Assaalamualaikum..
Sabtu dan Ahad..
banyak aktiviti di buat sampai tak cukup rehat..
sabtu pagi.. membantu persiapan hari kebudayaan dan kesenian anjuran bersama RT, UMMO dan Kementerian Kebudayaan sendiri..di dewan RT Ru ah Kelompok Seksyen 17 Shah Alam.
Banyak acara berlangsung yang berkaitan dengan kesenian. Ada tarian, silat, kompang dan banyak lagi tak ingat dan tak smpat tengok pun sbb merewang kat dapur..
Yang betul betul berminat nak tengok acara yang ini..
Demo memakai tudung..
Pertandingan gubahan hantaran dari tuala..
Pertandingan masak ikan tempoyak..
Hadiahnya pun meriah..
Menu makan tengahari yang di masak secara gotong royong..