*

Friday, 9 May 2014

Tazkirah Jumaat

Assalaamualaikum..
tazkirah pagi Jumaat ..

Daripada Abu Hurairah( juga) katanya, sabda Rasulullah SAW: Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tengga yang lain, sekalipun ( apa yang di beri itu) berupa kaki kambing. ( riwayat Bukhari dan Muslim )

 Huraian:
  • Islam melarang caci-mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.
  • Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberiannya sedikit.
  • Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjaminkan kedamaian dan keharmonian hidup kejiranan.
  • Janganlah malu untuk memberi sesuatu kepada jiran tetangga walaupun pemberian itu pada pandangan orang lain tidak bernilai.
  • Sunah bertukar-tukar hadiah atau juadah sesama jiran walaupun sedikit.
  •  
     * Alhamdhulillah..akak dapat jiran yang baik- baik semuanya..:D. sedaya upaya juga mendidik hati ini supaya tiada prasangka yang tidak baik terhadap jiran tetangga.
    * sumber dari utusan malaysia

8 comments :

  1. jiran yg baik2 = hidup aman je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. terlampau baik jd sunyi plak. kau kau! aku aku!..huhu

      Delete
  2. problem sikit dengan jiran india ... Islam suruh kita berbaik dengan jiran walaupun mrk kafir .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu..akk pernah berjiran dgn india. mereka memang baik..yg tak tahan bau colok dan bising..ngeee

      Delete
  3. kak yon,
    pg td kucing jiran berak depan rumah sya..

    sabr juga sb ingat kucing tak tahu apa..

    petakbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. masaalah berjiran dgn melayu pulak klau mereka ada binatang peliharaan. akk pun tak tahan klao mereka tak tahu jaga kebersihan..

      Delete
  4. Seronok dapat jiran baik kan kakrose? Selama zana berkahwin tinggal di Kajang, sekarang disini majoriti kiri kanan baik orgnya. Cuma kalau ada binatang belaan spt anjing atau kucing yg jadi masalah. Kena bnyk sabar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing pun jadi masaalah kan zana. bukan bermakna kita tak suka kucing.siapa yang pelihara kucing tu jagala juga hati jiran tetangga..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..