*

Thursday, 13 August 2020

parkinson's disease

13 comments :
Assalamualaikum..

Setelah sekian lama laptop ini terbiar.. kerana sudah ada penganti yang lebih comel..maka hari ini tergerak hati nak gunakan dia semula. Sebab apa? tetiba rindu nak update blog ni..hihihi

Apa khabar semua kawan-kawan blogger akk? nampak gaya semuanya sihat. bila ada update tu tak kiralah di fb ke.., di insta ke..,itu menandakan kawan-kawan sihatlah ye. yang tak update tu mungkin bizi dengan urusan harian dan harap kalian sihat sejahtera hendaknya..

Kita ni kan kekadang sebelum atau semasa nak update blog membuak2 idea datang. Bila start menaip idea semua terbang  entah kemana perginya..last2 blurr..hihi. Maka tercatitlah dan terluah lah apa yg terlintas di fikiran ini saja..

sambil berblog sambil tengok TV. temankan en papa. inilah tempat lepak dia..

Sejak PKP ni pergerakkan akk agak terbatas di sebabkan keadaan en papa yang kurang sihat. Sebelum PKP en papa telah di diagnose mengidap parkinson's disease. Mulanya akk terkejut juga tapi lama2 akk redho dengan apa yg ditakdirkan. Awalnya Doc kata en papa dapat penyakit  saraf di sebabkan terlalu lama makan ubat ubatan. Puaslah kami berubat dan berurut merata tempat tapi takde satu pun yang serasi. Sebenarnya awal tahun 2018 kami dah mula nampak perubahan pada en papa, pergerakan agak lambat dan mengadu lengoh kaki dan sesekali dia mengeletar. pertuturan pun agak lambat dan getaran tangan makin kuat. Doc masih lagi kata saraf keras dan kena tambah ubat saraf. Jadi sepanjang  tempuh itu tiada apa2 yg boleh kami buat. Pertengahan tahun 2019 akk gesa doc untuk buat pemereksaan menyeluroh ke atas en papa. Keputusanya en papa mengidap parkinson's disease stage satu.

Kalau dulu en papa boleh lagi drive dengan pantauan akk. Tapi sekarang anak-anak tak bagi lagi en papa drive walaupun en papa kata dia still boleh drive. Tapi sesekali terlepas juga bila dia kata nak ke surau jumpa kawan-kawan atau nak kekedai membeli barang keperluannya. 

Jadi dalam tempoh ini dan akan datang pergerakkan akk pun turut terbatas. maklom en papa dalam kebanyakkan masa kena berehat dan tidur kerana ubat yg dia makan menyebabkan rasa mengantuk. walaupun en papa masih boleh menguruskan diri sendiri..tapi memandangkan usia pun sudah agak berusia..en papa perlukan ada orang  yg sentiasa temankan dia. sekarang ni akk dah jadi fulltime lady driver laa..


Friday, 31 January 2020

Taufufa segera

No comments :
Assalamualaikum..
Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..keluar bila betul-betul perlu saja..
Bila sesekali keluar cuma beli barang keperluan dapur. Masa membeli nilah x fikir apa yg nak dibeli dah. Semua benda nak di beli..walaupun bukan barang keperluan dan penting samgat pun..
Teringin nak mkn tau fu fa. Selalu ada jer orang jual kat pasar malam atau gerai ditepi jalan. Dah kata malas nak keluar..malas juga nak pergi mencari. Beli saja yg ready made  segera…

Boleh terus cpt makan




Ikut sukatan yg tertera pada bungkusan dan cara memasaknya. Siap.