*

Tuesday, 23 April 2019

Rasa nak tutup blog

10 comments :
Assalamualaikum..

Selepas solat subuh tadi tetiba terlintas di fikiran akk nak settlekan semua perancangan yang ada dalam fikiran akk. Salah satunya nak deactivkan semua blog akk. Taknak lah nanti tinggal sepi macam tu aje..

Bila buka blog baca komen kawan-kawan satu persatu..rasa terhibur pulak hati ini. Ada semacam rindu untuk melawat blog kawan semua. Selepas di selak satu persatu entry..rasa seronok membacanya semula walaupun ada kalanya ayat yang akk sendiri pun tak paham bila membacanya..hehehe
sedih pulak jika deactivkan..😢

Sejujurnya..masa sangat mencemburui di usia seperti akk. 24 jam masa yang ada seolah tidak berbaki. Jadi buat sajalah apa yang termampu..
Berbalik kepada hasrat hendak mendeactifkan blog tu..nampaknya tak jadilah. Cuma akk nak delete entry yang rasanya terover emosi..yang rasanya kut2 ada hati yang terluka atau terasa..
Atau apa-apa yang akk rasa tidak sepatutnya ia berada dalam entry tu..
Maafkan akk jika ada salah silap..samaada perkataan atau perbuatan..yang tersembunyi atau nyata. Kita hanyalah milik Allah..
yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT..yang serba kekurangan datangnya dari diri kita sendiri..