*

Friday, 30 August 2013

jangan cintakan dunia sahaja

5 comments :
Salaam Alaik, rakan bloggers yang di kasihi.. 
semoga kita mendapat rahmat dan dalam perlindungan Allah SWT..



Akk share dari rakan watssap...
moga jauhkan dari sifat tersebut..


Tanda2 cinta dunia
1. Takut mati
2. Kedekut. ..tidak bersedekah...tidak belanja kawan2. ..mengumpul harta untuk diri sendiri dan anak cucu
3. Menuntut hak..sikit kerja minta upah, tiada sikap membantu
4.tidak suka membantu
5. Tidak menunai hak orang lain
6. Mengejar dunia siang dan malam
7. Bila bercakap, tumpu hanya soal pangkat kedudukan dan harta benda
8. Tidak mahu mendengar nasihat berkaitan agama
9. Sibuk dengan seminar dan nasihat tentang keduniaan kewangan pelaburan
10. Tidak Merasa apa2 bila meninggalkan solat
11. Asyik merunggut bila memberi sedekah dan membantu...atau menunjuk2 atas perbuatan baik
12. Masih meneruskan perbuatan maksiat walaupun umur telah lanjut
13. Masih jauh dari ibadat walaupun usia telah lanjut
14. Tidak gementar bila dengar ayat2 Allah
15. Tidak pernah merasa simpati dgn masalah orang Islam yg lain
16. Suka hidup bersendirian takut jika bergaul akan merugikan diri
17. Yang paling teruk para suami mengikut telunjuk para isteri.
18. Anak2 tidak lagi menghargai dan menjaga ibu bapa sebaliknya memperhambakan ibu bapa.

Takutilah Allah dgn mengamalkan perentah Allah dan menjauhi larangannya..

Sunday, 25 August 2013

khasiat buah buahan..

4 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 salam aidilfitri
dah masuk minggu ketiga syawal..semangat berhari raya masih berkobar2..berterusanlah sampai masuk bulan dzul kaedah nanati. banyak jemputan rumah terbuka dan undangan majlis perkahwinan akan di hadiri tak kiralah jauh dan dekat. masa inilah peluang untuk berziarah saudara mara dan rakan taulan.
 masa bulan puasa ari tu dapatlah menurunkan sikit beratbadan..bila raya aje..berat badan pun naik mendadak berkilo..perut pun sebu semacam  jer..huhu.
jom..kita rehat dan sejukkan perut dengan makan banyak buah buahan segar.
buah buahan ini akk beli beberapa bulan lalu..gambar ini sebagai hiasan aje..



1. buah nangka
 Nangka adalah buah berdaging serat yang memiliki bau dan rasa yang khas. Buah ini umumnya dikonsumsi di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Sri Lanka, dan Bangladesh. Daging buah nangka mempunyai zat tepung dan buah ini juga dikenal bermanfaat bagi kesehatan. Nangka merupakan sumber makanan yang kaya vitamin A, C, thiamin, kalium, kalsium, riboflavin, zat besi, niasin, dan seng. Buah ini juga mempunyai serat yang rendah kalori sehingga baik untuk pasien penyakit jantung.
* sumber dari merdeka .com


 2. buahlimau manis
Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan. 
* sumber media kini

3. buah tomato
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.
Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.
Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah….

1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
Tip Memilih TOMATO…
Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.
Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.
 * sumber my meraban portal

panjang sangat pulak n3 nie..nanti sambung di n3 seterusnya..sekamat menukmati buahan tempatan ye..:))

Friday, 23 August 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

6 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

akk nak dhare info dari rakan FB..
Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Photo: Ilmu hak umat islam seluruh dunia.... tolong "SHARE"

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Mencari yang halal itu FARDHU
ikhlas dari Hairul Azreen 
gambar hanya hiasan
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Mencari yang halal itu FARDHU
ikhlas dari Hairul Azreen


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran

4 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..

akk nak share info ini dari sumber rakan FB akk..

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala.f .

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.





Thursday, 22 August 2013

Makan di seoul garden

2 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
Salam aidilfitri..
Jemu dah dengan menu hariraya..Anas n Nora bawa kami ke Setia Alam untuk bertukar selera..
Seoul Garden di Setia City Mall menjadi pilihan kami. Selepas menjamu selera dgn menu yg berlemak dan berminyak di hariyaya..kami tukar selere dgn masakan celup2 n rebus..
Boleh tahan juga harganya kalau nak bandingkan dengan di sini dan di sini..
yang specialnya cuma ada makanan yang boleh di rebus dan dipanggang/ bbq. Ada daging dan isi ayam yang di perap dengan kopi, seafood dan sama seperti restoran steamboat lain.


Untuk warga emas seperti kami diberi harga diskaun. Untungkan?
untung lagi kalau setiap minggu ada orang belanja makan. Seminggu seorang anak belanja..empat orang anak,  penuh jadual kami sebulan dgn aktiviti nakan2..hehe..









redeem point AEON

1 comment :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
salam aidilfitri..
Semalam sempat juga akk ke AEON Bandar Bukit Raja untuk menebus mata ganjaran yang akk dapat hasil dari bershopping di situ. Kali ini dapat redeem sikit ajer..tak macam yang lepas2..akk cuma dapat RM50 sahaja. Tapi akk tetap bersyukur juga kerana rezeki Allah nak bagi..mood happy
sebab apa happy? sebenarnya akk dah lama berhajat nak tukar rise cooker dan blender akk yang sudah boleh di angaap xpired. menanti saat inilah..akhirnya dapat juga akk menukar yang baru dengan hasil redeem mata ganjaran dari AEON. akk cuma perlu tambah sedikit bayaran sahaja..
banyak kali dah akk dapat redeem point hasil akk bershopping di AEON dan mengunakan kad kredit AEON..klik sini..

baru2 ni dapat pula voucher dari giant hasil pengunaan kad kredit CITIBANK GIANT.
Alhamdhulillah..
siapa kata mengunakan kad kredit membebankan?  ia boleh dikatakan menguntungkan kalau kita berdisplin mengunakannya. jangan anggap kad plastik itu sebagai duit..tapi anggaplah kad plastik itu sebagai bank..di mana kita sentiasa kena tahu berapa banyak duit yang kita ada untuk dibelanjakan. selesai berbelanja pastikan buat bayaran PENUH dan tepat pada waktunya..supaya kita tidak di kenakan interest atau pun charge2 tambahan..

cerita raya

3 comments :
salam aidilfitri..

Budaya berkunjung ke rumah saudara mara pada musin perayaan sangat menyeronokkan. kunjungan mereka sentiasa dinanti dan di alu aukan.lebih2 lagi anak2 yang mengharapkan akan dapat sampul duit raya..hehe
sejak bila budaya memberi sampul duit raya bertapak dalam masyarakat Melayu tidaklah pasti. seingat akk, sejak anak akk kecik2 sekitar pertengahan tahun 70an dah mula tersibar budaya ini. dalam masyarakat kaum cina budaya ini jadi milik mereka. tak taulah kalau masyarakat melayu pun terikut2 dgn budaya mereka. apa salahnya kan kalau perkara yang baik menjadi ikutan..
cumanya.. kenalah terangkan pada anak2..supaya tujuan kita beraya kerumah saudara mara bukannya untuk memgumpul duit raya..tapi lebih kepada menziarahi mereka, bertanya khabar dan merapatkan hubungan sillaturrohim..




bila dah berjumpa.. bermain, bergurau senda.. pastu gaduh, menangis..dah jadi perkara biasa. sekejap jer dah bebaik balik..macamtulah mereka. dulu2 akk risau dan runsing juga kalau budak2 kecik bergaduh. tapi larr ni tak heran dah..cara tulah nanti mereka memahami perangai memasing yg boleh merapatkan hubungan mereka nanti.. hehe


 





cucu cucu akk nie..maklong linda dia nak bagi duit raya pun malu2 nak ambik. main tab lagi penting pada dearang..










Tuesday, 20 August 2013

tamak

6 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi 
dan salam aidilfitri..


gambar ini hiasan saja..tiada kene mengena dengan entry tamak

 Dalam diri sesorang terdapat dua sifat semulajadi..iaitu sifat  baik dan buruk. Sifat yang baik berlandaskan rasa keimanan, ketakwaan dan kemanusiaan, manakala sifat buruk itu selalu didorong olih hawa nafsu, seperti jahil, ingkar akan perintah Allah dan tamak. Kedua sifat ini saling bertentangan antara satu sama lain. Jika iman dan takwa lebih berkuasa, maka kehidupan seseorang akan aman dan tenteram dan jauh daripada pengaruh sifat buruk yang didalangi syaitan. Diantara sifat buruk yang biasa ada pada diri sesorang ialah sifat TAMAK.
Definisi TAMAK itu yang biasa kita fahami adalah sikap rakus terhadap hal-hal yang bersifat kebendaan tanpa mengira benda yang halal dan haram. sifat TAMAK itu sebagai sebab timbulnya perasaan hasad dengki, iri hati, permusuhan dan perbuatan keji dan mungkar yang kemudian pada penghujungnya mengakibatkan manusia lupa kepada Allah SWT
wallahuaklam ...

Monday, 19 August 2013

cerita raya

2 comments :

 Masih lagi dalam suasana hari rayakan? bolehlah akk sisipkan gambar2 raya akk dan anak2 akk pada  hari raya ke3 lepas. seperti yang akk ceritakan di sini..dan kat sini juga. hanya pada hari raya ketiga baru Ai dan Oya beraya kat rumah akk. ini pun kami tengah bersiap2 hendak balik ke Muar semula..ada majlis kenduri kawen anak sepupu akk disana. sebelum keluar rumah sempatlah kami beraya dan bermaafan. suasana raya yang santai dan tenang saje..:))

















hai cucu cucuku

1 comment :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

Sesi terjah raya bersama anak anak dan cucu cucu pun bermula. kami beraya kerumah saudara mara terdekat dulu.. pastu baru rumah kawan terdekat pula. sebenarnya keseronokkan  berhari raya ni lebih untuk kanak kanak. kalau mereka tahu nak pergi beraya..tak sabar2 bersiap dan  terus nak pergi. mereka yang setkan nak pergi kemana dan nak naik kereta siapa. mereka pun pandai berpakat2 macam juga emak2 dan bapa2 mereka..:))
Suka melihat gelagat mereka yg ceria dan melucukan. Kekadang tunjuk juga perangai kenakalan seorang kanak kanak. apa pun kanak2 tetap comel walau pun buat perangai. kalau orang tua yang buat perangai..nahaslah nanti!..hihih
 Itulah hiburan sebenar dunia seorang nenek..kekadang marahkan juga cucu yg nakal, tapi sebenarnya rindukan mereka bila lama tak melihat keletah dan kenakalan mereka..hehe


 tengoklah apa yg mereka buat tu. Sampai saja di rumah seorang kawan akk..mereka pakat2 ambil stool didapur dan duduk keliling akuarium ikan. bukan ada apa pun dalam akuarium tu..cuma beberapa ekor ikan peliharaan..tapi gelagat dan cara mereka macamlah tak pernah nampak ikan..hehe

boleh lagi duduk lama2 bercerita pasal ikan. pendek kata topik perbualan mereka semuanya pasal ikan. hai cucu2 ku yang lucu.. apa apa lah cu..asalkan kamu semua happy,  pakat2 dan tak gaduh2 ye..

Friday, 16 August 2013

senyum!!

7 comments :
Atok, Wan dan Aydeen!
senyummmmmm!!!!!



cerita raya

6 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..
 Alhamdhulillah semua persiapan raya di kampung akk berjalan lancar. sambutan ala kadar saja. masak nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, masak lodeh dan daging goreng satey. kuih2 semuanya tunjuk2 aje. ada juga ihsan dari anak2..huhu
kebetulan anak akk yg sulong tak ikut plan adik2nya. dia dan keluarganya yg akan beraya bersama akk di kampung. nasib baik ada dia..meriahlah sikit rumah nie dengan suara cucu2 akk yang lantang dan bolehlah tolong ringankan kerja2 dapor..hehe

seperti biasa..selepas solat sunat aidullfitri * solat di masjid rawang * kami sekeluarga bermaafan. akk rasa tak macam sambut hari raya jer..mungkin sbb anak2 tak berkumpul semuanya...huhu
acara di nanti cucu2 akk..nak dapat duitraya upah puasa yang  atok mereka janjikan.janjinya kalau puasa sehari atok akan bagi singgit. duit raya dalam sampul lain pula nilainya. atok mereka saja bagi semangat supaya cucu2 boleh berpuasa penuh sebulan..


Cik Pia, puasanya penuh sebulan..dapatlah 30 hinggit. duit raya sampul lain pulak nilainya..hehe
 Cik Aye, puasanya 7 hari jer?i ish..ish..ish..
tahun depan mesti puasa penuh ye!

mesti sedap2 kuih kat rumah Tok Chik tu..sampai berebut2 nak makan..hihi

akk beraya di kampung sampai raya kedua jer..sempatlah beraya dengan sedara2 yang datang kerumah bonda akk. pastu merempit balik Shah Alam sbb anak akk yg lain dah tunggu akk balik nak beraya bersama..

Thursday, 15 August 2013

cerita sambut raya..

No comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah..

Agak lama akk tak update blog nie..dah nak bersawang dah.. hehe.
dari mula puasa.. sampai dah seminggu raya..akk seperti tak kecukupan masa. sesekali sibuk menjaga Bonda yang tak berapa sihat, kekadang kena menjaga cucunda..belum lagi urusan peribadi yang kena diutamakan..huhu

Ari nie akk nak berkongsi cerita hari raya keluarga akk yang tak berapa happy. Tahun ini anak2 akk dah berpakat mereka beraya di rumah mertua masing-masing. olih kerana akk tinggal berdua saja..kami buat keputusan nak menyambut malam raya di kampung akk. 

jadi pada hari selasa tengahari kami bertolak balik ke Muo. perjalanan lancar aje..tak jem langsung, lebih kurang 3 jam perjalan dah sampai. akk drive antara 100km ke 120km perhour..ikut law laa katakan..hihih. akk bagi en.papa rehat sbb dia kepenatan dan tak cukup tidur. sepanjang akhir ramadhan, en. papa tak pernah missed ke surau berqiamullail..

kebetulan bonda akk yang tak berapa sihat tinggal bersama kami untuk beberapa bulan lalu. jadi rumah di kampung tinggal kosong. biasalah kalau rumah di tinggal kosong, mesti penuh habuk satu rumah, belum lagi dengan lipas, tikus, lipan dan entah apape lagi. sepetang berkemas tetiba kepala paip pulak patah..dahlah banjir satu rumah.  bila paip siap di baiki tetiba air pulak takde..huhuh. nasib baik akk dah siap masak laukpauk dan nasi..kerana dari awal akk berimeginasi akan berlaku sesuatu yang menyebabkan akk akan tak sempat nak  memasak nanti..
rupanya imeginasi akk menjadi kenyataan..* kebetulan saja*

sementara menunggu masuk waktu berbuka..sempatlah akk kebazzar ramadhan di Tanjung Agas. seronoknya..kebazzar ramadhan di kampung sendiri.. membeli juadah masakkan orang negeri sendiri.. semuanya menyelerakan..nyumm..nyumm..nyummy!
sehingga jam 10 air tak keluar lagi..menitik2, tadah sebesen pun tak penuh2..camne nak mandi !
akhirnya keluar juga air..selepas mata  dah tak larat nak bukak. nak tak nak, berkemas juga lah kami hingga larut malam. punyalah penat Tuhan saja yang tahu..huhu..





Thursday, 1 August 2013

bertadarus belum khatam

4 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

tahun ini bagai takde semangat nak beraya. Agaknya bila dah berumur memang macam ini perasaannya kot! 



Alhamdhulillah.. esok akk dan kawan /jiran akk akan berhenti bertadarus buat sementara waktu. walau pun kami tidak khatam..In Shaa Allah kami akan menyambung bacaan selepas hari raya nanti sehingga khatam. bukan kami tak mampu nak khatam sebelum habis ramadhan, tapi kami bukan setakat mengaji dan menyemak bacaan, tapi kami bertadabur dan membetulkan bacaan dan mahraj sehinggalah kami berpuas hati dengan keupayaan kami. diantara kami bertiga ada seorang yang menjadi tempat rujukan kami yang memang telah mahir dalam membaca alQuran..
alhamdhulillah..
 tadarus tahun ini akk rasa ada peningkatan dari segi bacaan dan makhraj. kawan/jiran  akk yang akk panggil Kak Ani sangat perihatin dan rajin menegur. jadi selama ini apa yang menjadi habbit akk yang akk rasa betul sebutannya..kerana tiada siapa menegur * ustaz pun tak tegur *  dapat akk ubah menjadi lebih sempurna sebutannya..
alhamdhulillah..amin..




sup tulang cara orang arab

4 comments :
Assalaam rakan bloggers yang di kasihi..
 Semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
diam tak diam dah nak sampai penghujung bulan ramadhan..
semuga segala amalan yang di lakukan sepanjang ramadan ini diterima Allah hendaknya. 
lama tak mengupdate cerita masak2 kat sini..
petang semalam mencuba masakan makanan orang arab. Resepi akk minta dari kawan/ jiran akk. Nama sebenar masakan ini akk pun tak pasti..sbb kawan akk pun tak bagi tahu. Masakkan ini dah jadi makanan tradisi keluarga beliau..maklum beliau pernah tinggal dinegara sebelah sana dalam tempoh yang lama kerana kedua ibu bapanya berkerja di sana..
oleh kerana masakan ini sesuai dengan selera orang dalam rumah akk, kami bertiga aje yang merasa..akk rasa mesti yang lain2 pun suka dengan masakan ini..maka akk pun nak sharing  resepi ini dengan pengunjung blog akk nie..





Jom kita mulakan...
Mula2 belilah tulang lembu..seeloknya tulang selangka. Belilah dlm sebatang..ikut keperluan. Bersihkan dan masuk dlm periuk.* akk guna periuk pressure cooker * cepat sikit masaknya..lagi pun jimat tenaga..hehe. kalau guna periuk biasa..siapkanlah masa dan tenaganya..hehe
5 labu bawang besar yg merah ye.. bukan kuning. potong kasar2 jer. Halia, akk guna halia muda dlm 3 inci..potong kasar jadi dlm 3-5 ketul * taksuka potong kecil..nanti kalau tergigit dah rasa lain *. 2 genggam gandum biji di basuh bersih.kulit kayu manis agak2 yang 2 inci tu 2 batang. Semua bahan ni masuk dlm periuk tulang dan rebus sampai daging lembut dan gandum serta bawang hancur.
Masukan 1 senduk santan..akk guna santan kotak. Kalau guna santan ori..agak2lah jangan pekat sangat mcm masak lemak tu...Cair2 saja...asal ada rasa lemak sikit2 jer.bila dah rasa cukup garamnya angkat dan keluarkan halia..nanti masa menghidang orang ingat itu kentang pulak..tergigit naya aje...hahah. 
1 biji bawang besar dimayang halus. Beberapa tangkai daun sup..ofkoslah daun saderi dan daun bawangkan.. di potong. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang tadi sampai kuning..mcm buat bawang goreng..pastu masukan daun sup yg di potong tadi..tumis sampai layu dan bau wangi..angkat terus masukan dalam periuk rebusan tulang...kacau dan siap untuk di makan. 
masakan ini pekat ala2 bubur lambuk gitu..tapi sedikit cair..
hidangan ini sesuai dan sedap di makan begitu saja. Gandum didalam sup tu dah cukup membuatkan kita berasa kenyang. boleh juga di cicah bersama roti..
selamat mencuba dan rasailah keenakkannya..