*

Wednesday, 28 May 2014

Kek Coklat Sedap.. ada dna babi?


 Assalaamualaikum..
kelmarin  En.Papa bawak balik sebekas kek coklat dari surau taman perumahan kami. Adalah jemaah yang bersedekah tu..
Sejak dari semalam takde siapa yang sudi makan kek coklat tu. tidak anak perempuan akak, En.Papa atau Baby Naufal..apatah lagi akak memang tak berapa suka kek coklat atau apa2 jenis bercoklat yang seangkatan dengan nya..
petang tadi semasa akak berkemas meja makan..akak dah rasa nak buang jer kek tu..ingatkan mesti sudah berkulat..lepas 2 hari terbiar.
 rupanya masih elok lagi. biasalah kita ni kan .kalau nak buang sesuatu makanan mesti nak rasa dulu..elok ke tidak makanan tu. kalau dah sah tak elok baru boleh buang..
bila akak rasa jer kek tu..masyaallah sedapnya. terus akak suap dan suap, sampai akak terlupa yang akak sebenarnya tak berapa suka makan kek coklat. Sangat lembut,lemak, kurang manis dan takde kata2 secantik bahasa lagi akak nak ucap..hihi
pendek kata..bukan panjang yg kata ehh. masuk mulut terus cair..
bila akak offer pada Baby Naufal..dia pun makan dan terus makan..tak berhenti..berebut makan dengan Wannya..hehe.

malam tadi pulak..dapat whatssap dari menantu sulong akak. akak share lah kat sini..

Syarikat mondelez iaitu syarikat kpd cadbury telah sah dna babi ada di dalam 2 jenis produk mereka. Setelah diperiksa dr sykt tersbut berikut ialah produk2 lain:  1 Jacobs
2 Cadburry
3 Choclairs
4 Toblerone
5 Dentyne
6 Clorets
7 Halls
8 Twisties
9 Chipster
10 Philadelphia Kraft
11 Cheezels
12 Chochos
13 Oreo
14 Tiger
15 Chipsmore
16 Kraft
Sila semak di www.global.modrlezinternational.com

 Ya Allah!  jauhkan aku dari memakan barang makanan yang diharamkan olehmu Ya Alla!!


inilah kek coklat yang tersangat sedap itu. apa kah ia mengandungi..........? 
 blueeeeek!!!!!

 nauzubillah.. 

24 comments :

  1. sedih la...bila tgk jenama produk pulak jenis yg kita duk makan..pernah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan yg kita dan anak2 suka pulak tu. lepas ni kita reject makanan ni..

      Delete
  2. makanan2 yang selalu sangat kita beli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk sangat mereka nak suruh kita makan babi..iklanya pun dah cukup mempengaruhi kita..

      Delete
  3. huhuu dah berapa bayak tertelan dahhh...kita istighfar saja la noo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah.. istighfar jerlah bebanyak. lepas ni kena lebih berhati memilih makanan..

      Delete
  4. tu lah sekarang ni rasa macam risau sangat
    bab2 makanan yang dibeli di luar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang bahan yang kita masak pun belum tahu halalnya. terutama ayam..huhu.
      kalau tengok ayam kat pasar semua dah di potong kepalanya. mana nak tahu di sembelih ke di pancung..:(

      Delete
  5. Bab kek, biskut ni mmg kritikal. Sbb byk bhn yg digunakan boleh diragui, walaupun kita buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ujie. lebih selamat buat kek dan biskut cara tradisional mcm mak kita buat dulu2..

      Delete
  6. sis, dah buka ker website yg diberi tu?..saya buka tapi tak der function apa yg boleh kita cek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buka lagi. mungkin dah didelete kut..

      Delete
  7. rasa teraniaya sangat. sebab selalu makan cadbury. dah kira macam makanan feveret dah tu. last2 ada DNA bab1 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa teraniaya sangat. rasa kesal sangat.. bukan kita sorang saja yang makan, siap belikan untuk anak cucu makan..

      Delete
  8. Assalamualaikum... pengguna perlu lebih hati2. peniaga perlu lebih bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. aman dunia ni sekiranya peniaga dan penguna bertanggungjawab terhadap peranan memasing..

      Delete
  9. Sykt yg tak bertanggungjawab itu sepatutnya kenalah diambil tindakan.
    Kalau KakYon nak tahu semua senarai tu kakak dah puas makan apa lagi coklatnya sebab rumah kakak semuanya 'hantu coklat' dan cadbury adalah yg paling banyak. Sedih dan geram jadinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang terfikir makanan yg sedap tu mesti ada kandungan dna babi.lain kali kalau makan benda yag sedap tu cukupla sekali je.kita tak tahu apa kandungan dalam makanan yg sedap tu.lebih baik elak dari berterusan memakannya..

      Delete
  10. sekarang ni kena lebih alert ttg makanan yg kita ambil... mcm kes Cadbury tu memang tak sangka kan.. Nauzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kelangkawi berpeket2 beli bawak balik dan itu salah satu tujuan ke langkawi. tak sangka pulak gini jadinya. elok jer kilang tu di tutup dan ambil tindakan tegas terhadap pemilik nya..

      Delete
  11. Alamak .. tu yg tak syok tu kan kak. dah termakan-makan tup-tup tak halal. Haihhh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah dna tu dalam darah kita. tak termasuk yg lain yg kita makan ella. rasa nak....tak tau nak cakap apa dah..

      Delete
  12. Dah makan tak yahlah nak was was KY... belasah ajelah hehe....Insyaallah moga halalun toiyiban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nak muntahkan pun dah jadi darah..redha ajelah..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..