Saturday, 23 November 2013
Friday, 22 November 2013
khatam dulu baru khatan
Alhamdhulillah..sampai juga hajat akk melihat cucu sulong akk berkhatam. Muhammad Hariz Dhani seorang yang pendiam, lemah lembut tapi tegas orangnya. Kalau ada apa2 yang dimahukannya..dia berusaha sedaya upaya mendapatkannya. di sekolah dia selalu cemerlang dalam apa2 aktiviti yang di sertainya..
Rasa puas hati akk dapat buatkan pelamin untuk Dhani. Semua barang memang dah sedia ada semasa majlis pertunangan dan perkahwinan Oya dulu. cuma di olah semula dan Nora menambah sedikit lagi kain dan sepasang bunga telor.Tak sangka pulak akk dan Nora pun berbakat mendeko pelamin..hehe
bersama Ustaz Imam Rahmat guru Quran Dhani. Selesai majlis berkhatam..esoknya Dhani berkhatan pulak. itulah yang sebaiknya..sebelum berkhatan..berkhatamlah dulu..
Thursday, 21 November 2013
Yb Aydeen Naufal Ryiz
Aydin Naufal Ryiz, adalah cucu sulong satu nya anak perempuan akk, sangatlah istimewa orangnya. Bukan saja hencem, bijak, cerdik, kekadang tersangat lucu orangnya.dialah permata hati kami terutama kepada keluarga sebelah daddynya..maklum dia cucu sulong.. * pandangan n harapan semua keluarga terhadap cucu2 mereka sama sahaja kan! Kami bersyukur sangat atas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kami. Aydin sejak lahir tidak banyak meragam..tak pernah mendengar dia menangis.. mersgam..apatah lagi nak dengar dia mengamuk! Tidak macam sesetengah baby yg cepat menangis n meragam, boleh jadi haru biru seisi rumah..
Akk berpesan pada Oya, semasa dalam pantang lah kena jaga baby elok..kalau x nak baby meragam..jangan biasakan baby menangis lama..nanti terkena sawan tangis. Kata orang tua2..bila dah kena sawan baby akan kuat menangis sampai besar. jadualkan axtiviti dia..berikan susu/makan bila sampai masanya..jangan sampai dia lapar sangat baru nak bagi susu. Begitu juga masa mandi dan tidur, masa bila untuk menukar lampin. Semuanya dibuat secara berjadual. Biasakan dia dalam keadaan selesa dan tenang. Terutama tentang kebersihan diri. Baby secara biasanya lahir dalam keadaan kurang enak untuk di cium. Masa inilah kebersihannya nak di jaga. Sentiasalah syampoo dan mandikan dgn sabun mandian yg wangi2 supaya wangian meresap dlm badan baby dan boleh menghilangkan bau yg kurang menyenangkan. Sentiasalah bubuh pawder atau lotion setiap kali menukar lampin supaya tiada ruam lampin yang membuatkan baby merasa tidak selesa.barulah bau wangi seronok n syoookkk nak gomol2 baby..wangiiiii..
Alhamdhulillah..dia sentiasa tenang dan ceria..Amin.
Sekarang Aydin dah berusia setahun. Mula berjalan bila usianya baru 10 bulan. sekarang usianya sudah setahun sebulan baru nak tumbuh gigi..hihi

Thursday, 7 November 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)