*

Thursday, 27 October 2016

nasi lemak dilampu isyarat

25 comments :
Assalamualaikum..
Kami sedang menuju ke selatan tanah air. Sampai dilampu isyarat persiaran kewajipan kami ternampak seorang pemuda melintas dan lalu lalang di celah2 deretan kereta yang berhenti dilampu isyarat merah..
En. Papa kata  " berusaha budak tu cari duit..
Lantas ky menjawab sambil leka membelek henfon membalas whatsapp.."pepagi lagi dah minta sedekah! tanpa melihàt apa yang di buat pemuda itu..
En papa kata.. Eh! dia menjual sesuatu laa..ramai yang beli tu!
Ky menoleh..masa tu pemuda itu dah dekat dgn kita orang. En papa menurunkan cermin tingkap kereta..
 Kedengaran pemuda itu berkata..Encik ! nak beli nasik lemak..rm 2 aje encik !
Melihat raut wajahnya yang kelihatan 'good looking' dan berpakaian kemas, timbul perasaan rasa hendak membeli. Walaupun perancangannya hendak breakfast dengan sate dan soto..tapi Ky oder juga dua bungkus. Selepas membayar dan menerima ucapan tkasih dan akad berjualbeli..pemuda tersebut berlalu kekereta seterusnya..begitulah agaknya cara pemuda itu berniaga semasa berada dilampu isyarat merah..
Sebenarnya apa yg ky nak khabarkan..betapa gigihnya pemuda itu berniaga..dengan menolak perasaan malu yang mungkin ada dalam diri semasa mula2 berniaga. Tak semua orang mampu melakukannya. Hanya yg betul2 gigih dan bersungguh saja dapat melakukannya demi mencari rezeki..
Dalam keadaan ekonomi sekarang..kenalah pandai mencari idea untuk meneruskan kelangsungan hidup..
'Jangan laa jadi pendek akal '
Nauzubillahh..

 Berbaloi sangat.. nasi lemak berlaukkan sambal sotong, telor rebus, kacang goreng dan timun. Harga cuma rm2 sahaja..

Di bungkus rapi begini. Mudah bagi sesiapa untuk menikmati hidangan bila tak sempat nk bersarapan di rumah atau di pejabat atau  bila terperangkap dalam trafik jam.

Tuesday, 25 October 2016

meehoon goreng kosong

18 comments :
Assalamualaikum..

Hujan rahmat turun dari malam sampai kepagi..
Cuaca sejuk begini membuatkan perasaan bermalas malasan melanda dalam diri. Masih keletihan dengan aktiviti hujung minggu..

Pepagi dalam hujan  ky keluar mencari sarapan. Rasa teringin nak makan nasi kerabu. Sampai kedai jual nasi kerabu.. tutuplah pulak. Agaknya pukul berapa dia nak bukak ne ? jam dah 7.45 pagi tak bukak lagi..
lupakanlah nak makan nasi kerabu. Singgah kat gerai orang jual nasi lemak. Sambil menunggu adik penjual tu membungkus untuk pelanggan lain..ky menung dulu..fikir2 nak makan apa. Selera macam tertutup sbb dah di set minda nak makan nasi kerabu..
bila sampai giliran ky..ky main sebut aje apa yang ky hendak. Nasi lemak, kuih muih..pastu terpandang meehoon goreng kosong yang tak nampak perencah langsung. ky oder sebungkus. adik penjual tu tanya.."akak nak sambal tak?? ky jawab "takpe.. akak nak kosong jer!
ky nak rasa sebenarnya..apa rasanya meehoon yang di jual  kosong aje..



Masa ky makan tu..ky tambah telor dadar home made..dan sambal nasi lemak. owh..taklah teruk sangat rasanya..sedap!!

Tetiba ky teringat kisah sesesorang yang boleh di panggil makcik, pernah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kerana di hidangkan meehoon goreng kosong sahaja.
biasalah kan..kekadang ada makcik2 ni jenis yang tak sayang mulut..

"aku tak boleh makanlah meehoon nie..tak boleh masuk..rasa tercekik!!
Astaghfirrullahalazim..
 habis tu..Itu sahaja yang tuan rumah mampu adakan..niatnya ikhlas kerana ingin bersedekah kan..
nasib baiklah tuan rumah tak dengar. kalau tak.. maunya dia kecik hati sampai mati..

Tapi dia lupa yang Allah itu maha mendengar..
tak sampai beberapa tahun..di takdirkan semuanya ketentuan Allah kan..
satu musibah berlaku pada keluarganya..
tak payah ceritalah..
kesudahannya..kalau ada kenduri kendarat..segala makanan yang tak habis, dia minta dari tuan rumah..tapau bawak balik..termasuklah meehoon goreng kosong.

pengajarannya..janganlah kita sombong terhadap makanan..


Monday, 10 October 2016

Suri Hati Mr. Pilot

32 comments :
Assalamualaikum..
Salam malam selasa..
Terjebak juga akak dengan drama melayu yg ini " suri hati mr pilot "
Terpengaruh juga akak dengan promo yang di paparkan setiap hari di kaca tv..tambahan pula ada selebriti  terkenal yang akak minat.. Neelofa dan Fattah Amin..pasangan pelakon yang macam serasi bersama..
sebenarnya bukan semua drama melayu yang akak tonton. Kena pilih2 juga.. 😉







Nmpk gayanya setiap malam isnin sampai khamis melekat lah kami dua beranak depan tv menonton lakonan Neelofa dan Fatah Amin..hehehe