Assalamualaikum..
Kejadian berlaku pada 16 September lepas..tapi di sebabkan kebizian yang melanda KY, baru hari ini berkesempatan nak berstori..
Bila minggu giliran menjaga cucu tiba..KY merancang percutian keLangkawi. Kebetulan waktu itu cuti sekolah. Teruja nak bawa cucu ke 8 KY naik kapalterbang. masa baby dulu pernahlah naik..stori ada kat sini..
bila nampak kapalterbang atas langit dia akan sebut.."there aeroplane!. nampak cahaya kapalterbang atas langit waktu malam pun dia boleh cham..
Kebetulan pula Oya mengambil cuti Mandatory, jadi kami berpakat pergi bercuti bersama. Turut serta bersama kami ialah cucu sulong KY. Sengaja mengajak Dhani, untuk berkawan dan bermain bersama dengan Aydeen nanti..
Bila bercuti tidak dirancang dengan awal/betul, dalam kata lain tergesa-gesa, maka banyaklah perkara yang tak sedap berlaku..
flight tiket, kami booking bersama Malindo Air. itu sahaja yang murah pada tarikh tersebut, total fare MYR180 dengan bagage allowance 15K seorang. Baby pula cuma MYR76 seorang..
Bersama Malindo Air kami mendapat pengalaman sedikit kurang manis. pada mulanya penerbangan yang dijadualkan pada jam 10am, ditunda 2jam, kemudian di tunda lagi sehingga jam 2.20 pm..
masak punggong di buatnya!!
huhuhu..
Meninjau bayang kapalterbang yang belum muncul..

Apa nak di buat lagi..buatlah xtiviti sendiri..
memandangkan waktu penerbangan sudah melewati waktu makan, Pihak Malindo air menyediakan makan tengahari. bunyi macam best jerkan! takde maknanya!
tengahari tu kami makanlah 2 ketul ayam KFC sorang..
kesedaran sivik dan faham perasaan orang lain sangat kurang di kalangan orang kita kan? bayangkan satu kapal terbang serbu restoran KFC untuk makan, ada yang sanggup duduk meleka dengan hanfon memasing, tak terpandang akan ramai lagi yang sedang berbaris panjang untuk mencari tempat duduk ?
kisah KY pulak, sedang kami menanti giliran "Chop meja" tetiba datang satu kumpulan berdiri juga sebelah kami. Bila meja yang kami chop tu kosong, sesuka hati dia tawarkan kepada "suku sakat keturunan dia ". jangan nak kata Melayu tu "RASIST"..awak tu lagi kuat RASISTnya.
Senang jer jawapanya..sori saya tak nampak awak!
"ingat aku ni sengaja nak menchongok depan kau tu!!!!
kalau bukan sebab nak bercuti..harus KY menyinsing lengan..hahah
jaga mood..redha ajelah..semua rancangan Allah
alhamdhulillah..akhirnya datang juga kapalterbang tuu menjemput kami..
waktu tidur sudah terganggu. nasib baik Aydeen tidak meragam. masuk saje dalam pesawat signal telah pun di beri...apa lagi..zzzzzzzzlah
amboi! rezeki En. Papa dapat tempat selesa!
dua-dua pun Saleh, Yang sorang tu mat salleh, yang sorang lagi Hj Saleh..
serupa ke? hehehe
Apa pulak berlaku selepas ni..kena tunggu stori seterusnya..