Assalamualaikum..
Musim hujan dah tiba.. bersiap sedialah wahai pokok-pokok rose dihalaman. masih banyak pokok bunga rose yang harus di selamatkan. kena angkat dan letakkan di teduhan. kalau tidak, harus pokok rose KY terkena penyakit Kanker kerana akarnya terendam dalam air yang berterusan..
sudahlah di tinggalkan beberapa minggu tanpa jagaan..daun dan bunga jadi kering dan keriting angkara thrips, penyakit black spot yang daunnya berbintik hitam bagai tahi lalat dan scale pulak bermaharaja lela..dilihat mengerutu sepangang batang pokok. hadoii hai!..banyak naw kerja nak buat bagi mengerjakan binatang tersebut..
tak pasti berapa pasu yang boleh diselamatkan nanti..
inilah salah satu aktiviti bila musim hujan tiba untuk menyelamatkan pokok rose dari mati begitu saja.
sebenarnya KY sudah mula merasa berputus asa menanam pokok bunga rose. commitment yang tinggi haruslah di beri untuk menghasilkan pokok dan bunga yang subur dan cantik. Sedangkan masa untuk KY bergarden seperti dulu sudah tidak mengizinkan lagi..huhu
yang masih mahu berbunga walaupun hampir hangus..
tidak semeriah dulu..
JR perlu di replant..
kawasan kecil..tapi macam-macam pokok ado..
pokok rose ini semua akarnya telah merembat kebawah tanah, harap musim hujan kali ini tidah merosakkan akarnya..bertabahlah kamu ye..
tetiba tumbuh pokok ini..KY biokan aje dia menjalar
JR yang sentiasa meriah tak kira musim apa..
kawasan tepi rumah semak samaun dengan tanaman berdaun hijau..
laluan kebelakang rumah..bila lah nak panggil aneh bangla tu nak suh potong rumput..
kawasan belakang rumah, pokok daun kari dah meninggi, menengelamkan pokok daun pandan dibawah perdunya..
pokok herba..apa nama ntah..main tanam jer. ubi nya boleh buat ulam untuk awet muda..katanya..
pokok lada bila di semai takmau idup..bila di campak tumbuh pulak.KY nak biarkan aje kat situ.. bio dia idup sendiri. kalau alih kedalam pasu , sure mati punya. pengalaman akak ler..huhu
lagi satu herba tak tahu nama, katanya..hantu tak suka kacau bebudak kalau letakkan daunnya dalam rumah. petua nie untuk bebudak yang kena sawan tangis....hihi
daun kesum hidup subur, pokok kunyit sepasu dah kering tak bersiram, sepasu lagi masih selamat..
pokok serai..banyak sudah jasanya..
pokok limau purut, umur dah tiga tahun..masih bantut lagi. mana taknya, pantang tumbuh daun..ranap. kalau tak cik belun yg pelahap tu mkn, tangan ni yg gatai jer nak memetik..heheh
lagi pokok herba.. belalai gajah. katanya boleh merawat penyakit kencing manis. tidaklah KY pernah mencubanya..