*

Monday, 14 November 2016

Ber Reunion lagi..

Assalaamualaikum..
Sekarang ni musim orang-orang seronok hendak menghadiri majlis reunionkan..
Tak terkecuali ky..
kakyon ber reunion lagi...heheh
klik sini..

Bila dipelawa seorang kawan yang dah lama tak jumpa untuk menghadiri majlis reunion buat bekas kakitangan Motorola..mengeletek rasanya hati ky nak pergi ke majlis reunion tersebut. Maklum dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan lama zaman muda dulu..

Sebenarnya dalam minda ky sudah hampir terlupa semua kawan-kawan yang pernah hadir dalam kehidupan ky di zaman Motorolan dulu. Kecuali beberapa orang yang rapat yang banyak memberi dan berkongsi kenangan manis dan pahit bersama ky. Ada juga kawan-kawan yang masih berhubung dan mengekalkan persahabatan sehingga kini..
Tapi bila berjumpa dan beramah mesra semula..segala kenangan dizaman itu terimbau kembali. Ingatan ini berputar laju ke zaman itu..hahahaha
Maka banyaklah cerita-cerita lama di ulang cerita semula..hehehe
nasib baik kenangan itu kami sesama perempuan. 
Jika sebaliknya..
Banyak sudah berlaku perhubungan yang sudah lama terputus bertaut kembali..sehingga mengeruhkan perhubungan yang sedia ada..
Semuanya gara-gara..memutarkan kembali ingatan dan kenangan silam
Itu yang ustaz ky ada berpesan semasa memberikan kuliahnya..
" Jangan kita terperangkap dengan kenangan silam "
yang lepas biarkan berlalu..
"forgive and forget "


Sebenarnya majlis reunion ini sudah kali kedua diadakan. kali pertama dulu KY belum dapat di kesan olih AJK..

Inilah antara sahabat baik ky yang pernah berkongsi apa sahaja.. termasuk bergosip mosip..hihi

kami dari satu depertment. QA dept..

Sebelum mula majlis apa lagi.. ambil kesempatan untuk berposing.

Alhamdhulillah..bertuah pulak petang itu. menang hadiah cabutan bertuah bernilai RM50. 
seronok sangat sampai terlupa nak ambil gambar..
gambar ambil dari dalam group whassap..

Inilah hasilnya..bila lebih 30 tahun tak jumpa..
Bukan dapat hadiah cabutan bertuah jer..dapat hadiah paling cun sekali. Hadiah dari sahabat yang paling akrab. Sampai orang panggil macam belangkas lah..
bukan sebelah..tapi dua belah kiri dan kanan..hahaha

Dulu-dulu..dimana ada saya disitu ada dia..dimana ada dia disitu ada saya..

s
Setelah bertemu kembali..
Semuga persahabatan kami ini bertambah erat jalinannya..Aamiin..

11 comments :

  1. wahhhhh ber'reunion' bituuuu mesti terkejut tgk muka kwn2 kn kak? dulu lain skrg lain... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahlah..ada yg maintain jer anies. kebanyakakn tak kenal dah..haha

      Delete
    2. salute kat yg menten tuuu ;-)

      Delete
  2. wah siap ada tema hitam putih lagi. seronok jumpa kawan2 lama kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna paling senang semua orang ada..

      Delete
  3. Alhamdulillah..berkesempatan jumpa kawan lama..mmg happy sgt2 kan! Pastu rasa mcm muda semula pulak...ahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happy dpt jumpa semula..masih sihat semuanya.haah terasa muda semula..

      Delete
  4. Meriahnya majlis reunion seronok jumpa shbt2 yg lama xjumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 orng yg hadir..meriahnya bukan main..

      Delete
  5. Bila bergader gader gini memang banyaklah cerita lama terkeluar hihi.... Nak bersembang tu tengok laki kat mana dulu haha....Mana boleh lupa KY, masa muda kita banyak dihabiskan di tempat kerja bersama mereka kan....

    Rezeki pulak tu... RM 50 henggit lepas 2 hari bekfes gerai nasi lemak hihi

    ReplyDelete
  6. best kan dpt reunion ngan kwn2 lama..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..