Assalaamualaikum..
Semalam jalan jalan ke Ikea..cadangannya nak membeli frame gambar..
Akak nak menggantikan frame gambar lama tulisan Allah dan Muhammad kepada frame baru..
Rupanya frame gambar yang akak suka sudah tiada dalam stok. Nampaknya kenalah akak tunggu sehingga stock baru sampai..itu pun kalau ada lagi..huhu
Sekarang ni Ikea tengah buat pengubahsuaian premes secara besar besaran. Susah dah nak cari barang sebab dah bertukar tempat. selalu kalau nak beli sesuatu..terus jer tuju kat tempat tu..cepat sikit kan. kalau tak berjalanlah berjam2 walaupun nak beli satu barang jer.
last2..bila penat mencari barang tak jumpa..akak rembat jer mug gambar cupkek dgn bateri yang murah. bukannya takde mug kat rumah..melambak dapat dari rumah orang kawen. tapi saja jer gatal tangankan..
inilah yang dikatakan berbelanja tak berhemah..berbelanja tak mengikut keperluan..heheh
nak tunjuk gambar mug..tapi tertunjuk pulak hadiah sempena hari ibu sekali..hihi
kenapa pulak akak nak beli bateri yang murah?
kisahnya..jam dinding kat rumah akak ni selalu mati..maklumlah beli jam yang made in china jer. puas dah mengganti bateri.. dari harga sederhana sampailah yang harga mahal. macam2 jenama..dari yang terkenal sampai yang akak pun tak kenal jenama apa..tapi tak sampai berapa bulan jam dinding buat hal, tercepatlah jadi lambatlah..kiraaya jam dinding tu tak b0leh pakailah..cuma buat perhiasan aje..
minggu lepas akak bincang2 dengan En.Papa nak mengantikan jam dinding lama yang kuat meragam tu dengan jam yang baru yang ada kualiti sikit.
selepas buat bayaran..cikmuda tuan kedai tu kata...
* makcik nak bateri tak?
takpelah dik..rumah makcik banyak bateri!
* oklah kalau macamtu makcik! tapi makcik kena guna bateri yang murah2 jer tau!
hah! kenapa pulak?
* jam yang made in china tak boleh guna bateri yang ada kat pasaran M'sia.. kena guna bateri yang murah dari sana juga!!!
* kalau tak ..nanti jam tu cepat mati.. tak pun banyak masaalah!!!!
haah sudah! dalam hati akak kata menyesal akak tukar jam baru. itu rupanya rahsia dia..huhu
Bateri ni kategeri murah juga..cuma RM5.90 untuk 10pcs. Tapi bukan made China. Agak agak boleh tahan tak jam dinding baru akak kalau guna bateri yang ini..hihi