*

Saturday, 18 November 2017

Osaka Nagoya day 2

Assalamualaikum..
Dari station bas Nagoya kami naik train ke Uchiyama 2 chome. jauhnya perjalanan lebih kurang 20 minit. sampai station berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke homestay yang kami sewa. Selesai mempersiapkan diri dan selesai urusan kewajipan.. terus landing letihnya tak terkata..

Kami bersarapan pagi seadanya dengan bekalan yang ada. maggie wajib ada..juga makanan dalam tin..brahim..adabi..bubur nasi dan yang seangkatan dengannya. Ada sambal bilis kering dan roti yang rakan travel kami bawa dari Msia, ada pelbagai jus buahan yang boleh dibeli, nasi dan roti putih juga boleh di beli di family mart dekat deretan kedai sebelah homestay kami. Kali ini takde sesi masak memasak seperti trip ke Osaka tahun lepas..
 * maaf trip Osaka tahun lepas belum pun update..heheh..


program hari kedua ..anak akak nak ke lokasi event bersama rakannya. adalah urusan yang mereka nak buat.. 
Sebelum tu kami jalan2 ke  Oasis 21 taman yang berdekatan dengan Nagoya TV Tower dan ke Shopping Mall Takashiyama. Plan asalnya akk ikut serta dalam kumpulam mereka..tapi bila sampai ke shooping Mall tuu..akk lebih rela duduk di shooping mall daripada ikut mereka..malas nak jalan kaki jauh. jalan2 kat shopping mall ada baiknya..boleh akak cuci2 mata..hehehe



taman Oasis 21



view di sekitar Nagoya TV Tower






Sekitar Shopping Mall Takashiyama.
akak lepak kat sini sesorang. jalan2 sambil cuci mata..tapi tak boleh cuci poket..huhuhu
apa yang akk nmpk orang jepun ni tidak berjalan dalam kumpulan yang ramai. paling ramai pun 3 orang dalam satu keluarga.
pada mulanya akak cuak juga lepak sesorang kat sini..maklumlah tempat orang yang susah nak bersoaljawab..macam ayam dengan itik..kalau jadi sesuatu haru juga jadinya..
tapi akak tawakkal.. berbekalkan internet kan hado !
tapi tak berani nak jalan jauh2..takut terlupa atau terlepas pandang tempat yang dijanjikan nak jumpa semula dengan anak akak..



bestnya di Jepun ni naik eskelator pun ikut barisan..mereka ikut barisan sebelah kanan..barisan sebelah kiri untuk penguna yang nak jalan cepat..






seharian kami habiskan masa jalan2 di sini..

18 comments :

  1. Cantiknya gambar latar langit biru..

    ReplyDelete
  2. WAH JLN JAUH KE NAGOYA SERONOK TU

    ReplyDelete
  3. Syoknya tengok orang Jepun. Naik escalator pun ada disiplin...

    ReplyDelete
  4. bestnya kak dah sampai osaka

    ReplyDelete
  5. Depa di jepun guna istilah apa ya untuk homestay...

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. There must have been many difficulties in providing this information. 우리카지노 Nevertheless, thank you for providing such high-quality information.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..