*

Thursday, 6 July 2017

Banda Aceh..sehari semalam saja..

15 comments :
Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri ualls..maaf zahir batin..
kisahnya.. awal ramadhan lepas akk bersama anak-anak dan cucu ke Aceh lagi buat kali keempat. entah apa tarikannya kesana lagi tak dapat nak dipastikan. cumanya akk merasa seronok kesana kerana ada sesuatu yang bila akk buat mendapat kepuasan..
Seperti ramadhan tahun lepas..ramadhan kali ini kami kesana dengan menambah satu lagi tujuan ..
Selain anak-anak yang suka shopping pakaian dan tudung di sana..yang boleh dikatakan sedikit murah dan terkini dari pasaran diMalaysia..kami juga membawa misi dari kawan-kawan yang berkirim derma sumbangan untuk anak-anak yatim disana..
Alhamdhulillah..telah selamat kami sempurnakan..semuga usaha kawan2 mengumpul sedikit dana untuk anak-anak yatim di sana mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT..

 

Awal pagi kami sudah ke airport dan bersahor di sana. bagasi kami pun ringan..kerana pemergian kami sehari semalam saja. Kami menempah seorang tourguide yang biasa  kami gunakan khidmatnya dan khidmatnya sangat tip top juga tidak berkira sangat. jika kawan2 ingin kesana boleh hubungi Syah +62852-7782-3343..

Biasalah AirAsiakan.. kalau tak delay tak sah..
Sampai saja disana..Syah tour guide kami terus membawa kami kelokasi yang di janjikan..



 keadaan persekitaran di mana-mana rumah anak yatim sama saja. terasa kesunyiannya. lagi lama kita tinggal disana lagi sebak rasanya..



Setiap sumbangan perlu di isi dalam borang menerima dan di minta untuk menulis apakah doa-doa yang di minta.. untuk dibacakan olih anak-anak yatim tersebut. manalah tahu mungkin ada doa yang mustajab dari mereka..



Inilah satu-satunya pasar atau shopping komplek di Banda Aceh. Pasar sebesar Pasar Siti Khatijah di Kelantan..sangat sibuk dengan pengunjung setempat. Ramai juga terjumpa orang Malaysia shopping disana..

 mereka pula suka membeli haruman dikedai ini. harumannya tahan lama dan yang penting boleh dibawa solat..

Satu lagi tarikannya pada kami..keropok malinjau yang nipis dan sedap. sudah mahal lah pulak..

  




 Sampai masa berbuka..kami berbuka di hotel. HERMES PALACE HOTEL.. menyediakan segala jenis makanan yang tak jauh bezanya dengan makanan di Malaysia. kiranya kenalah dengan selera kami. Inilah satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang di Banda Aceh. akk merasa kagum dengan cara pengurusan hotel tersebut. Bila sampai waktu berbuka..semua kakitangan hotel termasuk tukang masak dan peramusaji duduk menikmati juadah berbuka bersama2 di ruang yang sama dengan pelanggan. Suasana tenang dan sangat selesa..
Selepas menunaikan kewajipan..jam 10 mlm kami keluar lagi untuk meneroka pasar di tepi2 jalan pula. waktu maghrib semua kedai di tutup dan selepas solat teraweh barulah kedai dibuka semula. Suasana sangat meriah dan merasa seronok dengan sambutan  ramadhan disana. Anak-anak pun seronok memilih tudung yang di jual murah dan yang penting kami merasa sangat selamat selama berada di sana. ..
teringat zaman kanak-kanak akk..betapa seronoknya dapat pergi kedai cina beli baju chet untuk hariraya..hehehe


Penat jalan2 sepanjang jalan tu..waktu nak balik hotel kami singgah ngeteh..oppps maaf ngopi di satu warong yang popular dengan minuman kopi terbalik..
dapat minum kopi terbalik buat mata ni celek sepanjang malam..



lawan pulak dgn chuuruss ni..ermmm memang ngam lah..
Selepas sahor kami bersiap2 pula untuk pulang. insyaallah jika di izinkanNya kami akan datang lagi..




Gambar dalam blog hilang..kenapa ye?

9 comments :
Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri ualls..maaf zahir dan batin..

 Membaca semula entry lama baru akk perasan ada sebahagian gambar dalam entry lepas akk hilang..kenapa ye? Boleh ke kawan2 beritahu sebabnya dan bagaimana nak dapatkan semula gambar2 tu..huhu

Walaupun dah bertahun main2 menaip dalam blog..akk ni masih lagi tahap baru belajar..huhu

 Sesekali seronok juga toleh/membaca kebelakang melihat apa yang di taip dalam blog sebelum ini. Bila tengok sebahagian gambar dah hilang..terus hilang keseronokannya. Mungkin pada orang lain apalah sangat membaca entry lepas yang entah apa2 di tulis. Tapi pada akk itulah karya yang mampu akk nukilkan buat kenangan dan mengenang moment indah semasa akk menaip entry tersebut..



Di mana sepatutnya kita simpan folder gambar utk di siarkan dalam blog. Bila di delete folder gambar tu terefect ke semua gambar dalam blog tu?

Pressure Cooker Philips

7 comments :
Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri uolls.. maaf zahir dan batin..
Ntah mimpi apa tetiba akk teringin nak buat satu entry..
Masa terima wassap kawan kata nak datang rumah beraya..akk terfikir apakah menu ringkas yang nak di hidangkan..

Akk memang dah plan nak masak rendang ayam buat stok untuk hari sabtu dan ahad.. manalah tahukan..mungkin akk akan menerima tetamu pada hari tersebut...kerana pada hari tersebut akk dah mula dengan aktiviti marhaban. Jika ada tetamu datang senang dah akk..cuma keluarkan dari freezer dan terus ke microwave untuk dipanaskan.
Bila rendang dah masak.. dok fikir pulak nak makan dengan apa ye? Kebetulan ada baki stok beras nasi impit adabi dalam gobok dapor akk..
Nak rebus 4 biji jer..tapi memikirkan kena rebus 3 jam juga..makanya mcm tak jadi jer nak merebus..

Tetiba teringat pressure cooker philips yang akk selalu guna untuk merebus tulang setiap kali nak buat sup tulang dan memasak nasi setiapkali anak anak berkumpul makan ramai2. selama ini..itu aja fungsinya yang akk tahu guna periuk ni..

Apa kata akk try merebus nasi impit guna pressure cooker philips ni pulak. Ghupanya senang saja guna..30 minit dah masak. Sangat cantik kejadiannya.. sangat lembut jadinya..



Peruk ini akk dapat redeem dari point BHPetrol..


Masa merebus nasi impit tu akk guna kaedah masak tekan butang beef n mutton.
memula masukan beras nasi impit dan air secukupnya..sampai tengelam beras..jangan lupa letak garam sikit..tutup periuk dan tekan butang beef n mutton. 30 minit dah masak. lepas tu keluarkan wap dia sampai habis..baru buka pentup dan keluarkan..

padat dan lembut sangat. nampak gayanya lepas ni selalulah akk merebus nasi impit..