Assalamualaikum..
The Versatile Blogger Award:
Beberapa hari
lepas KY ditag olih adik Ana @ anajingga, baru hari ini
KY berkesempatan untuk memeriahkan segmen antara rakan blogger bertujuan
untuk mengenali dengan lebih dekat lagi serta mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim yang sememangnya telah terjalin di maya ini. Terimakasih
Ana..berharap dapat berjumpa Ana dialam nyata pulak :)
7 Fakta tentang diri KY :-
untuk kita mengenali Ana dengan lebih dekat lagi ...
inilah blog anajingga..
Syarat-syarat untuk menyertai segmen 'The Versatile Blogger Award ' mudah sahaja seperti :
1. Ucap terima kasih kepada yang memilih anda * buat dah
2. Letakkan link blog mereka * ada kat atas tuu..
3. Tulis 7 Fakta tentang diri anda * ini yang seram sikit..takut terauta..hehe
4. Pilih 15 blog yang KY ikuti dan calonkan sebagai 15 blog ini kepada VBA * banyak nak kena pilih ni, susah juga.. macam nak pilih calon menantu..hihi
7 Fakta tentang diri KY :-
1. Dah masuk usia kilauan emas ni..tentulah KY seorang isteri yang kemain comelnya, ibu/mama kepada 3 hero 1 heroin, Wan kepada 8 orang cucu..oktober nanti insyaAllah..bertambah rezeki jadi 9 orang
2.Suka kepada benda-benda berseni..tak kira apa pun seninya. menjahit, menghias, menyulam dll. masa muda-muda dulu suka menyanyi, menari..hampir-hampir nak jadi pelakon, lepas kena tengking dengan arwah pak sedara.." itu haram!! terus terbantut. masuklah kumpulan nasyid dan marhaban jer..sampai usia kilauan emas pun masih laku dimajlis cukur jambul..hihi
3. KY anak jawa Johor, berhijrah keKL..sekarang tinggal di Shah Alam sejak 40 tahun lepas
4.KY Suka sangat bercucuk tanam, tapi tak pernah menjadi..tangan panas kut..
5.KY Suka makan masakan kampung dan yang simple jer
6. suka melancong. zaman muda dulu KY berkerja keras untuk mengumpul sedikit harta dengan harapan bila berusia nanti bolehlah KY berehat dan berbuat apa yang KY suka dan yang tak sempat buat masa muda dulu.. tanpa menyusahkan atau meminta bantuan dariu anak-anak..insyaallah..
7. Sebenarnya KY ni pemalu dan pendiam. mesti ada orang kata..dah tua-tua pun nak malu! inilah sebenarnya sifat KY. kalau orang tak tegur KY dulu..KY segan nak tegur.tapi bukan sombong ye. penyakit apa ntah..rasa rendah diri kut..huhu
selesai sudah..
selesai sudah..
lepas ni KY kena tag 15 blog pilihan KY..
jeng..jeng..jeng! siapa yang kena!
1. Jari manis
2. Anies
4. Sud@is
11. Dari bintang
13. Cempaka Biru
14.EYE_NEE
sampai sini sahaja dulu ekk. kepada yang KY tag tuu.. KY taK paksa nak sertai segmen ini ke tidak..terpulanglah. KY sekadar ingin memeriahkan segmen sambil mengenali adik-adik KY lebih dekat lagi.
Perghh..berpeluh juga jari jemari keras ni berexersise menaip dan mengopy paste..
selamat bersegmen semua..
selamat bersegmen semua..
selamat bersegmen semua
ReplyDeletemoga2 hidup sentiasa ceria dan diberkati selamanya
KY seganlah nak tag Teh, kena tag dlm bentuk pantun. Ky tak pandai berpantun.. ;)
Deletesy pun kena tag KY..tergelak besar sy...terima kasih banyak...dgn segmen begini kita boleh mengenali serba sedikit mengenai rakan blogger kita...moga KY sihat walafiat utk meneruskan rutin idup yg disukai...
ReplyDeleteKY nak kenal juga dgn Paridah. Harap ukhwah kita berterusan hingga akhirnya..Amin.
DeleteNo 3 tu nk lari duluuu
ReplyDeleteMana nk pegi..jangan larikkkk..
Deletepemalu ni sifat semulajadi . nasib baik tak jadi pelakon / penyanyi ...
ReplyDeleteKalau tak kena sergah..harus juga. Tambahan di keliling kita orang -orang yg terlibat kearah itu..
DeleteInsyaAllah kakyon ....tapi buat masa ni saya belum bersedia lagi....
ReplyDeletetakpe SI takde paksaan, kita cuma nak meriahkan segmen sesama rakan blogger..
Deletesy pun baru memenuhi permintaan rakan2 utk join segmen ni..hehe.. :)
ReplyDeleteboleh sekali harung tu..hehe
Deletekak yon! nama Jm teratas tu heeee terharu senebarnya tp klau d minta up entri maybe x sempat so bg menghargai dan tanda sayang sama kak yon tu Jm terus jawab kat sini aci x? heeee boleh la yek
ReplyDelete7 fakta mengenai diri Jm, urmmmm apa eh
1. Anak pertama dari 9 beradik, ramai kan adik bongsu berusia 12 thn
2. sudah beumur 30 tapi belum berkahwin maybe belum ada jodoh bukan memilih ye :-)
3. paling minat travel klau boleh tiap2 bln nk travel tp apakan daya kekangan masa dan wang
4. mempunyai impian untuk pergi buat umrah dan haji tetapi terpaksa d simpan dulu niat itu kerana tiada mahram
5. seorang yg suka senyum dan mudah bergaul dgn org kiranya mudah mesra heee tul x kak yon
6. x suka minum air berais rasa ngilu gigi so lebih gemar minum air suam or mineral
7. suka makan masakam kampung terutama ulam ulaman
so mcm mana kak yon dpt kenal Jm siki2 kan. kak yon i lap uuuu muahhh
Terharu nie JM.
Deleteaaaaawahh!...chayam awak! hehe
No 1 tu..mesti melimpah ruah kasih sayang adik-adik pada JM, jadi no 2 tu JM hold dulu ehh..
no 3 tu sama lak kita ye..cume fulusnya ngak kecukupan..hihi
kak yon yang sanga rajin update blog :) cayalah...
ReplyDeleteTahniah! singgah dari segmen VBA oleh kak Ana
ReplyDeleteKY kalau gitu kita sekapallah yer....wes ngomong Jowo waeylah yok.....hehe
ReplyDeleteSeronokkan KY Allah bagi peluang hidup sampai sekarang ni ...dpt tgk anak cucu membesar.... tahniah KY...
Pemalu ke? Macam tak pemalu jer bila dalam blog ni ....mcm peramah jer....hehe apa pun seronok baca cite KY
selamat bersegmen k. yon
ReplyDelete