*

Friday, 6 February 2015

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

Assalamualaikum..
Tersentuh hati membaca tulisan yang di kongsi dari sesorang di laman FB dan KY pula berkongsi di blog ini..



Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.
 
* peringatan untuk saya dan anda juga..

45 comments :

  1. Setuju KY.....Ni mmg senario biasa. Kekadang ada gak berlaku pada diri sendiri. Selalu jugak anak menyampuk dan kena marah hehe....
    Lepas baca ni nampaknya OKje kena ubah ni KY hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anom..inilah yg terjadi pada KY masa anak kecik2 dulu..hehe
      skrang mereka dah berkeluarga..harap mereka tak mcm KY dulu..huhhu

      Delete
    2. dulu kecik2 kadang terdengar makcik2 jiran sembang, kadang2 ada bnda tak betul. niat hati nak menyampuk utk betulkn tp malangnya adat org melayu, budak2 jgn menyampuk ckp org tua..huhu.. terus kena marah ngan mak n makcik2 tu...sedih =(

      zinziemeewah

      Delete
    3. Agaknya..itu sbb org melayu susah nak maju..bnyk sangat larangannya..

      Delete
    4. Sebak plak bila baca. Cuma kadang2 tak dinafikan ada masa hilang sabar. Huhu.

      Delete
  2. Anonymous6/2/15 10:51

    Tersentuhnya hati baca posting ni. Bagus dijadikan renungan dan panduan dipagi Jumaat yang mulia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa KY baca..menitis juga airmata..terkenang..huhu

      Delete
  3. Sebagai ibubapa, kita rasa kita selalu betul. Kita lupa bahawa anak2 juga punya hati dan perasaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak sangat makan garam kakchik..heheh

      Delete
  4. hati acik pun tersentuh jugak membacanya KY..
    masa anak2 kecik dulu acik kurang membebel kalau pasal nak kesekolah..sebab acik takut kalau bebel mood anak nak belajar terganggu.
    balik sekolah dan kita dah balik kerja selalu jugak acik bebelkan ingatkan untuk siapkan kerja sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY ni ketegeri tak suka bebelAcik..tapi pantang anak nakal n buat silap..siaplah..huhu

      Delete
  5. kakyon ...satu ketika dulu sya ni suka gak membebel tapi dh tua2 ni tak kuasa dah ,apa pun suami saya dengan anak2 cool je dari dulu sampai skg .

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangkin berusia banyak perwatakan kita berubah..

      Delete
    2. saya sgt rapat ngan Abah, seb Abah tak pernah marah..kalau mak hari2 kot.siap rotan lagi..hehehe

      zinziemeewah

      Delete
  6. terkadang apa yg ditulis tu betul...
    teknologi sekarang sedikit sebanyak melalaikan kita...mcm ada jurang pulak anak2 dgn kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan pulak bila anak dh besar n berkeluarga..lagi jauh jurang antara kita. Kalau dulu kitalah tmpt jd rujukan ..kini tidak lagi..

      Delete
  7. Setuju KY.....Ni mmg senario biasa. Kekadang ada gak berlaku pada diri sendiri. Selalu jugak anak menyampuk dan kena marah hehe....
    Lepas baca ni nampaknya OKje kena ubah ni KY hihi

    ReplyDelete
  8. Benar KY.. terasa kena dibatang hidung sendiri.. kepenatan yg melanda hingga kita lupa menjadi pendengar yg baik.. Muhasabah utk diri saya sendiri ni KY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuga kita bersama bermuhasabah diri ye Yati :)

      Delete
  9. Kakak pun ada baca WA ini KakYon. Bagus sebagai peringatan kita yg sibuk bekerja berbanding mak-ayah kita dulu. Tapi alhamdulillah dan harapnya kakak masih terkawal lagi walaupun kerja. Malam pun anak kakak buat kerja sekolah kakak teman sehingga mereka masuk bilik.. Tengahari pun call dah makan ke belum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..
      zaman mak ayah KY dulu..nak angkat muka pun takut. zaman sekarang dah berubah..lebih selesa berkawan dengan anak-anak..

      Delete
  10. Salam Jumaat KY...

    Ini senario biasa...pengalaman bunda dah 20 tahun mengasuh anak orang...pernah lihat dan mendengar sendiri keluhan anak2 ini..

    Mereka lebih senang bersama rakan2 disekolah dari dirumah. Dari pemerhatian bunda kadang tu pengasuh lebih memahami anak2 ini..

    Pengasuh lebih tahu apa makanan yang mereka suka dan mereka tak suka...tahu aapa masaalah mereka...tahu mereka sakit kat mana...dan apa hobi mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY pun biasa menghantar anak kepada pengasuh. begitu rapatnya mereka sehingga pengasuh di angap emak sendiri..huhu

      Delete
  11. Assalam Kak Yon..lama JM x singgah sini hurmm..hasil dari cerita ni..JM nk komen juga sikit..

    bila dah berkahwin dalam tempoh setahun perkahwinan...nak masuk tahun ke dua ,ula resah gelisah kerana tiada zuriat, pelbagai cara diusahakan..bila dh dapat ada yg tidak mendidik dan menjaga dengan baik..jika ibu bapa begitu acuan nya maka hasilnya nanti...oleh itu setiap pasangan yg ingin berkajwin perlu ada parenting skill..sayangi lah anak2 anda kerana mereka memerlukan kasih sayang..darah dagin g sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul komen JM tu..itu yg sebaiknya..
      tapi zaman KY dulu..mana ada parenting skill ni..kursus kawen pun takde..hihi. kami mendidik anak mengikut cara emak bapa kita..

      Delete
  12. perkongsian yg menarik...jgn kurang kasih syg n perhatian kpd anak2 yg msh kecil ni...masa kita brsama mrk saat kecil xlama n pasti kita rindui keseronokan melayani kerenah anak2 walau kdgkala mmnatkn namun mmbhgiakn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mereka bersama kita hanya bberapa tahun sahajakan..selebihnya mereka berkongsi dgn rakan sekolej dan pasangan hidup mereka pulak..

      Delete
  13. Kadang2 kak zai pun ada juga buat silap tapi tidaklah sampai anak2 merajuk. Masih luangkan masa walau sibuk macmana sekali pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya beruntung anak-anak yg mempunyai ibu bapa yg banyak kesabarannya..

      Delete
  14. Salam singgah ptg kakyon....tersentuh hati bila baca entri kakyon ni...sesungguhnya anak2 perlukan perhatian selain kasihsayang...sikap perhatian yang ibubapa tunjukkan membuatkan si anak lebih rasa di hargai dan di lindungi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah besar..kita masih perlukan perhatian keluarga juga kan. kalau kurang perhatian tu yg menyebabkan ada perasaan cemburu sesama adik beradik kan..

      Delete
  15. siapa lagi yang mereka ada? dengan kita la tempat mereka mengadu... dulu-dulu pernah juga merajuk dgn parent...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ky pun pernah merajuk..tpi x pegi jauh..nyorok dlm kebun. Orang ingat ky kena sorok dgn hantu sorok..haha

      Delete
  16. Betul tu. Anak-anak juga perlukan perhatian daripada ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..kita tak belajar dr pengalaman. Kalo masa kecik kita perlukan peehatian keluarga..samalah dgn anak kita..

      Delete
  17. dh baca ni kt group wassap juga. memg sedih kan. saya suka cara org barat didik anak depa, kalau tak puas hati duduk berbincang, kalau anak buat salah dgn jiran, biar jiran yg hukum. mak bapak tak kisah asalkan tak melampau hukuman tu. tp kita kt malaysia ni dh terdidik kalau budak2 xpuas hati tak leh nak ckp kt mak ayah, kadang bila dgr org tua2 sembang ada bnda salah, tp xleh nm menyampuk nk btulkan... tu yg salah nya didikan kita. pastu kalau jiran marah anak seb anak buat salah, mak bapak masuk campur smp bermasam muka..patut kita gunakn cara barat didik anak dr segi perkembangan diri la.. ada yg baik blh diambil kan :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ambil mana2 yg terbaik..contoh banyak dalam kalangan bangsa lain dalam masyarakat kita . .

      Delete
  18. Pada pendapat saya, ibu ayah memerlukan bisnes yang dilakukan di rumah. seperti online busines. Bisness berjalan hal rumahtangga pun tak terabai.

    Woman at home mother and man at home dad...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ky bekerja dulu sepeeti ibu yg lain juga..hari2 kalut dgn urusan rumah n anak2. Bila berhenti..baru kehidupan lebih tenang n anak2 terurus.nak tambah income buat biz sambilan.
      Cadangan yg baik juga ibu buat biz on9 dari rmh.biarlah kaum lelaki yg bekerja di luar rumah..mereka pencari nafkah utama dlm keluarga..

      Delete
  19. Sampai sekarang saya masih tidak pasti samada anak-anak berpuas hati dengan kehidupan dan layanan yang saya berikan sewaktu mereka kecil dan tengah membesar dulu...satu waktu saya pernah terkejut bila anak mengatakan saya 'cenge' ( garang ) ...iya ka...saya tidak sedar pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya berbalik pada Allah jua. kita cenge ke..lemah lembut ke..dengan doa kita Allah yang tentukan segalanya. yg penting anak-anak kita menjadi insan yg beriman kepada penciptanya..

      Delete
  20. bila mak ayah anggap anak itu beban
    kesudahannya memang tak menggembirakan
    sampai bila pun semua hati tak aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebabnya bila mencari jodoh di galakkan siasat dulu latar belakang keluarga ye Tehr..supaya berjodoh dgn keluarga yang dalam keadaan aman tenteram..

      Delete
  21. Ya...saya pun ada terima peringatan ini minggu lepas di whatsapp...
    Anak2 kita, cuma mahukan perhatian..

    ReplyDelete
  22. meleteri anak itu perkara biasa . maka si ibu tak perasan yg itu akan mengguris hati anaknya . da juga ibu stress kerja . jadinya dia anggap pertanyaan anak itu cuma perkara remeh dan tak perlu serta mengganggu ... semoga saya ingat perkara ini bila bergelar ibu nanti .

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..