasa lebih selesa pula belajar melalui G meet saja. Tak perlu nak bersiap sedia dan keluar rumah..hihi


Ustazah Masirah dan kitab yang diijazahkan kepada kami..
alhamdulillah..

Peserta yang hadir terdiri dari rakan2 dan jiran setaman

Akk di sapa seseorang..bila berpaling terus dia bertanya “ ini pangkin nenek kan? Tergagap2 akk menjawap. yek! *Bluurrr sekejap sbb dah terlupakan blog sendiri..hehehe
“Ya Allah. kak..kenapa akk x menulis lagi..saya suka buka blog akk n baca cerita akk? 
Tergamam akk sekejap. ehh.. tak sangka pula ada yg berminat nak baca coretan akk di blog..
Terima kasih Rosyati sudi baca coretan akk. Rosyati pun suka juga baca coretan dari blog cahaya hidupku, kakcik Jauriah dan blog2 lain. Kiranya peminat blog mak2 lah nie..😘
Rosyati pun ada mention yg Blogger Khamsiah Yusof telah kembali kepada Penciptanya. Baru akk tahu..😒
Alfatihah..untuk  arwah..
 Wefi bersama Rosyati, Norhayati cahaya hidupku dan salah seorang sahabat kami..


Patuh SOP bawa sejadah sendiri dari rumah..

Dua orang makcik kat belakang tu..bz bersiap nak balik bila selesai majlis..

Terima kasih sudi membaca sampai habis..
Akk doakan semua sihat dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah..aamiin

Tuesday, 13 July 2021

Serawa Machang

17 comments :
Assalamualaikum..
Akk nak share resepi serawa machang..resepi nie perkongsian dari seorang sahabat dalam group wassap mengaji akk..
Kami dapat buah macang..orang Johor panggil buah bacang kut.. pemberian dari Yati Isa  rakan blog merangkap jiran tetangga akk πŸ˜„
Pertama kali tahu yg buah machang ni boleh dibuat serawa sebagai pencuci mulut. Biasanya buah macang ni akk buat sambal belacan atau makan begitu saja..
Senang jer nak buat tak guna banyak bahan pun..
Cuma perlukan susu/santan kotak/santan fresh secukupnya, sedikit gula perang dan sedikit garam.
Jika suka guna santan kotak..tambah air secukupnya dan sedikit garam..panaskan. jika nak guna santan fresh..perah santan dgn air masak. Akk guna susu segar..senang dan cepat.
Potong kacil atau ikut suka cara mana nak potong buah macang. Campur semua bahan dalam bekas dan gaul sampai rata. Sejukkan dulu baru makan..dap.. dap..πŸ˜‹πŸ˜‹

Friday, 9 July 2021

Sup Mee Maggi Bodo-Bodo

7 comments :
Assalamualaikum..
Ini story semalam
Akk masak sup mee maggi bodo-bodo..
Lockdown ni malas nak ke mana-mana walaupun di benarkan keluar seorang. Bila betul-betul perlu baru akk keluar. Setakat nak buat sarapan pagi..apa stok makanan yg ada itulah rezeki kami..
Alhamdulillah..


 Akk guna 3 paket mee maggi. Rempahnya akk ketepikan x guna. Celor sampai lembut..bilas n toskan..



Tumiskan 2 ulas bawang putih cincang n masukan 2 cmt lada sulah dan 1 kuib pati ikan bilis. Masukan air secukupnya. Masukan batang daun bawang dan batang daun saderi. Dah mendidih perasakan garam dan masukkan telur sebiji sebiji. Kecilkan api supaya telor masak secara perlahan dan tak pecah..



Masukan mee maggi dalam mangkok tuangkan sup dan telor diatasnya dan tabur daun sup dan bawang goreng..


Selamat mencuba..

Makaroni Goreng Kampung

No comments :
Assalamualaikum..
Akk tunaikan janji akk nak share masakan Makaroni Goreng Kampung..
Idea tercetus sebab buntu nak masak apa hari ini. Hari-hari kan kena masakk..soo bagi gegar sikit pala nie bagi berhubung..hehe

Nampak sedapkan..memang sedap pun..πŸ˜‹

Rebus makaroni sampai lembut..

Kisar ikan bilis,udang kering, cili padi. Cili merah dan bawang putih. Agak-agak lah ye. Balance kan dgn banyak mana makaroni..

Kacang buncis dan daun bawang

Tumis bahan kisar..bubuh garam dan perasa.
Masukan makaroni..tumis hingga merata. Masukkan sebiji telur yg dipukul terlebih dulu dgn 1/2 cawan air. Masa ni kalau rasa makaroni belum cukup rasa masinnya..boleh tambah sedikit dlm bancuhan telor. Kacau sampai telor masak merata..

 Selamat mencuba..πŸ˜‹πŸ˜Š



Wednesday, 7 July 2021

Kepak Ayam Masak Korea

2 comments :
Assalamualaikum..
Apa khabar blogger semua..
Kawan-kawan masak apa hari ni? 
Kadang-kadang kia buntu nak masak apa kan. Hari-hari kena masak, boring lah pulak bila menu di ulang banyak kali. Menu pun kena tengok apa yg ada dlm stock bahan masakan. Zaman pkp ni tekak x boleh nak mengada sangat. Bahan apa yg ada dirumah kita..kita gunakan seadanya..
Dalam pada buntu nak masak apa..bila nampak kepak ayam dlm freezer terasa nak makan masakan korea yg Missoya selalu oder. Masakan ini senang dimasak dan sedap..
Mari akk share resepinya. Resepi cara akk lah ye..πŸ˜„
1 pack kepak ayam keluaran ladangku. Dlmnya angaran  ada 8-10 pcs. Tak ingat berapa sebenarnya.Potong 2 dan bersihkan..
2 inc halia muda
3 pcs bawang putih sederhana besar
*2 bahan ini ditumbuk halus.
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit, garam dan perasa
Tepung beras secukupnya
Semua bahan di di gaul bersama ayam dan di perap. Ikut suka berapa lama nak perap. Sebelum ayam di goreng taburkan dn gaulkan dgn tepung beras. Goreng sampai garing.

Bahan untuk sos dia..
1/2 cawan sos chili
1/2 cawan sos tomato
1sudu makan serbuk cili, nak pedas lebihkan
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1sudu kecil serbuk lada sulah
1sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji bawang putih di cincang
Sedikit gula melaka.
Sedikit bijan di sangai
Sedikit daun bawang
Dalam kuali..tumis bawang putih cincang dengan sedikit minyak sampai wangi. Masukkan semua bahan sos dan bahan lain. Kacau sampai rata. Kalau sos  tu pekat boleh tambah sedikit air. Masukkan sedikit gula melaka untuk rasa manis2 sikit. Tambah kan perasa jika mahu. Masukkan ayam goreng balik-balikkan. Bila semua dah terbalut rata angkat dan hidang. Taburkan bijan dan daun bawang..
Selamat mencuba..













Sunday, 23 May 2021

Duit Sumbangan Raya

6 comments :
Assalamualaikum
 
Salam aidil fitri 
Semenjak semua anak-anak mula berkerja dan berumah tangga, pemberian duit sumbangan raya yang anak-anak dan menantu beri semuanya akk simpan dan kumpul di dalam satu akaun. Tujuan asal menyimpan duit pemberian mereka adalah untuk kegunaan jika mereka memerlukan bantuan di saat kecemasan. Tak perlulah akk gunakan simpanan akk untuk membantu mereka. Alhamdulillah...Allah memberikan kecukupan rezeki buat akk dan mereka sekeluarga. Memang telah menjadi kebiasaan akk.. setiap rm yang akk terima akk akan catit dalam satu buku catitan, dan asingkan dalam lain2 akaun..
 
Baru2 nie..hati akk terdetik nak gunakan duit didalam akaun tersebut. Bila lagi nak diguna kan kalau bukan sekarang..nak menafaatkan pemberian anak menantu.. lagilah zaman sekarang nie..apa-apa pun boleh berlaku. Setelah di fikirkan baik-baik akk pun merialisasikan angan-angan akk untuk memiliki sesuatu yg berharga yang akk idamkan..Alhamdulillah..πŸ’“πŸ’“
lain orang lain caranya..
Sekadar catatan buat kenangan bersama anak menantu hasil duit sumbangan raya mereka..