*

Monday, 5 September 2016

Tipah Tertipu

21 comments :
Assalamualaikum..

Beberapa hari lalu..anak ky, Oya ada beritahu yang dia dapat beberapa keping voucher pemberian seorang customer di bank. Voucher bilik penginapan percuma di Pulau Pangkor. Tapi tarikhnya pada masa hari kerja biasa.. bukan pada hujung minggu..

ky pun exited mintak voucher tu.. rasa macam lama sangat tak pergi kePulau Pangkor.
Dengan senang hati ky pun merancanglah.. kekononnya nak pergi sekian2 hari..sekian2 masa. Merancang pulak..sambil2 tu ingin melawat kawan2 yang lama tak jumpa..sementara sudah menghala kesebelah sana dan bolehlah kami penuhi masa kat sana nanti. 
Boleh juga memborong makanan laut seperti ikan masin, ikan bilis, udang kering dan kebetulan pulak stok kat rumah sudah habis..
haishh..berangan macam-macam ky ni..hihihi


maka hari ini dibawaknya lah balik voucher tu..
Bila di amati..alangkah hampa rasa hati makcik ni..rupanya dah tertipu hidup2. Voucher yang di sangka percuma itu rupanya kena bayor.. hehehe
kan dah terkena! 
Lain kali jangan nak exited sangat bila dapat sesuatu benda. Orang nak berniaga kan..memanglah macam2 promosi yang di buatnya untuk mengaburi mata kita. kalau tak check betul2..akan tertipulah si tipah!
bila dah tertipu jangan marahkan peniaga pulak!
sendiri yang tak check betul-betul !!







Farra Fauzana

11 comments :
Assalamualaikum..
Sesiapa pun yang berada di tempat mereka terutama ibubapa..tentu merasa teramat sedih dengan perkara yang melibatkan maruah anak2 kan..
Tapi benarlah bahawanya.. kita hanya merancang..Allah juga ada perancangan menentukan kehidupan kita. Soal jodoh, ajal maut Allah sahaja yang tahu..
Perancangan celebriti Farra Fauzana yang akan bernikah pada 17 sept 16 ini di batalkan kerana sebab tertentu yang Farra dan keluarga sahaja yang tahu..
Ky telah mendapat kad undangannya pada  2 minggu lepas..




 Sejarahnya.. ky ni bukanlah saudara jauh atau saudara terdekatnya. Kami di zaman muda pernah menjadi jiran baik. Ky juga pernah berkerja di tempat yang sama dengan ayahnya. Farra dan bondanya juga sering menumpang  kereta papa berulang alik ketempat kerjanya dan Farra di hantar kerumah datok neneknya yang kebetulan dekat dgn tmpt kerja papa. Masa tu..kalau tak silap ky bonda farra membayar secara bulanan..
Setelah puluhan tahun berpisah kerana berpindah rumah dan bertukar kerjaya..kami berjumpa semula. Masa tu Farra tengah popular dengan rancangan melodinya. Beberapa kali juga berkunjung ke rumahnya..begitu juga sebaliknya..* tapi tak pernah berjumpa Farra pun.. kami menjadi rapat semula dan perkembangan Farra pun kami tahu melalui ibu ayahnya. Farra pun masih ingat..siapa yang selalu mendukungnya semasa dia kecik dulu..
ada sekali tu..kami buat kenduri..jemputlah mereka sekali. farra tanya  bila waktu yg tak ramai tetamu datang? beliau nak datang..
bila ky beritahu waktu2 yang orang tak ramai datang..sekali tu ramailah pulak orang.. langsung beliau tak jadi turun kereta dan takjadi datang..
Berbalik pada pembatalan majis pernikahan beliau..tidaklah banyak yang ky tahu. Berdasarkan pada mesej yang di beritahu kepada kami.. itulah yang sebenarnya.. 
Tidak lah perlu kita mengandaikan begitu begini..kerana semuanya sudah ketentuan Allah.
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..
Semuga Farra akan bertemu jodoh secepat mungkin dengan lelaki yang Soleh..Aamiin..