Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pemgunjung..
Apa khabar ye..
Buat masa ni KY sihat..alhamdhulillah..
Mesti ada yang tertanya..kenapa KY lama tak bersiaran? Ek ele..macamlah ada siapa yang kisah..KY bersiaran ke tidak!
Sejak balik dari bercuti ke Europe february lepas..KY menjaga emak yang telah uzur. Jadi faham2 sajelah..menjaga orang uzur samalah seperti menjaga baby.
tumpuan dan perhatian lebih kearah itu..
KY nenjaga secara bergilir bersama adik..jadi pada masa yang tidak menjaga emak pula KY habiskan untuk urusan pejabat bersama En. Suami dan urusan peribadi. rasanya seperti tidak kecukupan masa untuk KY melakukan aktiviti kegemaran seperti dulu.
Mana yang penting kena di utamakan..lain2 tu belakang punya cerita..hehe
Semalam...anak sulong KY ajak beriftar di luar. Along sudah menempah meja untuk keluarganya dan termasuk kami 3 beranak. Tempahan di buat di restoran D'Kampong Cafe, Anggerik Mall Shah Alam.
Untuk ramadhan kali ini..Inilah pertama kali kami beriftar di luar rumah..tentulah rasa seronok kerana tak payah memasak..hihi
Yang tak seronoknya bila beriftar di luar rumah nikan..waktu nak solat. Memang ada surau yg berdekatan..tapi tidak cukup ruang untuk menampung pengunjung yang ramai. Tambahan pula ada ibu2 yang menyusukan anak sambil berehat n melepak kat surau.
paham2 ajelah..
waktu makan pula dari mula masuk waktu berbuka puasa sampai jam 8.45mlm saja. Agaknya pihak restoran tidak mahu melewatkan pengunjung dari pulang kerumah untuk bersolat isyak dan berteraweh. Jadi waktu yg terhad itu kami pandai2lah cepat2 mengambil makanan dan makan. KY tidak lah selesa untuk berebut2 mengambil makanan..cuma makan apa yang berada diatas meja yang diambil olih anak2 dan cucu2..
Banyak menu yang di sediakan..cuma kami tidak kecukupan masa untuk mencuba semua menu. Datang pun dah lewat kerana susah mencari parking.
menu yang disediakan pun sedap semuanya. Ada nasi beryani,nasi putih, ayam nasak merah,ayam goreng berempah, kambing bakar, sup tulang, anika jenis kueh dan buah-buahan, car kueytiaw, cucur udang, cendol dan pelbagai jenis minuman..ada panas dan sejuk dll yang tak sempat di jamah
Dengan charge rm38 satu kepala untuk seorang dewasa..rasanya berbaloi jugalah..
sesekali seronok juga beriftar bersama keluarga sambil bersantai di bawah khemah..rasa macam makan kenduri rumah orang kawen pula..