Assalaam..
rakan bloggers yang di kasihi..
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..
Sehari semalam belayar.. kami berlaboh di Phuket. lepas sarapan pagi kami bersiap2 nak kePhuket dengan menaiki feri kecil. charge tambahan sebanyak rm90++ seorang termasuk tambang bas, lawatan ikut mana bas tu bawak dan makan malam. masa lawaatan selama 10 jam.
patong beach yg kena tsunami dulu. ramainya umat manusia bergolek2 macam singa laut dalam cerita documentry kat TV..hihhi
kat sebelah sini tak ramai orang.tempat jeti feri berlaboh..
ternampak pulak van kaler pink. berkenan akk..hahah
akk cakap pada papa..kalau semua van kilang kita cat kaler ni.. okey tak?
hahaha..kelass mak nanti nyah!!!
ini bukan mat salleh ye..tapi Haji Saleh..:)
kesian pakcik duduk sengsorang dalam bas. sementara yang lain pergi melawat tempat ibadat mereka..daripada duduk diam baik tidur..kruuuihh
dalam aturcara lawatan kami dibawa melawat kilang memproses biji buah gajus, kilang mutiara, kilang memproses keropok dan banyak lagi..lupa dah!
sempat pulak makcik nie memukul gendang perang..hihi
kedai menjual kemeja tee buatan jabatan penjara malaysia.dikatakan harganya jauh lebih murah dari tempat lain dan kualitinya pun baik.tapi akk tak beli sehelai pun.
akk nampak pelancung lain beli berbondong2.betul2 murah dan berkualitilah tuu!
bila masuk waktu solat kami dah jadi susah hati.awal2 memang dah pasang niat kalau takde tempat untuk solat..kami akan cari kesempatan dimana2 asal ada ruang untuk kami melakukan kewajipan. dalam hati sentiasa berdoa "adalah hendaknya ruang untuk aku bersolat"
selesai melawat semua tempat..waktu tu dah hampir petang.. kami di bawa ke sebuah pusat membeli belah. akk kata pada papa..inilah masanya untuk kita mencari tempat solat.akk teringat dulu akk pernah datang kesini..tapi akk tak pernah tahu pulak kat sini ada tempat solat ke tidak.kalau kedai makanan halal akk tahulah.terpikir pulak akk..kalau ada orang muslim berkerja disini..mesti ada tempat solat..
spontan aje akk tanya pemandu pelancung kami..ada tak tempat solat untuk muslim. bersusah payah beliau mencari dan bertanya perkerja2 di shopping komplek disitu. dan akhirnya...dapatlah kami membersihkan diri dan bersolat dengan selesa sekali.
Alhamdhulillah..Allah maha mendengar doa dan bisikan hati kecil kami..
semasa kami sampai..ada beberapa pekerja shopping komplek baru habis solat dan beberapa orang lagi sedang solat.
tenang rasanya bila masuk kesini..rasa selesa dan selamat. selepas seharian kami menjadi minoriti.
entah apa makna tulisan kat papan tanda tu..
selesai acara shopping menyopping kami
di bawa ke sebuah restoran untuk makan malam *dikatakan makanannya
halal.tapi kami was was*
jenohlah pemandu pelancung kami mengxplan..yg ni boleh makan, yang ni tak boleh makan..bla..bla..bla..
last2 kami keluar cepat2..huhuhu
main2 tangkap gambo lagi best kan papa..hehe
sampai bilik dah dekat jam 11 mlm. restoran pun dah tutup. ada restoran mamak muslim kat tingkat atas..tapi malaslah pulak sbb dah kepenatan. nasib baik ada bawak biskut kering dan air minerel.kalau tidak..tidorlah kami dalam kebuluran.huhu