*

Friday, 13 January 2017

Tazkirah Jumaat

10 comments :
Assalamualaikum

Salam jumaat sahabat bloggers yang di kasihi sekelian..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Bacalah al-Quran dan menangislah, jika tidak boleh menangis buat-buat menangis


 

Rindu dengan suasana halaman rumah yang di penuhi dengan pokok bunga rose seperti dahulu. meriah dan ceria..
Tiada apa pun yang kekal di dunia ini..sampai masanya ia akan pergi jua..



Wednesday, 4 January 2017

menu makan tengahari..ubat lipas baygon

12 comments :
Assalaamualaikum.. 

Siang tadi malas nak ikut En. Papa keluar berurusan..lagi pun badan tak berapa hendak sihat. Rasanya duduk rumah berkemas lagi baik. Gerimis dan mendong membuatkan perut cepat berkeroncong. Sedang memikirkan menu apa yang nak di makan tengahari nanti.. Belek-belek makanan frozen dalam petiais..jumpalah lebihan masak asam pedas ikan pari. Berapa lama tersimpan dalam tu ky dah tak ingat. * lain kali nak bubuh lebel biar senang nak ingat tarikh..tidaklah sampai termakan masakan yang luput tarikhnya
Ada pulak sekor anak kerapu yg belum dimasak dalam tu.. haaaa..
jadi akak panaskan asam pedas tu dan lebur sekali anak kerapu kat dalam kuali..hehe 

Pastu tumis buncis dgn telor..guna perencah maggie ikan bilis jer. Ingatkan nak goreng ikan gelama..makan panas-panas tentu sedap..minyak pulak habis..huhu. maklum org jarang kedapur..barag keperluan dapur  habis pun x perasan..hahaha 
Kebetulan En. Papa balik..ky suruh dia pergi beli minyak masak. lambatnya kemain.. jenoh menunggu tak balik2. tunggu punya tunggu tak balik2..Last2 akak sumbat balik ikan gelama tu dalam petiais..hehehe 
Itu ler kisahnya menu yang terhidang tengahari tadi..😂😂😂😝


 Cukuplah mkn berdua je kan.
 Buah longan dalam tin sebagai pencuci mulut.


 bila papa balik dia bawa sekali ubat lipas spry jenama baygon.
Bila ky tanya nàk buat apa dgn spry tu..di rumah ni ada banyak lagi ubat spry lipas tapi jenama lainlah..
katanya.. untuk halau/racun anai anai..
Kisahnya..
rumah ky pernah di serang anai2 pada tahun lepas di ruang makan dan kabinet dapur kering. Ky dah panggil pest control untuk letak perangkap dan letak racun..hilang dah..tak ada datang lagi. Kali ini dia serang dapor basah pulak. Habis kabinet kayu bawah sinki dia jelajah. Sedo2 dah penoh jadi perkampungan dia pulak. 
En. Papa kata..kawan dia kata cuba spray dgn ubat lipas tu..tapi yang jenama baygon..berkesan  Katanya. Dia pernah buat dan anai2 hilang/lari laju - laju..hehehe..ituu yg En. Papa beli baygon tu..lagi pun murah katanya. Di kedai kawan dia tu jual mahal..sampai  RM14++ setin. Di mini market dekat rumah kitaorg cuma RM11++ je. Haisss...pakcik mamak  ni main2 harga pulak nmpknya ��