Assalam..
terasa lucu sangat bila papa dah pandai mengunakan Samsung Galaxy Tabnya..
sebelum tidur..papa pastikan dia membuka tabnya.
dia bukan berblog ataupun berFB..dia cuma mencatit apa2 kerja yang di buatnya sepanjang siang harinya..hehe
*teringat akk pada tahun 1990an..masa tu zaman JARING talian internet pertama yang akk langgan, cara inilah akk belajar mengunakan komputer.lama kelamaan bila dah biasa dengan segala isi benda dalam dan luar kumputer..barulah berjinak2 dengan dunia maya pulak..hahah*
papa baru hendak belajar. pada akk tidak mengapa, lebih baik belajar sekarang daripada tidak tau mengunakan kumputer dan melayari internet. nanti dikatakan buta IT pulak.
sejak papa membeli Samsung Galaxy Tab..dia lebih rajin belajar mengunakannya, berbanding semasa mengunakan nettbook dulu..
apa yang melucukan..semalam semasa papa melayan tv cerita P.Ramlee *aktiviti mingguan dia* sempat juga dia berinternet. entah apa yang ditaip/dicarinya...tetiba jer keluar blog PAPA GOMO..haha
akk tergelak besar..kahkahkah..
amboi!!papa dah pandai cari bahan berita!!! heheh