Assalamualaikum
Salam sabtu..
N3 sebelumnya..
Hari ketiga kami menaiki boat ke Gili Trawangan. Kali ini naik speed boat yang mengambil masa 20 minit saja untuk sampai. Naik speed boat ni sesuatu yang mencabar juga. Bagi kami makcik-makcik ni.. rasanya tulang rusuk ni bergesel-gesel antara satu sama lain. Kena pandai mengimbangi badan dengan hentakkan boat yang laju di atas gelombang. tapi seronok juga..
Sebelum itu semasa dalam perjalanan kami singgah dulu di bukit Malimbu melihat pemandangan gunung ganang yang cantik..
tapi ini saja gambar yang sempat KY ambil..
dalam pada takut-takut tu..seronok juga naik speed boat..
Sampai di pulau..kami di tawarkan untuk menaiki boat kaca untuk melihat kehidupan laut, snorkeling dan melawat keliling pulau. Nampaknya tawaran macam menarik..tapi sayangnya semua itu di atas biaya sendiri..
takda siapa yang mahu !
Makanya kami pun melepak sekali lagi di pulau itu sambil menikmati tiupan angin laut. Tak boleh nak fokus ambil gambar..banyak sangat dugong bergelempangan berpesta..hahaha
Ada juga peserta yang pergi ke SPA untuk berurut. KY teringin nak naik kereta kuda mengililingi pulau itu dengan bayaran 150 ribu rupiah. Malangnya kereta kuda sudah habis di booked. Yang harganya 250 ribu rupiah adalah.. tak pasti kenapa harga berbeza-beza. agaknya itu strategik perniagaan mereka kot..
jalan-jalan sambil menikmati air avacado sangat lazat rasanya.
sepanjang berada di Lombok inilah air yang menjadi kegemaran kami.
alpokat nama di beri. rasa sekali nak minum lagi. di pulau ini harganya 20 ribu rupiah. di tanah besar harganya 10 ribu rupiah sahaja..

dari duduk melepak baik kita jalan-jalan..kata en. papa.
Hari keempat kami ke kaki Gunung Rinjani sebelah utara Lombok. kononnya nak main air terjun Sendang Gile. Perjalanan pun dah mengambil masa hampir setengah hari perjalanan untuk sampai kekaki gunung. Mana tak setengah harinya..bertolak pun dah pukul sembilan, singgah lagi di satu perhentian..menyaksikan/ memberi makan kera-kera di hutan. Gemok gedempol kera-kera tu.. terlebih makan gamaknya kut. * jangan tergelak pulak baca perkataan gedempol tu ye.. sebenarnya KY sendiri yang gelak menaip perkataan gedempol tu..hihih
agaknya inilah contoh perumpamaan..kera di hutan di suap-suapkan..anak kat rumah kurus kering tak makan..hihi
Orang Dewan Bahasa jangan marah ye..pepandai makcih ni tukar perumpamaan..
Selain kacang goreng..ada juga di jual kuih muih digerai tepi jalan. lepat ni..*nama sebenar tidak di ketahui..boleh dimakan begitu saja..juga menjadi makanan kera-kera.
lepat pulut berintikan pisang..
Bila sampai di kaki gunong..perut pun mulai berkeroncong. masa untuk makan..
Sebahagian menu yang sempat di fotoshoot. selebihnya terus shoot ke dalam perut..
Selepas makan tengahari..menikmati pemandangan sekitarnya yang cantik.
Bercinta bila waktu nak solat. seperti biasa tempat solat ada...tapi semua tempat terbuka. tempat berwuduk terbuka. tempat solat bercampur antara lelaki dan perempuan.
nak tahu lebih-lebih? no komen..hihi
Olih kerana anak tangga ke air terjun itu dikatakan jumlahnya sebanyak 400 anak tangga..maka kami makcik-makcik ni..idok ler berani ikut serta. memasing nak jaga lutut katanya. Jika anda sayangkan diri anda.. jagalah lutut anda dulu..hehehe
dalam perjalanan pulang kami singgah di tepi pantai..melihat seketika matahari terbenam..
Hari terakhir kami sempat singgah di perkampungan Suku Sasak dan pusat pembuatan tembikar. Mulanya KY berhasrat juga membeli kraftangan tembikar untuk dibuat ole-ole, tapi bila di beritahu yang salah satu bahan membuat tembikar itu adalah najis lembu..langsung terbantut hasrat hati KY. maka tiadalah ole-ole untuk di buat kenangan dari sana..

..yang ada.. hanyalah kenangan manis bersama en. papa dan kawan-kawan sahaja..
jumpa lagi di catatan percutian yang lain pula..insyaAllah..