*

Tuesday, 15 November 2016

aktiviti bersama rakan travelku

Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..bila meniti ke era usia emas ini ky merasa sangatlah bersyukur kerana di kelilingi sahabat-sahabat yang menyenangkan dan mengembirakan. Dapat melalui fasa kehidupan yang menyeronokan dan memberi ketenangan. Syukur alhamdhulillah..

Hubungan persahabatan/rakan travel ky ini bermula semasa kami didalam pakage yang sama melancong ke Europe beberapa tahun lalu..
klik sini..

Sejak balik dari bercuti..kami terus berhubungan dan di tahun hadapannya kami merancang pergi bercuti bersama lagi
Alhamdhulillah..apabila salah seorang daripada kami mengutarakan negara mana yang mahu di jejaki dahulu..kami sepakat bersetuju..
Melalui pacakage pelancongan yang ini pulak..kami dapat berkenalan dengan beberapa rakan baru..
Melancong ke Italy banyak memberi kenangan yang sangat manis buat kami..
 klik sini..

Baru2 ni..taklah baru..lamalah jugak..* ala ky ni kan suka tanggoh sesuatu peristiwa yang nak dijadikan kenangan dan di entrykan. nak cari mood tu yang susah bebenor. bila mood sudah mari susah pulak nak berhenti. sampai buat entry auto publish..hihihi

Kisahnya salah seorang rakan travel ky nak belanja kami semua makan. Sebelum tu rakan yang lain sudah belanja kami hitea di restoran  KUEH dekat Damansara. Alahh..Restoran kepunyaan artis terkenal Rita Rudani.
saja sembang santai sambil minum2..makan2..
bincang2 pasal percutian seterusnya.
Masing-masing dah setup program percutian memasing hinggalah akhir december ini. Ramai yang pergi umrah december ini. Semuga perjalanan umrah mereka lancar, selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur..
Ky pula akan ke negara matahari terbit lagi bersama anak-anak dan cucu-cucu ky.

Perancangan untuk tahun 2017 telah kami rancang bersama. Ada beberapa sahabat yang merancang kedestinasi berlainan. Jadinya percutian kali ini kami tidak dapat bersama sepenuhnya..
kemana destinasi kami ye..kena tungguuuu..

 tuan tanah yg ambik gambar..henbag jerlah sebagai penganti diri ataih kusi tu..hihi



tanpa kasut tumit tinggi..nampak terlebih comel makcik ni..hihi 
.........

Lepastu pada 24 oct lepas.. seorang lagi sahabat mengajak kami bergeder geder lagi di restoran Rebung kepunyaan Cheff Ismail yang pemes tu..
Kebetulan pada hari tersebut atau sebelumnya..lupalah pulak, adalah harijadi beliau.
Salah seorang sahabat pula buat surprise dengan membelikan kek hari jadi..
maka ber gegar vaganza lah meja kami dengan lagu selamat harijadi..hihi
ada banyak lagi kisah lucu yang kami videokan tapi taklah boleh ditepekkan di sini..hihihi
Semua sporting yupp!
Semuga persahabatan ini akan tetap erat jalinannya sehingga akhirnya..aamiin..


 inilah kami..salah seorang dari kami tinggal jauh nun di Perak, tapi hadir juga kerana mahu bersama meraikan sahabat kami..


 Nampak je banyak hidangan ataih meja tu..bukannya makan pun..
tergelak jer yang banyak..

 




terharu Miri menerima hadiah kek.. 
  
"alalala..suwetnya kamu Miri..abang Nuar suap kek tu dgn perasaan kasih sayang..


yokk! kita makan duluu..



peace yoo..Tuan firdaus..


kek tak habis buat berkat..tapau bawak balik..
 Terima kasih sahabat/ rakan travelku..kalian telah menceriakan sisa-sisa hidup ky ini..

26 comments :

  1. wah bestnya kak yon, dapat bersama kawan2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..dptlah berhibur dgn gelagat dearang yg kuat bergurau..

      Delete
    2. alhamdulillah, bahagia hidup ada kawan2 sejati camni

      Delete
  2. KALAU NK KENALI KAWAN2 YG SEFAHAMAN KATA SORANG USTAZ TIKA SDG BERMUSAFIR/TRAVEL...KY DH JUMPA SHBT2 TU SYUKUR

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye PI, bermula dengan saling tolong menolong semasa musafir tu yg buat kami rapat..

      Delete
    2. Betul lah apa yang paridah kata.

      Delete
    3. Betul lah apa yang paridah kata.

      Delete
  3. Tempat semua best best ye KY....free pulak tu hihi.... rezeki tu! Lama dah teringin nak pergi rumah KUEH tu, OK tak KY? Masa KY pergi tu Rita ada ke tidak? Mesti tak ada kan, kalau tidak mesti dah selpie dengan dia hihi...

    Itulah tu KY, dapat kengkawan yg baik jugak satu bentuk rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah, biasa2 aje Anom kira ok jer. ky ni jenis x cerewet mkn main bedal je.
      Rita ada masatu..kami mkn di tingkat atas..tapi nmpk dia serve mkanan cust kat tingkt bawah. masa balik tu rakan terserempak dgn dia dptlh berselpie.ky kuar lalu tmpt lain.klo x dh berselpi dh..hehe

      Delete
  4. wah. seronoknya ada perjumpaan gini
    saya secara jujurnya dah lama tak merasai pengalaman begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali seronok lah Yana. tapi bila banyak group pening juga. pilih yg betul2 serasi je..

      Delete
  5. Bestnya Kak Yon bila ada perjumpaan dengan rakan-rakan travel macam ni. Kalau sesekali bertemu tentulah banyak yang nak diceritakan. Tapi macam saya ni, kalau jumpa hari-hari pun banyak aje ceritanya. Hehehe!

    Nak ke mana tahun depan ni Kak Yon lepas pergi Jepun? Banyak destinasi yerk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam grup wasap dah riuh dah..tpi x puas..nk jumpa juga.
      MD ni mesti peramah orangnya..;)
      insyaAllah tahun depan..kami berpecah 2. ada yg pergi spain..ada yg nk ke swistzland.ky nk ke spain..insyaAllah..

      Delete
    2. Bestnya dapat pergi Spain. Switzerland pun best juga ya. Yang penting kalau pergi dengan rakan-rakan sekepala dan ngam semuanya, memang menjadi-jadilah seronoknyakan, kak!

      Delete
  6. Rita rudaini ade bukak kedai makan rupanya.. baru taw nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt shah alam pun ada..tapi x pasti dia punya juga ke..

      Delete
    2. Kak yon,

      Saya tinggal di shah alam, kota kemuning. Kalau yon tau tempat tu beri tau saya. Nak cuba.
      Thanks.

      Delete
  7. wahhh.. seronoknye kak...

    ReplyDelete
  8. seronoknya ada kawan2 begini...memang happening kalau travel bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,
      Saya rasa macam nak join je.
      Travel solo sunyi sikit.

      Delete
  9. seronoknya ada geng travel gini! Macam masa saya muda remaja dulu pulak.

    ReplyDelete
  10. Seronok nya Kak dpt jumpa kengkawan travel ni.. byk benda dibual kan sambil rancang next trip.. hihi.. moga hubungan persahabatan kekal selamanya. Rumah Kueh tu famous jg kan, kak..:)

    ReplyDelete
  11. Ukhuwahfillah yg berpanjangan ye KY..
    Sporting semua org best sungguh..

    ReplyDelete
  12. seronoknya... kalu sy ada kat celah2 tu mesti lg seronok kan? hahahaha

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..