*

Saturday, 3 December 2016

roti canai goreng

Assalamualaikum..

* Ini cerita semalam..
Hujan sehari suntuk..cuaca pun sejukk...
Kalau dah takde kerja apa lagi nak dibuatnya..tarik bantal terus lena ler...
Lama tak dapat tidor siang. Sesekali dapat tidor siang syoknya. Seronok sangatlah kononnya..
Bangun tidor terasa laparlah pulak. Mohlah kedapur intai2 apa yang  boleh dimakan ye..hehe
Buka petiais kosong..saja ky kosongkan sebab minggu depan ky akan keluar kawasan. Tak berani simpan stok makanan dalam petiais..takut bila tetiba blackout..habis rosak makanan dalam tu. Balik penat2 tak pasal2 kena hadàp semua tu. Pernah dulu berlaku sekali..jenoh ky nk bersihkannya..

Buka tudung saji nampaklah sekeping roti canai lebihan sarapan pagi tadi. Nak di panaskan rasa kejong semacam jer. Nak panaskan dlm oven karang tergareng pula..pastu nk cicah dengan apa? Kuah pun dah takde
Tetiba datang idea..idea yang spontan jer..


Sekeping roti canai di potong dadu..
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Beberapa biji cili api..ikut suka ler nak pedas mana..semuanya dipotong dadu..
Sebiji telor
Minyak dan garam secukup rasa..
Panaskan minyak * ky guna minyak zaiton * tumis bawang dan cili. Kacau telor dgn sedikit garam dan masukan dalam tumisan bawang..masukan roti canai..kacau2 dan angkat. Siap..cepat dan sedap..
pekena pulak dengan kopi vietnam yang harum mewangi tu..
memang maveles..

23 comments :

  1. Kreatif kak rose ni. Adik upin ipin mesti suka 😍 ala gurau je.

    Sedap apa goreng garing roti canai tu

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia bila terdesak panjang akal jadinya..hihi

      Delete
  2. Kak yon tentu sedapkan resepi spontan ciptaan sendiri ni kan...hujan2 ni lagi lah sedap makan bertemankn kopi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi ringkas..yg penting kenyang dan tak membazir..:)

      Delete
  3. Hihihi..
    Good idea tu KY..
    Jadilah buat pengalas perut kan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn panas2 sedap..kalau ada lebih sekeping tak cukup yati.mau mkn 2 keping baru kenyang..hehe

      Delete
  4. Kat rumah KN ni selalu ada je roti canai dan roti nan yang frozen tu, nanti boleh lah cuba goreng pulak..

    Terima kasih KY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kita olah balik makanan segera tu. sedap jer bunda. boleh menikmati pelbagai rasa dari sejenis makanan.. :)

      Delete
  5. Bila ilham datang, capat je jadinya dan sedap hasilnya... :)

    ReplyDelete
  6. Kreatif KY..sedap n mengenyangkan oklah tu

    ReplyDelete
  7. bole try jugak ni nanti..macam sedap

    ReplyDelete
  8. Mmm...menarik juga resepi segera ni. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  9. Ada lagi ke kopi vietnam?
    Nak sikit.

    ReplyDelete
  10. Ohoiii... Kretifnya KY. Dah jadi macam kue tiaw la kan konsepnya.

    ReplyDelete
  11. Hehehe... reproduce.
    Janji sedap

    ReplyDelete
  12. ini menu berganda lemak namanya ni kakyon.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. hahaha~ bahaya kalau saya nak makan nih.. mau naik berkilo nanti lepas makan.. tapi terliur..

    ReplyDelete
  14. Saya pun mcm ky, apa ada masak je, kita yg buat dia, yg penting perut kenyang dan tak membazir kan.
    Nnt boleh try ni.

    ReplyDelete
  15. Tak membazir kan! Bila lapar macam2 boleh jadi..

    ReplyDelete
  16. sy tgk dulu kak roti canai tu jenis yg mcm mn...kalu jenis liat2 sikit tu mmg sy akn buat mcm ni jg... tp kalu yg jenis cpt hancur tu...sy prefer goreng semula jee

    ReplyDelete
  17. wah..kreatifnya resepi..rasa camne ye? curios dengan rasanya..

    ReplyDelete
  18. Menarik idea KakYon, belum pernah cuba lagi.
    Bagus tak membazir roti canai.

    ReplyDelete
  19. Wah...saya pun tak terfikir...sebelum ni..panaskan saja semula...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..