*

Saturday, 18 June 2016

Cerita Buah Labu

2 comments :
Assalamualaikum..
salam ramadhan kareem..
Semasa sedang menikmati hidangan makanan waktu berbuka puasa..si anak ada menyebut tentang bahawa dia dah lama tak makan pengat labu..* mentang-mentanglah labu tu feveret dia..main request jer..hiiiii
 Si ibu mengiyakannya saja. sebenarnya buah labu feveret dia juga tuu..hehe

keesokannya si ayah pulang dari kerja membawa sebijik buah labu yang sangat besarr..hohohok
dalam hati si ibu berkata.." aku nak buat dengan labu sebesO ini ?
lantas si ibu mencari idea bertanyakan sahabat sahabat nya..apakah masakkan paling best dan sedap di masak dengan buah labu itu.. 
sahabat-sahabat si ibu..mencurah2 memberi idea bernas, masakkan yang sedap2 belaka..
sampai pening kepala si ibu memikirkannya..mana satu masakkan yang perlu dibuat..hihihi




makanya..setelah keputusan dibuat berdasarkan menu yang sesuai untuk keluarga tersebut dan apa bahan masakan yang ada dalam rumah mereka..maka episod masak memasak pun bermula berhari-hari..
  hari pertama.. masak pengat labu jer..hihih
olih kerana keterujaan nak makan pengat labu manja-manja gitu.. sampai lupa nak ambik gambar..hihi


hari kedua..labu masak lemak kuning..perencak ikan bilis..bubuh daun kunyit..
lawankan dengan sambal belacan dan ikan gelama masam. pergh! anak beranak tu makan sampai tak cukup nasi! 
owhh..selera kampong rupanya anak beranak nie..hihih

 hari ketiga..jenoh juga siibu memikir apa nak di buat dengan buah labu yang berbaki. kalau tak di masak hari ini..pasti akan di makan olih en.tong..hihi
lantas si ibu mengeledah petiesnya..kerana teringat akan inti kelapa yang masih berbaki semasa membuat kuih ketayap beberapa hari lepas..
laju jer ideanya datang. demi sayangkan buah labu dari di makan en. tong.." baik aku try buat kuih badak labu..untong-untong menjadi "  hihihi
seawal lepas zohor si ibu sudah masuk kedapur comelnya..membuat persiapan nak membentuk badak-badak yang akan di rendam. masaalah pulak timbul..badak-badak ni nak di rendam dalam apa?
lantas si ibu mencari cik google..bertanyakan bagaimaanakah cara2 nak merendam badak-badak ini..hihi
sepantas kilat cik google menunjukkan arah rumah puan Azie Kitchen..yang masakkanya semua sedap-sedap tu..
si ibu pun menyalin resepinya..salin dalam ingatan jer..
 
di bancuhnya mengikut sukatan yang di beri. tapi si ibu dapat idea, yg lepas2 bila siibu makan kuih yg jenis berendam ni..selalu dapat yg kuahnya masih terasa tepung berasnya..kerana tepung berasnya tak cukup masak. jasi si ibu melebihkan airnya dan memasak lama sikit dan pastikan tepung beras nya cukup masak. selepas kuahnya cukup masak..masukkan badak-badak tersebut..bagi dia golek-golek sekejap angkat..
 tak menahan..dapat badak-badak ni masuk dalam bekas sama kaler dgn dia. berendam lah kau lama-lama kat dalam tu ye..
selesa bebenor badak-badak tu berendam..sampai tertidur lena..
 itulah kisah sibuah labu pagi ini...hihihih




Friday, 17 June 2016

Sebuah Quran dan Sekotak Tamar

No comments :
Assalamualaikum..
Salam ramadhan kareem..
 Alhamdhulillah.. selepas melepasi 10 ramadhan pertama dengan diberi kesihatan yang baik untuk beribadat..akak belum terfikir lagi  untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Semuga 20 lagi malam2 terakhir di beri juga kekuatan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah..
Sahabat2 blogger macamana ?
Walau pun masih terauma dengan apa yang berlaku sebelum menyambut ramadhan..aktiviti di bulan ramadhan tetap berlaku seperti tahun2 lalu..Alhamdhulillah..
Ramadhan ini..disamping dengan berbagai ujian dan dugaan..ada kemanisannya di sebalik semua ujian dan dugaan itu..
Jika tidak kerana emak warded..akak tidak akan merasai nikmat bersedekah di bulan ramadhan di dalam ward dan dapat menyampaikan sendiri dan berbahagi tamar bersama nurse dan pesakit dan penjaga pesakit. Walaupun tamar itu pemberian dari abang sepupu akak untuk keperluan kami sekeluarga.. terlalu banyak rasanya dan akak mengambil inisiatif untuk berbahagi bersama orang lain..
akak percaya dalam rezeki kita..ada rezeki untuk orang lain..
 
 Tamar/kurma pemberian abang sepupu. Didalam sekotak besar ada beberapa kotak kecil. Akak agih2kan kepada anak2 dan saudara mara lain. Sempat juga akak agihkan di ward hospital Muar semasa menjaga emak sakit. Memanjangkan sedekah jariah abang sepupu akak.. Semuga beliau di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik..
 beliau juga telah menghadiahkan akak sebuah al Quran dengan tafsir sekali. Alhamdhulillah..hadiah sebuah harta yang tidak ternilai harganya..

Setelah lama tertanggoh..dapat menyambung semula bacaan bersama tafsirnya sekali. semuga KY beristiqomah sehingga khatam..
Aamiin..aamin..Ya Rob..