Assalamualaikum..
baru lepas memasak juadah berbuka puasa..
Alhamdhulillah..hari ini selesai dah puasa enam di bulan syawal akak...
orang cakap puasa enam banyak dugaannya. mana tidaknya..nak bangun sahur * walaupun hukumnya sunat..tapi kena makan juga. nak2 yang ada masaalah kena makan ubat. makan dulu baru makan ubatkan.kalau tak makan nanti mengigil pulak..jadi masaalah nanti..
nak bangun sahur sorang2 tu yang liat sikit. kalau ada teman sesama nak berpuasa ok juga. kalau terlupa kunci jam memang tak bangun lah jawabnya..
bila dapat berpuasa pulak..tetiba tetamu datang. takkan nak buat selamber derk jer tak jerang air. paling tidak pun goreng kopok cicah cili sos.. n makan sekut raya..
kekadang ada yang siap call kata nak datang sekian2 time. takkan nak bagitahu.."aku puasa laa ari ini..kau datanglaa time aku tak puasa!!!
tak patutkan!!
belum lagi bab bab ada urusan luar..tetiba lalu dekat depan restoran..harumnya bau masakan dia..
ehem ehem..cair iman..kul 12 tengahari dah berbuka..hehe
layan akak masak ikan kerisi masak tauchu. panaskan rendang ayam dalam petiais dan buat cucur bawang/udang sambal kacang. sayur kobis tumis kejap lagi..dah dekat nak makan nanti..
******
******
Definasi Serta Fadhilat Puasa Enam Di Bulan Syawal
Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.
Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat
serta ganjarannya, di riwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari
Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa
yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam
hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang
tahun.”
(Hadits Riwayat Imam Muslim)
hukum membatalkan puasa sunat..
Ini
sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh
tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu
berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak
mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut
makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu,
adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan
bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya,
Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda
memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum
bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:
Maksudnya:
"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."
(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).
.. akak jumpa en.google tadi..
tahniah dh selesai pusat sunat enam ari syawal ya...selamat raya enam.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kak. Tiba2 teringin pulak kerisi masak taucu tu, sib baik dlm peti es ada ikan kerisi. Kut rajin bakal dikerjakan besok.. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah...walau lambat tapi selesai juga. Moga2 kita sama2 perolehi ganjaran yang dijanjikan, In Shaa Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah Kakyon, selesai menunaikan ibadah sunat di bulan Syawal...
ReplyDeleteAlhamdulillah kak yon..tetamu2 acik tak tau pun acik sedang berpuasa..kita buat macam biasa..masak hidang dan jemput makan..biasanya datang ramai..4 ke 5 biji kereta..memang tak de yang perasan pun acik sedang berpuasa..alhamdulillah tiap tahun macam tu
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Yon berjaya harungi pelbagai dugaan yg datang tu..mmg byk dugaan..Hari ni JM puasa..sekali kat opis ni ada buat mkn2..aduhai...dugaan betoul..harum bau semerbak..SABAR je sbb tinggal 2 hari lagi nk puasa...perlu habiskan sebelm habis syawal
ReplyDeletepadahal 6 hari je kan kak tapi tu la dugaannya lebih sikit..kena lebih istiqamah baru jadi..
ReplyDeleteTulah KY....walaupun tau besar fadhilatnya tp okje tak terbuat pun....rasa rugi pulak.....mmg dugaan sungguh!
ReplyDelete