*

Tuesday, 15 November 2016

aktiviti bersama rakan travelku

26 comments :
Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..bila meniti ke era usia emas ini ky merasa sangatlah bersyukur kerana di kelilingi sahabat-sahabat yang menyenangkan dan mengembirakan. Dapat melalui fasa kehidupan yang menyeronokan dan memberi ketenangan. Syukur alhamdhulillah..

Hubungan persahabatan/rakan travel ky ini bermula semasa kami didalam pakage yang sama melancong ke Europe beberapa tahun lalu..
klik sini..

Sejak balik dari bercuti..kami terus berhubungan dan di tahun hadapannya kami merancang pergi bercuti bersama lagi
Alhamdhulillah..apabila salah seorang daripada kami mengutarakan negara mana yang mahu di jejaki dahulu..kami sepakat bersetuju..
Melalui pacakage pelancongan yang ini pulak..kami dapat berkenalan dengan beberapa rakan baru..
Melancong ke Italy banyak memberi kenangan yang sangat manis buat kami..
 klik sini..

Baru2 ni..taklah baru..lamalah jugak..* ala ky ni kan suka tanggoh sesuatu peristiwa yang nak dijadikan kenangan dan di entrykan. nak cari mood tu yang susah bebenor. bila mood sudah mari susah pulak nak berhenti. sampai buat entry auto publish..hihihi

Kisahnya salah seorang rakan travel ky nak belanja kami semua makan. Sebelum tu rakan yang lain sudah belanja kami hitea di restoran  KUEH dekat Damansara. Alahh..Restoran kepunyaan artis terkenal Rita Rudani.
saja sembang santai sambil minum2..makan2..
bincang2 pasal percutian seterusnya.
Masing-masing dah setup program percutian memasing hinggalah akhir december ini. Ramai yang pergi umrah december ini. Semuga perjalanan umrah mereka lancar, selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur..
Ky pula akan ke negara matahari terbit lagi bersama anak-anak dan cucu-cucu ky.

Perancangan untuk tahun 2017 telah kami rancang bersama. Ada beberapa sahabat yang merancang kedestinasi berlainan. Jadinya percutian kali ini kami tidak dapat bersama sepenuhnya..
kemana destinasi kami ye..kena tungguuuu..

 tuan tanah yg ambik gambar..henbag jerlah sebagai penganti diri ataih kusi tu..hihi



tanpa kasut tumit tinggi..nampak terlebih comel makcik ni..hihi 
.........

Lepastu pada 24 oct lepas.. seorang lagi sahabat mengajak kami bergeder geder lagi di restoran Rebung kepunyaan Cheff Ismail yang pemes tu..
Kebetulan pada hari tersebut atau sebelumnya..lupalah pulak, adalah harijadi beliau.
Salah seorang sahabat pula buat surprise dengan membelikan kek hari jadi..
maka ber gegar vaganza lah meja kami dengan lagu selamat harijadi..hihi
ada banyak lagi kisah lucu yang kami videokan tapi taklah boleh ditepekkan di sini..hihihi
Semua sporting yupp!
Semuga persahabatan ini akan tetap erat jalinannya sehingga akhirnya..aamiin..


 inilah kami..salah seorang dari kami tinggal jauh nun di Perak, tapi hadir juga kerana mahu bersama meraikan sahabat kami..


 Nampak je banyak hidangan ataih meja tu..bukannya makan pun..
tergelak jer yang banyak..

 




terharu Miri menerima hadiah kek.. 
  
"alalala..suwetnya kamu Miri..abang Nuar suap kek tu dgn perasaan kasih sayang..


yokk! kita makan duluu..



peace yoo..Tuan firdaus..


kek tak habis buat berkat..tapau bawak balik..
 Terima kasih sahabat/ rakan travelku..kalian telah menceriakan sisa-sisa hidup ky ini..

Monday, 14 November 2016

Ber Reunion lagi..

11 comments :
Assalaamualaikum..
Sekarang ni musim orang-orang seronok hendak menghadiri majlis reunionkan..
Tak terkecuali ky..
kakyon ber reunion lagi...heheh
klik sini..

Bila dipelawa seorang kawan yang dah lama tak jumpa untuk menghadiri majlis reunion buat bekas kakitangan Motorola..mengeletek rasanya hati ky nak pergi ke majlis reunion tersebut. Maklum dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan lama zaman muda dulu..

Sebenarnya dalam minda ky sudah hampir terlupa semua kawan-kawan yang pernah hadir dalam kehidupan ky di zaman Motorolan dulu. Kecuali beberapa orang yang rapat yang banyak memberi dan berkongsi kenangan manis dan pahit bersama ky. Ada juga kawan-kawan yang masih berhubung dan mengekalkan persahabatan sehingga kini..
Tapi bila berjumpa dan beramah mesra semula..segala kenangan dizaman itu terimbau kembali. Ingatan ini berputar laju ke zaman itu..hahahaha
Maka banyaklah cerita-cerita lama di ulang cerita semula..hehehe
nasib baik kenangan itu kami sesama perempuan. 
Jika sebaliknya..
Banyak sudah berlaku perhubungan yang sudah lama terputus bertaut kembali..sehingga mengeruhkan perhubungan yang sedia ada..
Semuanya gara-gara..memutarkan kembali ingatan dan kenangan silam
Itu yang ustaz ky ada berpesan semasa memberikan kuliahnya..
" Jangan kita terperangkap dengan kenangan silam "
yang lepas biarkan berlalu..
"forgive and forget "


Sebenarnya majlis reunion ini sudah kali kedua diadakan. kali pertama dulu KY belum dapat di kesan olih AJK..

Inilah antara sahabat baik ky yang pernah berkongsi apa sahaja.. termasuk bergosip mosip..hihi

kami dari satu depertment. QA dept..

Sebelum mula majlis apa lagi.. ambil kesempatan untuk berposing.

Alhamdhulillah..bertuah pulak petang itu. menang hadiah cabutan bertuah bernilai RM50. 
seronok sangat sampai terlupa nak ambil gambar..
gambar ambil dari dalam group whassap..

Inilah hasilnya..bila lebih 30 tahun tak jumpa..
Bukan dapat hadiah cabutan bertuah jer..dapat hadiah paling cun sekali. Hadiah dari sahabat yang paling akrab. Sampai orang panggil macam belangkas lah..
bukan sebelah..tapi dua belah kiri dan kanan..hahaha

Dulu-dulu..dimana ada saya disitu ada dia..dimana ada dia disitu ada saya..

s
Setelah bertemu kembali..
Semuga persahabatan kami ini bertambah erat jalinannya..Aamiin..

Friday, 4 November 2016

cantik sangat..

14 comments :
Assalamualaikum..

Hadiah  sehelai sejadah cantik ini pemberian dari sahabat jiran ky yang baru balik dari Mekah..
SubhanaAllah..cantik sangat..
Mulanya ky rasa sayang nak gunakannya..maklum cantik sangat. ingatkan nak gantung di dinding sebagai hiasan..
Tapi bila pikirkan semula tujuan pemberian ini..ky mengubah fikiran..
Sudah tentulah pemberian ini untuk di gunakan dan segala pahalanya dapat di panjangkan..

 berbunga-bunga hati ini tetkala menerimanya..

 menemani sejadah.. kismis dan kurma..

hamparan sejadah yang sangat berharga bagi ky,bukan kerana harganya..tapi ingatan ikhlas dari sahabat jiran setaman..
berbaiklah sesama insan..

Thursday, 3 November 2016

Manfaatnya menanam pokok

13 comments :

Assalamualaikum..
Apa yang ky buat ialah tidak akan menyembur racun perosak. Tanpa racun perosak kita boleh share apa sahaja yang ada..