Friday, 30 January 2015
Troli pun ada halal haramnya..
Thursday, 29 January 2015
Share dari group whatsapp
Assalaamualaikum..
Perkongsian...
1- Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.
2- 70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…
3- Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.
4- Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan.
5- Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya mengandungi toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.
6- Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.
7- Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..
8- Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.
9- Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.
10- Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.
11- Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.
12- 95% kanser berlaku kerana stress.
13-Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.
14- Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….
15- Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.
16- Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.
17- Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.
18- Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.
19- Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.
20- Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.
21- Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.
22- Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.
23- Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..
24- Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.
24- Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…
25- Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
26- Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan.
27-JGN BUNUH SEMUT!
kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^
Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..
Wednesday, 28 January 2015
Bali day 2
Hari kedua percutian ke Bali..pakej 4 hari 3 malam.
sib baik barangnya murah jer..hihi
bersarapan di hotel saja..
dalam iternary tidak ada lawatan ke pertunjukan tarian barongan. tapi di sebabkan mereka-mereka itu hendak sangat menyaksikan tarian tersebut.. *diingatnya tarian barongan itu adalah tarian tradisional masyarakat Bali * jadi kami semua akur, dan menambah bayaran sebanyak lebih kurang RM30 seorang untuk menyaksikan pertunjukan tersebut..
..tetiba jer dia datang dekat sangat dengan ky. terkejut beruk dibuatnya..Takutttt!!!
nak cover ketakutan dan menahan bau..ehem..ehem..tahan nafas ajeler...sambil kekonon ambil gambar...hahaha
selesai kami solat datang 3 orang remaja pun nak solat juga. istimewanya di surau ini, telah di siapkan sejadah dan telekong disusun rapi siap menghadap kiblat..
bagi chance makcik nak enterprem..hehe
melawat kebun ke.. ladang ke.tak pasti itu apa. kebun kopi dan pembikinan kopi luak.
inilah musang yang memakan kopi..pastu biji kopi dari najis musang di kumpul dan di proses menjadi serbuk kopi..
lalu ke nak meminumnya?
letih gamaknya musang ni..tidur sampai tak sedar diri..hihi
biji kopi di goreng secara tradisi..
comel jer gadis ini menghayun antan..
segala nika minuman diberikan untuk kami cuba..
hidangan makan malam kami..
belanja gambar dekorasi di pintu masuk hotel..
Tuesday, 27 January 2015
Bali day1
biasalah kalau flight sebelah pagi..mesti keluar rumah sebelum subuh atau selepas subuh.
trip kali ini kena keluar rumah sebelum subuh. bangun dahlah terlambat, tergesa2 keluar rumah..
apa yang berlaku?
ky dah tersalah pakai kasut..hahaha
dah sampai airport baru sedar, nak buat camna..pakai aje lah.
waktu solat subuh di surau KLIA2..puas juga ky menyorokkan di celah-celah antara rak kasut..malu pulak rasanya bila nanti dipandang orang lain..hehe
*******
Hari pertama sampai..tiada perkara menarik yang boleh di ceritakan. kumpulan kami yang seramai 15 orang adalah terdiri daripada kalangan pengetua sekolah..
day1..enter prem bersama all the pengetua sekolah.. selepas solat zohor di sebuah Masjid terbesar di Kuta. Gambar masjid takde yg cantik semua blurr..sebab nak cepat mengejar waktu solat takut terlepas. lagi pun tour guide tak bagi masa yang secukupnya untuk kami bersolat.
tiga beranak enter prem kat tugu..tugu apa ngek? my memories lost already ..hihi
tak dapat shopping..dapat possing pun jadilah..
* pertama kali ky ikut grup/tour agen yang tak ikut iternary yang di gubal sendiri. main belasah jer ikut kehendak 'some of the Pengetua' *
olih kerana belum satu apa pun yang dapat di beli..mereka mengajak bershopping di satu mall bersebelahan dengan hotel kami.
kiranya tempat shopping budgetlah nie..
ky dah jangka..Bali bukan tempat syurga membeli belah. Jadi inilah saja uwang yang di bawa.
apa yang dapat ky beli dengan uwang sejumlah ini ye?
keluar dari shopping mall singgah minum air kelapa,
beli dua helai kopiah untuk di pakai bulan Februari nanti..murah sangat..dalam RM10 sehelai..
rasanya jenoh memilih yang elok-elok. bila bawa balik kehotel inilah rupanya.
sebelum itu tour guide ada berpesan..kalau membeli barang, semasa membayar kena pandang betul-betul semasa casher tu masukkan barang yang kita beli kedalam beg itu betul ke tidak. kalau kita leka..sepantas kilat dia akan menukarkan barang yang kita dah pilih elok kepada barang yang rosak.
terbukti ianya benar..
. ky merancang nak pergi semula untuk menukarkannya. Oya kata.. "cer ibu semak resit ada tulis apa-apa tak?
ermmm.. dah siap tulis kat resit..barang yang sudah di beli tidak boleh di tukar..
dapatlah juga membeli sedikit ole-ole..
Pastinya fm tidak di lupa..tapi bila sampai rumah..mencari sampai ke sudah tak jumpa di mana di letakkannya..huhu
KakYon dan blog
hampir sebulan juga ky tidak bersiaran di blog ini. Sebenarnya bukan nak kata ky ni bz sangat sampai tak boleh menaip sepatah dua kata, tapi di sebabkan laptop ky ni buat peel terlebih rajin, ky pulak yang malas nak melayan kerenah dia. manakan tidaknya..ky ketuk sekali dia enterprem banyak kali..sudahnya sampai kesudah tak siap menaip walau pun sebaris ayat. Lama dok tercongok depan laptop ni pun bosan juga. Last2 main fb jer.Nak guna tab ke hpon ke..paham2 ajelah..dah kilauan emas ni kan..mata pun dah tak berapa awas..hehe
Beg rosak semasa dalam penerbangan.. boleh klim insuran ke..
Agaknya ada ke orang perasan kertiadaan ky ni..
terimakasih kepada yang ingatkan ky..
kat dunia maya ni sama seperti dunia nyata. Bila lama tak blogwalking..terasa janggal pulak nak berblogging..seolah terasa masih ada ke yang nak baca celoteh ky. Nak mulakan bercèlotoh pun tak tahu dari mana nak mula..hihi.
Pernah ky janji nak update trip ke Bali.. sampai dah ke Medan, n3 pun tak berupdet lagi. Terhutang updet dua trips. Trip akan datang lagi jauh..12 jam punya penerbangan. Ada masa lebih kurang lagi sèminggu kena buat persiapan. InsyaAllah..mohon pada Allah semuga di permudahkan segala urusan kami..Amin.