Assalamualaikum..
Hujan rahmat turun dari malam sampai kepagi..
Cuaca sejuk begini membuatkan perasaan bermalas malasan melanda dalam diri. Masih keletihan dengan aktiviti hujung minggu..
Pepagi dalam hujan ky keluar mencari sarapan. Rasa teringin nak makan nasi kerabu. Sampai kedai jual nasi kerabu.. tutuplah pulak. Agaknya pukul berapa dia nak bukak ne ? jam dah 7.45 pagi tak bukak lagi..
lupakanlah nak makan nasi kerabu. Singgah kat gerai orang jual nasi lemak. Sambil menunggu adik penjual tu membungkus untuk pelanggan lain..ky menung dulu..fikir2 nak makan apa. Selera macam tertutup sbb dah di set minda nak makan nasi kerabu..
bila sampai giliran ky..ky main sebut aje apa yang ky hendak. Nasi lemak, kuih muih..pastu terpandang meehoon goreng kosong yang tak nampak perencah langsung. ky oder sebungkus. adik penjual tu tanya.."akak nak sambal tak?? ky jawab "takpe.. akak nak kosong jer!
ky nak rasa sebenarnya..apa rasanya meehoon yang di jual kosong aje..
Masa ky makan tu..ky tambah telor dadar home made..dan sambal nasi lemak. owh..taklah teruk sangat rasanya..sedap!!
Tetiba ky teringat kisah sesesorang yang boleh di panggil makcik, pernah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kerana di hidangkan meehoon goreng kosong sahaja.
biasalah kan..kekadang ada makcik2 ni jenis yang tak sayang mulut..
"aku tak boleh makanlah meehoon nie..tak boleh masuk..rasa tercekik!!
Astaghfirrullahalazim..
habis tu..Itu sahaja yang tuan rumah mampu adakan..niatnya ikhlas kerana ingin bersedekah kan..
nasib baiklah tuan rumah tak dengar. kalau tak.. maunya dia kecik hati sampai mati..
Tapi dia lupa yang Allah itu maha mendengar..
tak sampai beberapa tahun..di takdirkan semuanya ketentuan Allah kan..
satu musibah berlaku pada keluarganya..
tak payah ceritalah..
kesudahannya..kalau ada kenduri kendarat..segala makanan yang tak habis, dia minta dari tuan rumah..tapau bawak balik..termasuklah meehoon goreng kosong.
pengajarannya..janganlah kita sombong terhadap makanan..