*

Thursday, 31 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

16 comments :
Assalamualaikum..
entry last tahun 2015..

Alhamdhulillah..insyaallah..tinggal beberapa jam saja lagi tirai 2015 akan melabuhkan tirainya..
dan terbukalah tirai tahun baru 2016.
harapan semuga kita berada didalam keadaan yang lebih baik dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.. di beri kesihatan dan kehidupan yang lebih sempurna di bumi Malaysia yang bertuah ini.



Buat makluman..beberapa  hari ini ky mungkin tak dapat bersiaran menjejak kawan2 semua. awal tahun dah bagi alasan   ky akan berada di Banda Aceh lagi.
Apa yang seronoknya kat Banda Aceh tu? sampai dua kali ky pergi.. tak sampai selang sebulan! hujung tahun 2015..dan di awal tahun 2016..

Pada ky biasa2 aje..cuma kesan sejarah rempuhan tsunami tu yang membuatkan ky terdorong untuk kesana dan membantu serba sedikit..insyaallah.
lagi pun kali ini..2 orang anak ky ikut sekali..

Nampak gaya nya tahun 2016 telah terancang banyak aktiviti ky bersama orang tersayang. Sementera badan masih sihat dan punya kudrat yang masih kuat..insyaallah tercapailah apa yang di impi dan dihajati.. 

Teringat zaman muda dulu.. bersusah payah berkerja..kekadang terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa..seperti apa yang disarankan menteri di JPM..DATO AHMAD MASLAN. tetapi bebudak muda jaman ini kata tak releven buat 2 kerja dalam satu masa. kebanyakannya side income dari berniaga secara sambilan. zaman ini main henpon n layan media sosial lagi best kan! tapi jika kena gayanya layan media sosial pun dapat income per!..hihihi..

Berdikit2 berbelanja semata-mata untuk memastikan tabungan  keluarga terisi untuk masa hadapan. kita adalah apa yang kita rancang..tapi Allah yang tentukan.
fikir yang baik2..buat yang baik2..hasilnya nanti yang terbaik..insyaAllah..

Inilah berkatnya dan hasilnya bila tabungan penuh..di masa tua boleh di gunakan sebaiknya untuk kebajikan sendiri.. tanpa menyusahkan atau meminta sesiapa untuk merealisasikan impian kita..
ingat!
fikir yang baik2..buat yang baik2..doa yang baik2!!








Dividen ASB 7.25 sen dan Bonus 0.50 sen

14 comments :
Assalamualaikum..
Pengumuman dividen dan bonus ASB dah pun keluar..
Suka atau tak suka kenalah terima juga.. bahawa hakikatnya dividen dan bonus menurun setiap tahun :(
Dividen ASB 7.25 sen dan bonus 0.50 sen :/
jadilah..lebih baik ada..daripada takde kan... ;)


Menabung ibarat menanam pokok buah. Sampai masanya dapatlah menuai hasilnya..
pandai menjaga.. suburlah pokok dan lebatlah buahnya..
jangan marahkan pokok kerana kurang buahnya..lantas di tebang dan di cincang..
 percayalah bahawa banyak atau sedikit rezeki itu bergantung pada ketentuan Allah swt :)

Makanya pada 4 jan 16 ni.. bakal sesaklah bank-bank yang  mempunyai akses ASB dengan penyimpan yang mahu  mengemaskini  buku akaun memasing. Setakat yang ky tahu, peraturan baru..orang lain tidak di benarkan mengemaskini buku atau menambah pelaburan untuk pemegang akaun ASB. Semuanya harus di urus olih pemilik akaun itu sendiri.

teruja sangat nih!!
tungguuuuu...eeeeee taliiiii..aku datang!!!!!!!!

Tuesday, 29 December 2015

Dividen dan bonus ASB 2015

38 comments :
Assalamualaikum..

Semalam pendapatan dividen ASN tahun 2015 dah pun di umumkan olih PNB. Sesiapa yang menyimpan..dapatlah penambahan 6.10 sen seunit. KY tak kisah tentang pendapatan tambahan dalam ASN..sbb tak menyimpan pun dalam tabung tu.Awak-awak yang  ada menyimpan tersebut. ky ucap tahniah lah..kerana berjaya menambahkan tambahan dalam simpanan awak..walaupun peratusannya kurang mengembirakan..

 Berdebar pulak menanti pengumuman dividen dan bonus ASB 2015 yang di jangka akan keluar hari ini. Berapa lah agaknya boleh dapat ye. Rasanya dah boleh agak dah..jika dividen ASN menurun..takkanlah dividen ASB menaik pulak kan? 
sama-sama kita tunggu keputusanya ye...
jangan sampai tak lepas budget makcik hendak ke Italy sudah! 
hehehe..

ke... makcik harus mencari tempat parking baru..huhu




Thursday, 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul

17 comments :
Assalamualaikum..
Selamat menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW..


 pinjam cik google punya :)

" Sesungguhnya orang yang paling dekat  denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "
Al-Nasai & Ibnu Hibban


Wednesday, 23 December 2015

Meningococcal

24 comments :
Assaalamualaikum..
Selesai sudah .. meningococcal 3 orang RM600..
sekarang ni..apa yang murah ??



Thursday, 17 December 2015

Kata-kata Hikmah

11 comments :
Assalamualaikum..
share dari rakan FB..
 titipan kata-kata hikmah untuk peringatan dan kebaikan bersama..


terimakasih kerana sudi membaca :)





Wednesday, 16 December 2015

Beli untuk di buang

17 comments :

Assalaamualaikum..
Kalau ikut tempoh belum tamat..
Terkenalah ni..membeli untuk di buang!!!!

Tuesday, 15 December 2015

Luahan Perasaan

7 comments :
Assalamualaikum..


Ter emo sikit hari ni..
Blog bukan tempat nak ber emo..okey!
Aku tahu itu !
tapi inilah medium yang aku ada..
untuk meluahkan apa yang aku rasa.

 susah nak dijelaskan pada orang yang tak boleh dengar nasihat..
Orang yang sangat pentingkan diri..
Orang yang perasaannya lebih menguasai akal fikiran..
Oràng yang tak pernah cuba fikirkan perasaan orang lain..

Cubalah jangan mencari kesalahan orang lain..
 fikirkan apa kesalahan sendiri..
Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain..
Mentang- mentang lah KUASA ada di tangan kamu..
Apa..kamu tak terfikir ke?? yang ALLAH lebih berKUASA
Redha lah dengan apa yang berlaku..
Semua itu sudah ketentuanNya..

Jangan jadikan INSAN YANG LEMAH sebagai senjatamu..
Melemahkan MUSUH  kàmu yang sememangnya sudah lemah..
kasihanilah INSAN - INSAN LEMAH itu..
Dia tidak berdaya untuk berSUARA..
tidak berdaya juga untuk meluahkan apa yang DIRASA..
rasa rindunya yang membuak-buak..
terhadap insan yang di panggil EMAK dan ANAK!

Cuba letakkan diri kamu di tempat mereka..
yang sudah itu..sudah lah..
Kehidupan DIA dan kamu perlu di teruskan..
Kiranya langkah kamu tersasar..
Berhentilah sebentar..
Tolehlah kekiri dan kekanan..
Kalau perlu pandanglah kebelakang..
Di belakang itu adalah sejarah dan kenangan silam..
jadikanlah tauladan dan panduan menuju kehadapan..

Lembutkanlah hati mu..
Bertolak ansurlah..
Tiada guna dendam kesumat..
Yang tidak membawa manafaat..


Adab dan Sopan

16 comments :
Assalaamualaikum.. 

Tetiba terasa nak membebel kat sini berkaitan dengan ADAB DAN SOPAN.
Sebelum tu nak check diri dulu ahh.. "ada kah aku ni seorang yang menjaga adab dan sopan?
susah nak judge diri kita sendiri kan!
orang lain jer yang boleh menilai siapa diri kita! huhhu

 Tingkah laku seseorang memang semula jadi terdidik sejak dilahirkan olih sesebuah keluarga. Setiap keluarga mempunyai tingkah laku dan  keperibadiannya tersendiri.
Beruntunglah jika mempunyai keluarga yang menerapkan nilai-nilai murni, adab dan sopan  kepada anak-anak mereka. Kesannya.. generasi mereka akan mempunya tingkah laku yang baik, beradab dan bersopan santun dan sudah tentu disenangi semua orang.

gambar untuk hiasan. hotel Royale Chulan KL

Malu rasanya.. bilamana kita ni sebagai wanita jika tidak tahu/mahu menjaga adab dan sopan di sesuatu majliskan?
nak-nak yang sudah bergelar hajjah..
bercakap kuat-kuat macam bagi ceramah..
ketawa mengekekngekek ..
macam kene geletek..
kekadang terbahak-bahak..
bersembang panjang seolah ini kedai mamak..
tak salah berfesyen tradsional atau moden..
yang penting aset tidak di tonjolkan.

 semua tingkah laku itu terjadi kerana apa?
kerana pergaulan kita!
pergaulan mempengaruhi kita..
 bukan kerana keluarga telah salah mendidik kita. kita kan sudah punya keluarga.kitalah pula yang harus mendidik anak-anak kita. anak-anak pula akan mencotohi lita.

 kerana kita telah tersalah pilih.. siapa kawan kita..
maka benarlah ada kata-kata yang mengatakan..
kita.. adalah siapa kawan-kawan kita..

 
dihotel 5* 

Sudah macam ter biasa..
Adab di meja makan..macam makan di gerai saja..
Adab mengambil makanan..seolah makanan dah nak habis..
yang bestnya..siap potong Q lagi..
takde orang yang mati kelaparan kat Malaysia ni..
kalau tak dapat makanan pun..kat rumah pun ada makanan kan..
tak manis di lihat berebut-rebut makanan..
dah ambil makanan tu..haruslah di habiskan..
nak-nak yang dah jadi nenek-nenek dan bergelar hajjah.. 
haiss!! bilalah nak berubah!!

dah ambil banyak tu ..kenalah habiskan ye..




Monday, 14 December 2015

Emping Malinjau

23 comments :
Assalamualaikum..
Semasa di Aceh bila time makan tak kiralah lunch ke dinner ke di restoran tempatan..kami sering di hidang dengan emping malinjo *ada juga orang sebut keropok malinjo sebagai menu tambahan. Sebenarnya KY tak berapa suka emping malinjo..sebab rasanya yang pahit dan keras. 
Bila dah terhidang di depan mata setiap hari..apa lagi mencubalah juga memakannya..
betullah kata salah seorang perserta kumpulan kami..yang bukan main lagi memuji akan keenakan dan kerangupan emping tersebut. Itulah yang buat KY teruja nak makan.
Menurut katanya..kalau beli di malaysia..emping ini tebal , keras dan lebih pahit. Tapi yang disini sangat nipis dan rangup.  
iyo lahhh wey! 
Bila time singgah dipasar Aceh..KY nampak ramai peserta membeli emping malinjo. Sudah tentulah mereka rasa ada keistimewaan tersendiri emping malinjo buatan Aceh ni ye dak? Jika tidak, masakan mereka semua membeli banyak sebagai buah tangan kan..
Maka Ky pun teruja nak membelinya juga. Tapi beli sepeket jer. Kalau tak silap harganya untuk setengah kilo.. setelah rupiahnya di tukar ke RM jadilah 14 hinggit sahaja.. 


rupa bentuknya yang nipis dan ringan sebelum di goreng..


Selepas di goreng rangup..tetiba jer jadi feveret KY pulak. Sekali goreng sekali hadap habis..
Kesimpulannya..makanan apapun jika di olah mengikut kesesuaian cita rasa pelanggan atau di upgrade kualitinya pasti menjadi tumpuan dan kesukaan pelanggan kan..

Monday, 7 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day 3 and Day 4

18 comments :
Assalamualaikum..
 ky sudah kehilangan kata-kata untuk bercerita..
kita layan gambar ajelah untuk hari ketiga dan keempat..



 kenangan bersama peserta lain waktu solat suboh di Masjid Baiturrahman..

singgah kemuzium Sultan Iskandar Muda..


 Kenangan masuk kedalam  istana Permaisuri Sultan Iskandar Muda. Istana lambang cinta  agong Sultan kepada permaisuri kesayangan..



Sebahagian perkakas dari istana Sultan Iskandar Muda..


Singgah ke masjid Baiturrahim. Antara masjid yang terselamat dari bencana..

beginilah keadaan masjid Baiturrahim yang tersebar di maya selepas bencana tsunami..

 

 ..dan ini gambar keadaan Masjid Baiturrahim sekarang. Masjid yang sedang di baik pulih dan di taja sepenuhnya olih kerajaan Turki.

di khabarkan sebelum tsunamai melanda Aceh..ada warga Turki yang pernah tinggal di perkampungan ini. Hanya seorang sahaja warga Turki yang terselamat..lalu kerajaan Turki menaja sepenuhnya pembangunan di perkampungan ini..




lihatlah rumah yang di bina untuk penduduk setempat ini..tertera lambang  kerajaan Turki.
apa yang ky nampak kawasan perkampungan ini sangatlah sunyi..rumah-rumah seperti tidak berpenghuni.
 bila ada yang bertanya..kenapa?
jawabnya..kebanyakannya rumah-rumah ini di huni olih seorang atau dua orang ahli keluarga dewasa sahaja yang tinggal.
sempat juga melihat perkampungan tajaan kerajaan Malaysia. dari atas bas ky nampak ada sedikit kemeriahan di kampung tersebut. tapi tak sempat nak ambil gambar kerana bas bergerak laju..






 makan malam kami di sebuah restoran tempatan.

sebelum itu kami makan tengahari di tepi pantai ala-ala berkelah gitu..
menunya cuma ikan bakar sekor sorang cicah sambal kicap pedas dan sayur kangkong masak ala kampung. tapi kesedapannya teringat-ingat sampai balik keMalaysia..


gambar kredit dari salah seorang peserta. tour leader dan tour guide kami sedang menikmati air kelapa muda sementara menanti hidangn makan tengahari..





 derma dan sumbangan dari kami..

Alhamdhulillah..telah selamat mendarat..
kalau di beri kesempatan..ingin berkunjung lagi kesana..
nikmat dan kepuasan semasa berada di sana
tidak dapat diucapkan dengan kata-kata..
Allahhu akbar!






Saturday, 5 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day2 Part2

No comments :
Assalamualaikum..

 meneruskan perjalanan kembara naik bas lagi..
ikutkan jadual kami akan kerumah anak-anak yatim. tapi disebabkan ada sesuatu hal yang perumahan tersebut tidak menerima tetamu pada hari itu..kami menuju ke destinasi seterusnya. 

hasrat peserta untuk menyampaikan sendiri sumbangan tidak kesampaian. kami kumpulkan kesemua sumbangan dan menyerahkan kepada tour guide kami Pak Iwan untuk menyerahkannya bagi pihak kami..


inilah gambar yang tersebar dialam maya. sebuah kubah masjid yang beratnya 80 tan terdampar di tengah sawah. jarak jauhnya dari tempat asal sejauh 5km..


 inilah realiti nya..yang ky lihat sendiri dan mendengar cerita dari penduduk setempat yang selamat dalam bencana tersebut..
 asalnya masjid itu terletak di sebalik bukit itu. penduduk setempat pun berasa pelik dan hairan bagaimana khubah boleh sampai ke kawasan sawah sedangkan air tidak menengelami bukit itu. ada yang berandaian mungkin kubah itu di bawa arus melalui celah-celah bukit itu..
naskah Quran yang di jumpai..
 

bergambar kenangan..



Menurut juru cakap tempat ini kalau tak silap INTAN namanya..dalam keluarga beliau hanya beliau dan suaminya yang terselamat..kerana waktu kejadian beliau ke hospital kerana melahirkan anak sulong beliau..

INTAN bertudung pink. sedang memberi penerangan semasa dan selepas kejadian bencana tsunami.jalam masuk ke kawasan ini tidaklah jauh sangat. boleh saja kalu nak berjalan kaki. tapi penduduk setempat menyediakan perkhidmatan motor sewa.


nampak berderet moto kat gambar atas tu kan? ini lah kegunaannya..
sumber mata pencarian penduduk setempat. motor untuk di sewa..ikut suka nak bayar berapa. menyewa sambil menderma.


 ke pantai ULEE-LHEEU.. tak reti nak menyebutnya. makan jagung bakar dan minum air kelapa muda sambil menghadap pantai..

 Datang pemuzik jalanan.mereka menyanyi lagu yang tak pernah di dengar. kedengarannya sangat fresh lagu2 itu. budak2 muda minta lagu2 TEGAR..ky tak tau pun lagu TEGAR tu camna bunyinya. tapi sayangnya.. mereka tak tahu dan tak pernah dengar katanya..sedangkan penyayi TEGAR tu sangat popular di indonesia dan Malaysia. lalu ky minta mereka nyanyikan lagu2 lama nyayian Broery..itu pun mereka tak tahu..huhuhu
aduhhh..sempitnya dunia mereka..

makan jagung dengan air kelapa jerlah jawabnya..