*

Friday, 27 November 2015

bilakah waktu sujud sahwi?

14 comments :
Assalaamualaikum..
Ini entry auto publish, ketika entry ini  terpublish KY sudah berada di Banda Aceh. Mengikut itenary yang di sediakan Pihak TH Travel, waktu ini selepas sarapan pagi.. kami pergi melawat  Makam Syeik  Abdurrauf Al-Fansyuri seorang tokoh agamawan di Aceh.
Balik nanti KY sambung stori morinya ye. Banyak bebeno rasanya entry bersambung KY tertanggoh..
Bak kata Hainom OKjer..KY ni tengelam balik ke..senyap jer?
 Biasalah Anom..dah kilauan emas ni kekadang suka fefiling sendirian..tu yang senyap jer..hehehe

Baru2 ni semasa rakanmasjid kami sembang2 dimasjid selepas pengajian.. ramai juga dikalangan rakanmasjid KY yang berselisih pendapat mengenai bagaimana caranya.. waktu bila..saat bila SUJUD SAHWI harus dilakukan. Memasing menterjemahkan pendapat mereka dengan apa yang di ajar olih guru mereka. Bukan salah guru yang mengajar..mungkin masa tu kita sebagai murid telah tersalah faham atau alpa semasa guru mengajar..*maklum zaman kanak2..lalu kita mengambil kefahaman sendiri dan mengamalkannya tanpa banyak bertanya kepada guru dan kita terus percaya itulah dia ilmu yang di ajarkan olih guru kita sehingga kini dan harap bukan selamanya.. wallahhu aklam..

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa SUJUD SAHWI harus dilakukan..
Yang biasa kita tahu..terlupa rokaat..terlupa baca doa kunot. Selepas di google..rupanya  banyak sebab2 lain dan mengikut mazhab memasing..
masaalahnya bila mengoogle..banyak persoalan timbul. keliru jadinya..
tapi setiap persoalan pasti akan ada jawapan. jadi.. pandai2 lah mengoogle dan pandai2 jugalah memilih  guru.. 
:)

Wednesday, 25 November 2015

Banda Aceh..Percutian yang Ringkas

27 comments :
Assalamualaikum..
Berangan kekononnya nak tidor awal, sebab esok pepagi dah nak ke KLIA. Tapi bila mata belum mengantok..bosan pulak menonton TV sambil menunggu en.papa balik dari mengaji..KY pun menerjah blog kekawan. Keinginan untuk menaip entry sudah semangkin tengelam timbul..takut lama2 lupus jadinya..hehehe
 Ada banyak benda yang  nak di kongsi..tapi keadaan penyakit M ku yang membataskan semuanya..
Sementara menunggu en. papa balik dari kelas mengaji * mesti uolls kata..dah tua baru nak belajar mengaji? Ye..memang en. papa baru nak belajar mengaji secara iqraq. Alhamdhulillah.. Allah bukakan hatinya untuk belajar mengenal kalam2 Allah secara lebih mendalam..*
KY pun menaip dan terhasillah entry ringkas ini..
 
cik google punya..
Percutian ringkas kali ini ke Aceh.
Segala persiapan barang barang yang nak di bawa ke KLIA telah pun siap sedia..
- 1 beg besar yg beratnya cuma 20kg
- 1 bag sandang belakang yang beratnya tak sampai 2kg
- begtangan berisi pasport dan wallet
apa lagi ye? itu sajalah!  
ringkas!
 
 
  


Friday, 20 November 2015

betulke salam bermaksud celaka..

40 comments :
Assalaamualaikum..
Salam Jumaat buat pengunjung semua. Semuga semua urusan berjalan lancar dan baik-baik sahaja..


Terimakasih sudi singgah :)

Thursday, 12 November 2015

Sehari Dalam Seminggu..

44 comments :
Assalamualaikum..
hari ini  khamis. esok dah jumaat..
semankin lama terasa semakin tak kecukupan masa. masa yang ada selama 24 jam tu..kalau boleh nak di tambah beberapa jam lagi..
seperti biasa dairy akak sehari dalam seminggu..selepas solat suboh turun kebawah menyambung bacaan yasiin dan kemas rumah serba sedikit..kedapor *lama dah tak buat sarapan pagi* sarapan pagi dengan roti dan telor..kekadang oat atau  nestum saja. kalau dulu semasa taman ros akak tengah meriah, selepas semua orang  * dua orang sahaja * keluar rumah pergi menjalankan tugasan memasing..akak akan ketaman, menghabiskan masa beberapa jam bertaman..tapi sekarang ni jadual akak sudah bertukar kearah lain. kebiasaanya hari khamis akak kemasjid negeri..mengali serba sedikit bekalan untuk dibawa nanti..
balik dari masjid berjumpa kawan2 sealiran..bersantai sambil makan2..sembang dan berbincang tentang apa2 program yang  akan datang..
Ya Allah.. engkau telah permudahkan segala urusan ku dan keluargaku..Aamiin.


Akak ingat nak stop dulu dari ambil tempahan marhaban sehingga tahun depan..insyaallah..
Hujng bulan ini akak akan ke Aceh bersama TH travel. Akak hendak sangat melihat kesan tsunami yang menjadi sejarah di bumi yang di beri jolokan sebagai serambi mekah.
Doakan akak ye..semuga perjalanan akak dan En. Papa di permudahkan..Aamiin.
:) 



Wednesday, 4 November 2015

Hadiah Surah Yasiin

44 comments :
Assalamualaikum..

Semalam merajinkan diri berkemas rumah..
Ada satu alamari tu sejak pindah rumah 5 tahun lalu sampai sekarang tak pernah dikemaskan. Almari tu ky buat simpan segala barang doorgift yang ky dapat dari majlis orang kawen..bertunang dan marhaban cukur rambut atau bila balik dari jalan kemana2..barang shopping *jika tak sempat berkemas di situlah tempat parkingnya dulu..

ky perasan banyaknya ky dapat hadiah surah yassin dari majlis-majlis tersebut, selain dari tasbih dan barang-barang lain. Kebanyakannya makanan dan barangan comel buat perhiasan..Lalu ky memikir nak buat apa dan macamana dengan buku surah yassin yg banyak nie? Nak hantar ke masjid dan kesurau pun tak releven rasanya..sebab disana pun dah banyak orang hantar..
Semestinya  apabila tuan rumah membuat keputusan hendak menghadiahkan buku surah yasiin kepada tetamunya..sudah tentu beliau mengharapkan agar surah yasin itu dibaca dan sedikit sebanyak dapatlah beliau pahalanya.Yang membacanya sudah tentulah lagi besar pahalanya..Insyaallah..

Jadi ky kumpulkan di atas meja dan mula menyusun dalam kotak. Tetiba datang idea..apa kata ky bacakan satu persatu surah yasiin nie. Tak gitu pun setiap petang khamis atau malam jumaat ky baca yasiin jugakan. Daripada guna satu buku surah yasiin yang dah sampai lusuh tu..apa kata ky tukar kepada semua buku surah yasiin yang ky dapat ni. ikut giliran satu persatu.. sehari satu buku..lama lama habis jugakan..insyaAllah..






 setelah di bilang kesemuanya ada 122 buah buku surah yasiin.
Minta doakan ky ye anak-anak, adik-adik, kawan-kawan..supaya ky beritiqomah dalam melakukan apa yang ky nak lakukan ini.
InsyaAllah..


Alhamdhulillah..pagi tadi dapatlah ky tunaikan hajat pemilik buku surah yasiin ini..




Sunday, 1 November 2015

Jangan bersedih

21 comments :

Kajian penyelidik Texas mendapati, jika anda terus mengenangkan kisah sedih, tahap memori anda akan terjejas dan menjadi semakin lemah - Mingguan Malaysia.