Assalamualaikum...
Morning walk ambil angin pagi..
Rasa segar badan dan pernafasan..dapat menghirup udara pagi yang masih segar..
Morning walk ambil angin pagi..
Rasa segar badan dan pernafasan..dapat menghirup udara pagi yang masih segar..
Alhamdhulillah.. matahariku muncul lagi...
Sangat beryukur dapat melihat kemunculan matahariku setiap hari,
Kerana Allah masih sayang lagi..di beri lagi peluang untuk menginsafi diri...
Merenong matahari lama2 membuatkan hati merasa gerun dan gementar, sayu dan hiba. Pemandangan yang hanya boleh di lihat sementara saja.. kerana bila2 masa saja Maha Penciptanya boleh menghilangkan pemandangan itu dari kita.. Subhanaallah..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan kepada akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain "
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
Semoga Kau tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang sesat. ( Surah Al-Fatihah ayat 6-7 )
Nampak ranting kayu dah bersusun ni.. ada rasa nak bako ikan pulak, buat santapan tengahari nanti. Tapi bako dalam oven ajelah...hehe