*

Friday, 30 December 2016

Tazkirah Jumaat

9 comments :
Assalamualaikum..

Salam jumaat rakan blogger..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Tidak boleh taat kepada sesorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.

Gambar hiasan ini dari album gambar kami melancong ke Medan

Saturday, 3 December 2016

roti canai goreng

23 comments :
Assalamualaikum..

* Ini cerita semalam..
Hujan sehari suntuk..cuaca pun sejukk...
Kalau dah takde kerja apa lagi nak dibuatnya..tarik bantal terus lena ler...
Lama tak dapat tidor siang. Sesekali dapat tidor siang syoknya. Seronok sangatlah kononnya..
Bangun tidor terasa laparlah pulak. Mohlah kedapur intai2 apa yang  boleh dimakan ye..hehe
Buka petiais kosong..saja ky kosongkan sebab minggu depan ky akan keluar kawasan. Tak berani simpan stok makanan dalam petiais..takut bila tetiba blackout..habis rosak makanan dalam tu. Balik penat2 tak pasal2 kena hadàp semua tu. Pernah dulu berlaku sekali..jenoh ky nk bersihkannya..

Buka tudung saji nampaklah sekeping roti canai lebihan sarapan pagi tadi. Nak di panaskan rasa kejong semacam jer. Nak panaskan dlm oven karang tergareng pula..pastu nk cicah dengan apa? Kuah pun dah takde
Tetiba datang idea..idea yang spontan jer..


Sekeping roti canai di potong dadu..
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Beberapa biji cili api..ikut suka ler nak pedas mana..semuanya dipotong dadu..
Sebiji telor
Minyak dan garam secukup rasa..
Panaskan minyak * ky guna minyak zaiton * tumis bawang dan cili. Kacau telor dgn sedikit garam dan masukan dalam tumisan bawang..masukan roti canai..kacau2 dan angkat. Siap..cepat dan sedap..
pekena pulak dengan kopi vietnam yang harum mewangi tu..
memang maveles..

Friday, 2 December 2016

tazkirah jumaat..dapat uniform baru

17 comments :
Assalamualaikum..

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya..

" Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya.
Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu menyebabkan orang lain menjauhkan diri ".

............

Alhamdhulillahh..
Kumpulan marhaban KY dapat uniform baru untuk tahun 2017.
Terimakasih pada ahli-ahli kumpulan yang memberi kerjasama. Terimakasih juga kepada hamba Allah yang sudi menghadiahkan sepasang baju untuk kumpulan kami. InsyaAllah..semuga tahun baru ini akan bertambah meriah kumpulan kami dengan  undangan bacaan yasiin dan tahlil, khatam Quran, marhaban dan berendoi..insyaAllah..
Ya Allah! permudahkanlah segala urusan kami..Aamiin
 Niat yang baik itu datangnya dari Allah SWT..dan yang melalaikan itu datang nya dari diri sendiri..


Salah satu baju tu akan di pakai pada majlis penting seorang selebriti Malasia.. :))

Jika berminat nak booking kumpulan marhaban KY..jomlaa ke sini..