*

Sunday, 29 June 2014

salam ramadhan

13 comments :
Assalamualaikum..
Salam ramadhan al mubarak
alhamdhulillah di beri kesempatan merasai nikmat bulan ramadhan sekali lagi.
kita mengharapkan  ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu. lebih baik tu bermaksud amalan seharian kita..
tapi.. kita hanya merancang , Allah juga yang menentukannya.. 



Friday, 27 June 2014

Dugaan menyambut puasa.

20 comments :
Assalaamualaikum..

Salam jumaat penghulu segala hari..
Alhamdhulillah..subuh tadi  Allah turunkan nikmatNya. Butiran mutiara berguguran membasahi bumi Desa Alam. Dapatlah tanaman di halaman bermandikan air hujan. Sejuk dan nyaman rasanya.semuga cuaca sejuk dan nyaman ini terus kekal menyambut kedatangan ramadhan..
Dugaan akak kali ini..tetiba batuk pulak. Harap cepatlah batuk akak ni semboh..supaya dapat akak menunaikan ibadah akak dgn sempurna..Ameen..

Monday, 23 June 2014

aktiviti marhaban

23 comments :
Assalamualaikum..
aktiviti marhaban nampaknya dah last minggu lepas..
dah nak menyambut bulan ramadhan ni.. aktiviti marhaban bercuti sekejap. sehinggalah bulan syawal/ ogos nanti..kumpulan kami sudah ada 2 tempahan telah diterima..
Alhamdhulillah..seronoknya kawan2 akak..masih ada aktiviti yang boleh di lakukan. kalau tidak ada aktiviti begini..sunyi juga mereka. maksudnya sunyi dari bersembang dan jumpa dengan kawan kawan..
akak pun merasa kegembiraan berganda..bila lihat kawan kawan semua gembira..
lalalalalalla..


Saturday, 21 June 2014

Dairi Ke Maldives 2

18 comments :
Assalamualaikum..
sesiapa yang belum tahu isi sebenar cerita ni..haruslah kesini dulu ye..
..balik dari bercanda di tepian pantai Robinson Island..papa bersiap untuk kemasjid, akak ambil peluang lepak di lobby sambil berwatsap dengan anak anak. kemudahan internet hanya  di sediakan di lobby saja..


 inilah satu2nya surau/masjid di pulau tesebut. surau/masjid yang boleh memuatkan cukup jemaah untuk bersolat jumaat. jemaah kebanyakkannya dari kalangan kakitangan resort tersebut. selain surau/masjid ada juga sebuah spa dan rumah urut. semasa akak lalu di hadapan spa, akak nampak ada ramai juga pelanggannya. terlihat juga kelibat staff spa tersebut dari kalangan wanita indon..



selalunya bila jalan jalan mesti melibatkan makan makan jugakan. makanan yang di sediakan kenalah juga dengan selera kami.semuanya masakan jenis berempah. sehari dua ok lagi. bila dah hari-hari..ko pulak..hehe. bayangan sayuran memang tak nampak, cuma ada buah buahan. apple dan oren kalau kat sini layak buat jus jer. betik,pisang dan tembikai memang wajib ada..

buah segar dari ladang memang takde..yang segar dari dalam tin..hari hari ada..


 menu yang paling kami dan pengunjung lain suka. rata rata mereka mengomen kata masakan ini sedap. sebenarnya lebih sedap dimakan dengan kuah dal..tapi akak lebih suka makan dengan kacang panggang..



 bilik yang selesa untuk merehatkan diri.

ruang makan yang sejuk dan berangin..tiupan angin dari lautan hindi..


 berderet air setan ataih petiais dalam bilik..ishh! ishhh!!ishhhh!!!
katanya.. pemerentahan dan majoriti orang islam!
tanda kiblat dalam bilik pun takde. bila tanya budak room services tu mana arah kiblat?
terpinga2 pulak dia..2x tunjuk baru betul arahnya..

Allahuakbar..











Friday, 20 June 2014

sehari masa berlalu

18 comments :
Assalamualaikum..
Masih belum sempat nak berblogwalking. Banyak perkara berlaku minggu ni. Samada kesenangan atau kesusahan semuanya dugaan yang datang dari Nya. kena tempuhi juga tanpa sebarang prasangka..



Balik dari Penang.. minggu giliran akak menjaga cucu pun bermula..
Perasaan hati membuak2 nak balik kampung. pertama..rasa macam lama sangat tak jumpa emak, padahal setiap bulan balik kampung. kedua.. nak ziarah sepupu akak di kampung,  semasa akak di Maldives salah seorang sepupu akak meninggal dunia. tak dapat kami ziarah pada hari yang arwah meninggal, jadi kami cuma pergi untuk bertanya khabar saja. Alfatihah..semuga arwah di cucuri rahmat keatasnya dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman..Ameen

walaupun masih penat, kami tiga beranak balik kampung juga.
Berjumpa emak kali ini terasa lain macam pula. Nampak sangat emak sudah uzur dan tak bermaya. beberapa bulan dahulu emak nampak sihat seperti biasa. kali ini nampak sayu  dan lesu dan tak banyak bercakap seperti selalu.
biasalah orang tua sudah tidak mampu untuk berfikir lagi..kekadang apa yang di fikirkan tidak sama dengan apa yang di ucapkan..
agaknya emak runsing dengan persekitaran rumahnya. emak sukakan rumah yang bersih dan kemas. senyap dan selesa. bertahun2 emak dalam kebiasaan yang begitu. bila ada perubahan mesti emak rasa belum biasa kurang selesa. Mungkin emak merasakan sudah tidak berkuasa nak malas banyak cakap/tanya..jadi dia redha dan terima seadanya saja. Semuga emak dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt..Ameen
kasian emak...huhuuuuu
sebelah petang akak tinggalkan emak yang merenung jauh kehujung halaman..sambil melambai tangan mengiringi akak pulang..

begitulah masa seharian akak berlalu..




Wednesday, 18 June 2014

Dairi ke Maldives 1

24 comments :
Assalamualaikum..
...nak sambung cerita ke Maldives dah terhilang fokus pulak. ingatkan sebelah petang hari itu selepas siap urusan harian kami , akak nak berehat dan berblogging, tapi rupanya kami kena ke Penang atas urusan kerja. Nasib baik masa petang tu Mr. Papa sempat tidur selepas solat zohor sampai petang..bayar hutang tidor dan fenomina mabuk naik kapal terbang, kalau tidak harus Mr.Papa tidak tahan berjaga malam untuk memandu..huhu

 **********
Kami landing di Male, Ibrahim Nasir INternational Airport jam 10.15pm waktu Male.Checkin 30 minit tak siap lagi..ramai sangat orang berbaris panjang. Barisan Maldeveian lebih panjang dari foreigner..
kami disambut wakil travel agen kami  dan bersama kami ada sepasang suami isteri seorang Doktor dan pasangannya seorang guru dari Seremban. kami berempat di bawa menaiki bot laju yang boleh membawa 21 orang penumpang termasuk 3 krew.
perjalanan ambil masa selama 45 minit. 
meredah lautan di tengah malam waktu bulan pulak mengambang penuh..adalah pengalaman yang sangat mengujakan. hati berdebar..seronok dan cuak bercampur2. dalam kepala terfikir..kalaulah bot rosak kat tengah laut..*akak tak pandai berenang, atau krew buat gila kat tengah lautan tu..nauzubillah.. nasib baik kami ada berteman, kalau tak, risau macam2 kat tempat orang..
sampai di jeti kami di sambut wakil chalet yang sangat peramah..walaupun BI dia akak tak berapa nak paham..ke dia yang tak paham BI akak.. hehe
belum sempat habiskan welcome drink perut dah memulas dan tak sabar nak ke rumah kecil tiang seribu ..huhu. akibat berhempas pulas meredah gelora dilautan dalam  atas boat tadilah ni..cepat sangat hadamnya nasi goreng ayam * tak ingat nama menunya apa* yang dihidangkan dalam pesawat , nasib baik bukan nasik lemak,  telanjang yang cheff Wan popularkan tu, harus juga akak tak nak makan..hehe






hari pertama..
lepas bekpest, kemana nak pergi ye? pandang keliling semuanya pokok, pantai dan air laut. dugong pun ada..hahah..nasib baik tak jadi dugong juga..
 Kami ke lobby resort yang mempunyai 82 buah bilik ,nak tanya2 kut ada pakacge lawatan yang di sediakan olih pihak resort.
 Tiada package istimewa di sediakan, semuanya free n easy..hihi
sememangnya free n ezy pun..dah namanya pun Fun Island, so.. we have fun lah!
guling2 atas pasir.. alaala citer hindustan tu!!..heheh


kalau lihat itenery ni..semua nya dalam dolar. kopak mak kalau ikutkan hati..hihi

 mat saleh vs Hj.Saleh..ada berani! hihi


kami pergilah ke Robinson Island yang fercuma tu. naik motobot pergi balik 10 minit.
bot dah macam ikan sadin..nasib baik bot kami tak sesak..penumpang lain takut nak naik dengan kami..munkin takut karam kut..hihih


kebetulan hari itu hari jumaat.kami di benarkan bersiar dan bermandi manda selama 2 jam saja. tanpa penerangan..atau kami yg tak tanya, dah biasa dgn budaya selesa,kami pergi tak bawa apa2, tak bawak baju untuk mandi, tak bawak minuman atau makanan. ingatkan di pulau tu ada kedai jualan minuman macam kat Morib..hehe..
sepatutnya kami seronok,  kami bukan mat n minah saleh yang suka panas. tapi..bila masing2 dah tunjuk muka kelat menahan dahaga, hilang semua keterujaan nak bergambar sakan..cuma teruja nakkan air minuman. cuaca sangat panas dan kami kehausan! 
inilah nikmat Allah!!
pukul 12pm semua dah kena angkut balik ke resort, sebab semua krew resort nak solat jumaat..termasuklah my laling. nanti pukul 12.45 dah nak masuk waktu solat..




lain kali bawak jer selipo jepang..senang nak jln2 tepi pantai..






seronoknya dapat bercanda di tepian pantai..







kan akak dah  bilang tulis..macam citer hindustankan..gulung2 atas pasir.. tak nak caya!..heheh. jangan samapai termuntah sudah lah ehh..hihih



lupakan pasal model tu yekk..tolong fokus  view kat belakang yang sangat cantik tu ..heheh

laporan belum berakhir..tungguuuuu....:)))






Monday, 16 June 2014

Dairi ke Maldives

22 comments :
Assalaamualaikum..
Apa kahabar semua rakan blogger akak?
Dah petang baru sempat update blog.
Akak baru balik jam 8.30 pagi tadi..
Sebenarnya telah landing dengan selamatnya di KLIA dari airport Male jam 6.35 pagi tadi. Sementara gedebuk gedebak, buat itu ini, singgah breakfast pekena roti canai Isa Maju, tengok bola jap, mandi dan tidor,  pastu lunch dan ke Sri kembangan, barulah sekarang ni boleh bernafas sekejap..
Masih berbuai lagi kepala ni.. dek perubahan waktu tidur. Macam baru balik dari Mekah pulak..
Perbezaan waktu antara Malaysia dan Maldives hanya 3 jam saja. Walaupun waktu Malaysia awal 3 jam saja..tapi susah juga nak sesuaikan diri waktu makan dan tidur..terutama orang warga emas macam kami..hihi

 layanlah dulu gambar2 yang akak snap ni ahh. Guna pun camera henpon cokia. al-maklum pulak..bukan pakar yang ambik..mestilah gambar ada yang senget benget..heheh
package yang akak amik melalui iklan MyDeal.com.my




Salah satu pulau di kepulauan Maldives tempat kami bercuti..




 waktu amik gambar air laut tengah surut. jadi penuh rumpai laut di tepian pantai.

 pakcik dan makcik mengipodkan diri..hihihi




beting di tengah laut. waktu air surut boleh mandi manda di tepi pantai disitu. inilah pantai paling bersih yang akak pernah nampak.. tidak nampak langsung walau sehelai sampah..


Friday, 13 June 2014

Jom bercuti !

14 comments :
Assalaamualaikum..
Hai..apa khabar di sana....?
Disini... baik baik saja.. !


jom bercuti.. !






tazkirah jumaat

5 comments :
Assalamualaikum..

entry auto publish..
kelembutan mu mampu memecahkan seketul batu yang sangat keras.. 

bagaimana kerasnya batu, tidak mampu menghalang air dari terus mengalir..
 

Thursday, 12 June 2014

Masa untuk berehat..

5 comments :
Assalaamualaikum..
entry auto publish..
balik nanti akak  blogwalking sampai lebam ye..:)


Jom bercuti!