*

Friday, 27 February 2015

Beralih Pandangan

18 comments :
Assalamualaikum
Salam jumaat..
Jauh berjalan luas pemandangan ke..
jauh berjalan luas pandangan?



Wednesday, 25 February 2015

Bali Day 3&4

11 comments :
Assalamualaikum..
Apa khabar rakan2 KY semua. Semuga kalian semua happy bersama family.
rasanya baru lagi menyambut tahun baru..nak buat entry ucap selamat pun belum sempat..dah nak habis bulan February. cepat sangat masa berjalankan..ke KY yang bergerak dah lambat..huhu
nak sambung cerita ke Bali December lepas.
program hari ke3..bersiar ditepi pantai. tidak pulak ky bertanya pantai apa. kami akan di bawa menaiki boat ke sebuah pulau..tak pulak bertanya pulau apa. tapi di katakan boleh melihat ikan jerung dan penyu.  kami 3 beranak tidak pula rasa teringin untuk kesana, memandangkan suasana pantai di situ pun belum menarik perhatian kami. Puas juga tour guide memujuk kami turut sertai mereka, namun kami berani berkata " tidak!!" 
tidak semestinya kami suka..apa yang mereka suka..
lebih lagi perkara yang melibatkan kos tambahan. setakat nak tengok penyu..kat Malaysia pun ada..hehe
ternyata benar..ada yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka semasa melawat kesana.
sementara menunggu mereka balik..kami berjalan2 disepanjang jalan sambil melihat pemandangan tepi pantai yg tidaklah secantik manapun..dan bangunan hotel dan chalet yg sedang dalam pembinaan. kami mencari kut2 ada SPA yang telah di buka di awal pagi.
olih kerana kebetulan pada masa itu ada lah hari perayaan/kebesaran ugama mereka..banyak kedai di tutup. kami nampak ada sebuah SPA baru buka dan kami singgah. Oya berminat nak trim dan mencuci rambut. KY dan En. Papa pula berminat nak urut kaki. Di sebabkan tiada tukang urut lelaki..En. papa membatalkan niat nak berurut.
Bersembang dengan mereka..baru tahu yang pantai ini tidak secantik pantai yang lain yang biasa dikunjungi olih pelancung ke Bali.
huhu..nak buat camna.tour guide yg aturkan..janji dia ada masyukkk!


tak dapat main air tepi pantai..dapat main air dalam kolam renang pun jadilah. kolam renang di hotel berdindingkan kaca..macam tengok ikan dalam akuarium..
ada berani nak mandi dalam tu?

 

Kuil terbesar di Bali terletak di Tanah Lot. Nama asalnya ialah tanah atas laut. di pendekkan cerita..jadi lah Tanah Lot.
tidaklah KY berani nak jejakkan kaki kesana..setakat bermain di tepian saja bolehlah..

Nak dijadikan cerita..semasa tempoh masa lawatan tamat, salah seorang peserta belum berada dalam bas. hampir sejam menunggu beliau tidak juga muncul..terus tour guide mencari di lokasi yang katanya.. " selalu orang lupa/tak nampak jalan keluar..huhu
berhati-hatilah kalau kesana..boleh terjadi tetiba bluurrrr..





mengikut jadual asal..kami akan kepantai Kuta menikmati makan malam sambil menyaksikan matahari melabuhkan tirainya sambil diiringan alunan muzik romantis. tapi di sebabkan sedikit kelewatan peserta tadi semuanya sudah jadi caca marba daa..hehe



hari untuk pulang. dapatlah tempat duduk yang best sikit, betul2 belakang bisnes class..lapang dan selesa. selalu dpt tepi sayap jer dan cuaca pun cerah dan cantik. ok bai..jumpa di entry yang lain dalam jom keluar negara..




Saturday, 14 February 2015

Celebret Birthday..

16 comments :
Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..impian KY hendak menjejakkan kaki di bumi Eropah hampir tercapai.
Rasa terharu sangat..dan rasa bagaikan bermimpi.." betulke aku nak keEropah nie? "
Sebelum ini KY hanya berangan2..bilalah agaknya KY dapat kesana..tatkala mendengar cerita rakan2 bagaimana seronoknya mereka tinggal dan melancong kesana..
Tidak pernah KY menyangka..sampai waktunya di usia yang ke60 ini 
* insyaAllah * pada 15th February ini KY akan terbang dan dapat menjejakkan kaki kesana juga.. 

 ****

Ini cerita petang tadi. Anak-anak belanja makan tengahhari sempena my birthday 10th February lepas..
celebret birthday ringkas saja. KY sebenarnya segan nak celebret beria-ia sangat. tapi anak-anak yg nak raikan..KY ikutkan saja..:)




makan nasi arab..

Cucu-cucu akak dari 3 orang ibu..macam-macam gaya dan rupa..heheh
inilah penghibur hati Wan n Atoknya..

Wednesday, 11 February 2015

Apa khabar

21 comments :
Assalaamualaikum..
~~ Aku tanya apa khabar ~~
Beginikah khabar kamu ?
Huhuhu....

 semak samun kan..
  
 pokok tomato tumbuh hasil dari buah yang busuk yang dicampakan tuan tanah kesitu. nampak dah berbunga..kita tunggu hasilnya cemana hasilnya..

 belum tahu lagi pokok bunga apa..benih dapat masa keMedan tempoh hari. balik rumah terus semai kt situ..nampaknya cepat dia bertunas dan subur pulak tu..

Monday, 9 February 2015

Tandas kita..

40 comments :
Dalam perjalanan nak balik kampung..tak sampai beberapa minit perjalanan dah rasa nak terkucil..padahal sebelum keluar rumah dah melepaskan qadak hajat terlebih dulu. Tetiba pulak pundi ni cepat sangat terisinya. Nak kata terlebih minum tidak juga. KY minum seperti biasa jer. Adalah yg tak kena tu..mungkin kesan ubatan yang KY makan..

Singgah di RnR Dengkel..susah nak cari parking..banyak kemah didirikan disepanjang tempat parking..macam ada acara tertentu..tapi tak pasti ada acara apakah itu..

Singgah pula di petrol station..depan pintu tandas di letakkan papan tanda 'sedang di cuci'..KY cuba menolak pintu dgn harapan di beri masuk kerana nak terkucil sangat..hehe. tetiba dengar suara..' kak! kalau nak masuk.. masuklah cepat! Kejap lagi saya nak buat kerja..!! ' syukur..alhamdhulillah..

Bila KY masuk..rupanya tandas memang sangat kotor..dan tau ajelah baunya. Entah berapa hari tidak di cuci agaknya. Kalau bukan kerana berhajat sangat..harus KY batalkan hajat KY dan menunaikan hajat di destinasi seterusnya. Sudahlah air macam di musim kemarau..tandas pula tidak boleh di pam. Terasa bagai berada di Negara bukan Islam yang tandasnya tidak berair..main pakai tissu jer..huhu

Sampai bilalah tandas awam kita nak di jaga sebaiknya ye. Kecuali tandas di RnR yang memang bersih dan selesa..di tempat lain umpama melepaskan batok ditangga saja. Untuk orang-orang yang terdesak seperti KY..

Friday, 6 February 2015

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

45 comments :
Assalamualaikum..
Tersentuh hati membaca tulisan yang di kongsi dari sesorang di laman FB dan KY pula berkongsi di blog ini..



Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.
 
* peringatan untuk saya dan anda juga..