*

Thursday, 31 May 2012

pameran MITE

5 comments :
Assalaam..
Papa pepagi dah call Produa Services buat temujanji nak hantar servis kereta Oya yang dah melebihi 20,000km. kena buat major servis ni..kata papa. di sebabkan Oya tak cuti..akk la yang kena hantar kereta tu. tak selesa betul drive kereta orang ni...dah macam orang baru dapat lesen el..terhegeh!..hegeh!..hehe. kalau kereta sendiri..harusku merempit..macam cencurut terkezuuut!..eheheh..ada ke? 


apa yang di servis..akk pun tak tau.janji siap pastu bayar jer.Yang akk kisah..sedap2 jer dia sesuka ati tukar nama anak akk. jenuh tau memikir nak bagi nama anak paling sedap..hihi..pastu kena bayo pulak..huhu..tiap tahun pulak kena zakat.. *tahun ni tak yah bayo zakat..bio laki dia yang bayokan*
elok2 nama dia Cik..eheh salah!..dah Puan!..ermmmm...Siti Izaura..sesuka ati  tukar pada Siti Izania. macam bes jer nama Siti Izania tu..

lepas hantar kereta ke pusat servis..akk n papa mulalah merancang aktiviti hari ini.semalam kami merancang nak ke klinik buat pemereksaan kesihatan. olih kerana jadual sudah berubah..lepas bekpest kami terus ke serdang nak melihat pameran MITE. akk nak cari peluang kut2 ada pakage pelancungan yang murah.pameran di rasmikan olih PM Dato' Sri Najib Tun Razak. bila kami sampai..majlis baru jer selesai..jadi taklah sesak sangat.

masuk parking di kenakan charge RM3 sekali masuk. ada shuttle bas menunggu nak bawak kami ke distanasi..naik percuma je.sebeso2 bas tu.. kami bedua je yg naik. ada jugak yg naik sorang2..hihih

macam2 pameran/gerai ada. akk takla melawat semua tempat. tempat yang akk tuju ialah bilik pameran pelancungan..memang itu pun tujuan utamanya kan.tak sangka pulak akk terserempak dengan sekumpulan wartawan dan sekumpulan kakitangan awam *kut* yang sedang mengiringi mak menteri pelancungan Dato' Sri Dr Ng Yen Yen melawat setiap gerai di bilik pameran. akk pun ambik peluang merakam gambar mak menteri tanpa gambar akk di sebelahnya..heheh

waaahh!! kalu semua reporter guna ipad..upad..apepe pad...payahlah paparazi lemau nak curik gambo..u dah belog i tau!

Semalam merancang..yang hari ini nak buat pemereksaan kesihatan kan! di sbbkan hal2 kat atas tu..akk rasa esok saja nak pergi. Alhamdhulillah..Allah telah merancang segalanya untuk kami. ada pulak gerai pemereksaan kesihatan dari IJN di sini. akk n papa pun buat pemereksaan..tekanan darah..gula dalam darah dan kolestrol dalam darah.bayaran cuma RM12 seorang..mudahnya urusanku hari ini...Amin



Alhamdhulillah..semua ok. tekanan darah akk naik mungkin sebab penat berjalan dan naik bukit pulak tu..lagi pun lupa nak makan ubat!. adakah aku sengaja buat2 lupa..dah muak mak!!
sempat berposing dengan dua orang jururawat IJN. Nama pun senang nak ingat..mewakili nama artis terkenal dua beradik..Cik Rozita dan Cik Ayu. terima kasih ye..layan makcik berdua baik2 dan mereka berdua ni pun peramah orangnya..:))

buah buahan satu Malaysia!

Dalam perjalanan nak balik..sementara menunggu shuttle bas datang..papa dapat call dari perodua services..kata kereta dah siap! yehaaaaaa!!!! beres semuanya!!





Tuesday, 29 May 2012

tak nak marahlah..

15 comments :
Assalaam.. 
hari ini jadi jaga paking lagi...huhu. gara2 papa ada urusan di cimb petaling jaya. lamanya urusan dia..lebih dua jam  akk menunggu !..huhu
sampai perut akk dah berkeroncong..papa tak keluar dari bank lagi. memula rasa macam nak marah..tapi bila pikir2 balik..kenapa mesti nak marah..bukan papa sengaja nak lambat atau melambat2kan urusan..semuanya bergantung pada pengurusan bank. pengurus bank pulak bukanlah sengaja nak melengahkan kerjanya... ada lah prosedure yang dia nak kena ikutkan!..


lepas lebih dua jam..baru papa keluar.dari jauh dia pandang akk dengan muka yang ketat..hehe
akk faham kenapa dia pandang akk macam tu. tentu dia fikir akk akan marah sbb lambat sangat dan akk tengah lapar.papa tahu akk tak boleh makan lewat..kalau makan lewat..akk jadi pening dan lemah badan..boleh mengigil satu badan..inilah penyakit akk..tak boleh tahan lapar..heheh. lagi pun buat apa akk nak marah..tahan dan sabar ajelah lapar akk ni...bukan boleh bawak maut pun! Papa masuk kereta dengan senyuman paling happy..hihi
teringat masa muda2 dulu..senyuman inilah yang buat akk cair tau!!..
camnilah..bila dah berusia..jangan fikir sangat yang bukan2.berfikiran positif. terimalah seadanya segala kekurangan dan kelebihan. yang dah tentu..kekurangannya jadi berlebihan..yang kelebihannya dah jadi kurang....camne tu ???
 lepas jam 3.00 petang baru kami dapat makan. papa ajak makan kat kedai makan minang. makan tengahari berlaukkan gulai urat tunjang..berselera dan sedap!!!










kaum hawa kena baca..

4 comments :
Assalaam..
blogwalking ke blog orang muo. banyak info berguna di blog beliau. Kalau rajin.. terjah lah kesana..
ini salah satu info yang menarik perhatian akk. dulu akk diberitahu olih doktor yang akk ni ada symptom kanser melalui ujian memogram. Lama2 akk pasrah dan buat donno jer. Alhamdhulillah..sampai laa ni..insyaallah tiada berlaku apa apa perubahan. mungkin betul apa yg di tulis diartikal ini..bersikap positif dan lebih releks.. 

Setiap Manusia Mempunyai Sel Kanser?

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?  Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual.  Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.  Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.

Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.  Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. [majalah i-sihat]

Monday, 28 May 2012

Bukit Gambang Resort City

12 comments :
Assalaam..
Aktiviti percutian keluarga akk tahun ini..kami ke Bukit Gambang Resort City. terletak lebih kurang 35km dari bandar Kuantan dan 218km dari Kuala Lumpur. Idea bercuti kesini..datangnya dari angah..setelah kami membuat perbincangan.
akk nak cerita lebih2.. seronok ke tidak bercuti kesini pun tak reti..sebab memasing ada persepsi sendirikan.nak tau seronok ke tidak..kena datang sendirilaa. pada akk kira oklah..tak tau pulak pada orang lainkan. klau ada kekurangan serba sedikit tu biasalah.kalau dah ramai sangat orang..pengurusan pun mesti jadi tongang langgang. lainlah kalau pihak resort mendapat seorang pengurus yang memang perfect!!!
semasa breakfast..punyalah ramai orang..sampai suatu ketika makanan dan meja makan pun tak cukup.. sampai ateh kata.." macam makan kat rumah kenduri khawin pulak! "..hahahah

layan lah gambar kenangan kami di bukit gambang..












Sunday, 27 May 2012

Ray.Ban

2 comments :
Assalaam..
eeeeewaaaaaahhh!!!
bila buka blog..terus nampak iklan Ray.Ban  sebelah kanan page blog ini.
tetiba ada idea datang nak update blog...

rasanya semua orang setuju..kalau akk kata jenama Ray.Ban ini menjadi pilihan kepada  pemakai cermin mata hitam. sebabnya reka bentuknya yang di reka  sebegitu rupa.. memang sesuai dengan semua jenis bentuk muka.



Thursday, 24 May 2012

hanya mimpi

10 comments :
Assalaam..

Wednesday, 23 May 2012

melayan hobi

8 comments :

Assalaam..
Hari ini seharian akk melayan hobi akk. hobi baru akk sekarang ini bercucuk tanam. macam2 pokok akk tanam. akk tanam pokok jambu..limau purut..kunyit.. serai...pokok daun kari dll. taklah banyak sangat tanaman yang akk tanam..sepokok je setiap satu jenis. lagi pun keluasan tanah belakang rumah akk ini sangat terhad. jadilah.. sekurang2nya..bila dah besar nanti bolehlah memenuhi keperluan harian akk..jimat!!



Selain itu..hobi akk yang lain tanam pokok rose. perghhh! sangat besar cabarannya membela pokok rose ni. pokoknya sangat sensitif dan mudah terkena penyakit. setiap penyakit ada ubat yang khusus untuk merawatnya.. belum lagi masuk bab2 makhlok perosak..seperti ancaman belalang..kumbang dll. hujan pun jadi satu ancaman bagi pokok rose. ngada2 betul. dah macam baby la pulak..huhu. kos penyelengaraan pun tinggi. sebab dah minat dan sudah terjebak..akk teruskan jugak. ada yang kata...dengan menanam pokok rose boleh membuatkan kita awet muda tau!!..hehheh

Tuesday, 22 May 2012

serampang dua mata..

4 comments :


Assalaam..
selamat malam..harap2 sihat semuanya..
rasa hati malam ni nak terjah blog kawan2 yang dah lama akk tak terjah. akk dapat call laa pulak..yang malam ini ada perjumpaan ajk rukun tetangga. Adalah perkara yang urgent sangat nak di bincangkan tu!!..
sementara tunggu papa balik dari surau..akk buat lah n3 ni..sebelum pergi kemesyuarat. bukan ke dah dekat nak pilihanraya ni..macam2 lah aktiviti kemasyarakatan yang hendak dirancang. huhuhuk
aktiviti yang di rancang dan akan di buat biasanya..biasa2 aje. ala ala serampang dua mata gitu! tembak yang ini.. akan berharap yang lain pun tertembak juga!!..heheh





pssst..akk pun tak pernah tengok serampang dua mata tu macamana. tengok gambar cik google je..





Monday, 21 May 2012

sakitnya..tak tahan dah ni!

8 comments :
Assalaam..
Bila ada masa untuk akk nak berblog..badan pulak tak sihat. sepanjang hari ini akk terbaring dan tidor je..melayan sakit pinggang akk ni..sesekali berfb. papa terpaksa pergi selesaikan urusannya sendirian..
akk rasa macam hari ini dalam sejarah..setelah 57 tahun..inilah pertama kali akk mendirikan solat secara duduk. terasa sangat nikmat yang  akk rasa selama ini telah di tarik sekejap..huhuhu. lain macam rasanya..baru terasa macam dah uzur sangat akk ni..hihi



sampai lepas asar..sakit pinggang akk tak baik jugak. papa..memapah akk pergi kesalam poliklinik. bila buat urine test..memang sah2 kena kencing kotor. alang2 dah pergi klinik tu ..akk buatlah checkup sekali. blood pressure 169/78..sugar 6.5..Alhamdhulillah.." akk sihat " kata tuan doktor..
sihat ke tak sihatke...makanan untuk kesihatan kena makan. makanan harian kena jaga juga. baru seimbang ye tak?  walau pun akk kurang eksersais..aktiviti seharian akk selama 2 jam itu..sudah cukup untuk mengeluarkan peluh sampai basah kuyup..hiiiii
ubat jangan lupa..antibiotik..ubat tahan sakit dan ural.total 100.60 sen. perghh! tinggi juga kos perubatan warga emas ni kan!! nasib baik sesekali..huhuu


cerita pasal jaga makan tadi..sebenarnya akk memang jarang memasak. akk memasak bila hujung minggu *itu pun kalau takde kenduri kendara* atau bila anak2 balik rumah *itupun seminggu atau dua minggu sekali* atau ada permintaan dari papa n oya. selebihnya..kami berdua banyak makan di luar. tambahan aktiviti harian kami banyak keluar rumah.jadi kami makan secukupnya je..takde tambah2 nasi dan lauk pauk. kalau di rumah..ofkos sayang lebihan makanankan!!..takkan nak dibuang..satu pembaziran pulakkan!!! nak tak nak..kena makan juga!! hahaha..kena jadi tong sampah!! dari segi lain pulak ..lebih menjimatkan!!!


Dah sakit ni..tak boleh keluar. makan je apa yang ada kat petiais. panaskan dalam oven terus hidang. diet hapa ke ni..sekor ayam makan dua orang!

aduhh sakitnya!

6 comments :
Asslaam..
hari ini rasanya jadual akk n papa macam padat aje. sebenarnya kami dah rancang banyak tempat/urusan nak pergi...

so..seperti biasa jam 7am akk dah turun ke laman..sapu daun2 rose yg gugur..belek2 bunga dan kudup.. kut2 ada makhlok perosak yang singgah. gembor2 tanah..repot pokok2 baru. biasanya aktiviti ni berhenti bila Oya sampai rumah. Oya..otw pergi offis akan singgah rumah akk dulu..minum/ makan *kekadang minum susu je..bersama akk. aktiviti dilaman akan bersambung semula selepas Oya pergi offis dan akk berhenti lebih kurang jam 9am.Waktu ini pulak papa balik..

Sunday, 20 May 2012

jemputan makan

3 comments :
Assalam..
papa n akk dapat jemputan kemajlis perasmian Rashmin Cafe yang baru dibuka. Tuan punya cafe Hj Rashid Iskandar tu.. kenalan papa semasa muda dulu. Mereka berdua pernah bekerja di tempat yang sama. kawan raapaat..you tau!. makan minum, tidur baring dirumah family dia. baru sekarang akk perasan.. yang kawan2 rapat papa kebanyakkannya bukan pure melayu..hukhuk


Rashmin cafe terletak diKompleks otomobil,seksyen 15, Shah Alam. Di sebelah cafe tu..dia juga membuka stokis produk K-link. akk pun tak tau apakah produk itu. rasanya macam makanan kesihatan je. kalau ada  sesiapa yang menjadi ahli K-link boleh bershopping sambil menjamu selera di situ ..


tuan punya cafe, yang berbaju batik kuning dan bersongkok tu..

yang ini perasmian stokis K-link..ada acara cabutan bertuah...

sunggoh bertuah akk hari ini..akk dapat hadiah!!

kek hari ibu untuk ibuku

2 comments :
Assalaam..
tidak selalu aku dapat melakukan perkara itu..
walau sesekali dapat melakukannya..
aku rasa bangga dan bahagia..
aku tahu bukan harta benda yang harus aku tunjukan padanya..
cukup sekadar perhatian dan kebajikannya..
itu sudah cukup membuatkan dia merasa bahagia..

masa mudamu terbuang begitu saja..
sibuk mengurus anak menantu dan cucu-cucu..
penat lelahmu yang tak mengira waktu..
tiada tempat untuk mu mengadu..
 tiada bahu buat mu untuk disandarkan..
tiada siapa dapat meringankan bebanan..
segala kepayahan dan keperitan..
kau tanggung sendirian..

wahai cucu-cucu ibuku..
ingatlah segala susah payah nenekmu..
curahkan kembali kasihsayang nya..
sementara dia masih ada..
tidak adakah walau secebis..
kasih mu padanya..
 janganlah jadi cucu-cucu yang derhaka!!!

~~SELAMAT HARU IBU~~
buat ibuku..
nenek yot di kelilingi cicit-cicit..


BE menyinggah lagi..

1 comment :
Assalaam..
Syukur alhamdhulillah.. 
hurreeeey...BE singgah lagi di blog akk!!!!..
Terimakasih banyak kepada Nufnang dan Hotlink yang sudi menempatkan diri di sini..
terasa dah kegairahan nak berblog..hihi
BE bukanlah sebab utama nak berblog..
yang utamanya..akk nak kongsi cerita..
kalau ada BE sebagai perangsang je...
akk suka..suka..suka..
bertambah lah juga isi tabung..
boleh buat melancung..
ehe




Friday, 18 May 2012

blog akk bermasaalah ni..

4 comments :
Assalaam...
blog akk ni bermasaalah ler..
tak pasti masaalahnya apa? akk bukan mahir sangat pasal benda2 ni. mungkin ada masaalah dengan setting ke..rasanaya setting dah ok..terkena virus ke..huhuhuh
ada setengah blog yang akk tak boleh nak komen..bila dah send komen dia tak keluar..
ada sesiapa boleh bantu akk!!!

sib baik ada rose pengubat rasa lara dikala dlm kemarahan.
takde kena menhena pun..heheh


kalau dah lembu..

4 comments :
Assalaam...
tak pernah di buat dik akk selama usia akk ni..akk mengangkut najis..heheh.
bunyi macam geli aje kan? najis sape pulak ekk ?


Semenjak akk bertanam tanaman rose ni..akk sering melayari FB group yg berkaitan dengan tanaman rose. akk teruja melihat tanaman rose rakan2 di FB subur dan gemuk serta mengeluarkan bunga yang sangat cantik. Bermacam kaedah di guna untuk menyuburkan dan menjadikan pokok rose mereka sihat. akk kutip ilmu yang dearang ajarkan dan praktikkan di taman rose akk. bermacam jenis baja yg akk beli. pendek kata..asal ada orang rekemen..kata baja ni bagus dan sesuai dengan pokok rose..akk akan beli..kopak juga laa poket akk..huhuhu
ini taman rose cik google..akk berangan je!..



Wednesday, 16 May 2012

rabuku..

6 comments :
kata2 ku di hari rabu..
besh dapat voucher di ' hari ibu '..
40 hinggit you!

akk teranyaya..

3 comments :
Assalaam..
petang semalam dapat notis dari pos M'sia.. ada surat yang nak kena ambil. akk dok ingat..apalah bendanya ye..sbb rasanya takde oder barang online. semua barang yang oder online dah sampai..

pagi tadi papa pergi ambil surat tu..hampehhh punya orang yang menghantar surat tu.akk ingatkan surat tu penting sangat..sampai kena ambil di PO
ghupanya dia hantar surat nak promot barang dia..pastu tak letak setem. tak pasal2 akk pulak yang kena denda. dahlah kena buang masa n tenaga..minyak..semata2 kerana sekeping surat tu..huhuuh..


bagus sangatlah engkau punya cara niaga ni..sesuka hati hantar brg kat orang..pastu orang tu  pulak kena bayar kos pos. kalau kat 44 orang engkau buat camni..44 orang mendoakan engkau tau!!!! ingat doa orang2 yang teranyaya!!!!



Tuesday, 15 May 2012

asik berfb..hari ibu dah terlepas..

1 comment :
Assalaam..
bersiaran kembali...
lama jugak akk tak membebel kat sinikan? mana taknya..asik membebel kat FB aje..hehe
sejak kebelakangan ini akk lebih tertarik melayan FB. banyak benda juga yang akk belajar dari FB nie.Bukan setakat membaca/bersembang2 kosong..membaca gurau senda derang sebagai penghibur..mana2 posting yg berilmu pun boleh di kutip sebagai panduaan..

sejak kebelakangan ini akk juga rajin membaca blog2 politik. tak kiralaa yang pro ke..tak pro ke..semua akk baca. pandai2lah menilai baik buruknya. betulke.. tak betul ceritanya..hanya Allah yang mengetahuinya...

Sambutan hari ibu dah lepas. Tidak terlambat lagi kan.. kalau akk nak ucapkan 'selamat hari ibu' buat rakan bloger akk. semuga anda semua di limpahi rahmat yang berterusan..bahagia dan gembira bersama keluarga dan menjadi seorang ibu yang solehah.
amboii! seronoknya 'sambutan hari ibu' rakan2 blogger semua kan?

'sambutan hari ibu' akk bertukar daripada biasa..heheh
selalunya anak2 yg belanja akk pergi dinner. kali ini akk pulak belanja dear orang..
sesekali memberi laa pulak kan..selepas kerapkali menerima..ye tak?
 tempah meja di D'Palma seksyen 19 Shah Alam.

menu yg paling menyelerakan..masih terasa2 di mulut nie..

 ala ala charlie angels gitu..heheh

 hahaha... dua2 botak..mereka selesa begitu di sbbkan kebizian tahap melampau. tak yah minyak n sikat rambutkan. syampoo pun jimat or tak yah..heheh

dua orang tengah kuat makan. yg sorang tu berisi..oklah jugak. yang sorang lagi tu memang maintain berisi..apahal nak mkn banyak2. sorang lagi..makan banyak pun no hal..memang selim gitu..hehe

Tuesday, 8 May 2012

aktiviti lepas..

5 comments :
bersiaran kembali..

sejak kebelakangan ini akk jarang sangat dapat memenuhi jemputan  majlis cukur rambut bersama kumpulan marhaban akk. sudah terasa penat kalau setiap minggu di penuhi dengan aktiviti tersebut. tak termasuk  lagi dengan jemputan majlis kawin. kekadang kasihan pada anak2 yang nak datang rumah pada hujung minggu..tapi rumah mak dia takde orang.jadi akk buat keputusan nak menghadkan aktiviti akk. biarlah hujung minggu akk..akk habiskan masa  bersama anak dan cucu akk. belum tentu lagi..minggu2 seterusnya akk akan dapat bersama mereka lagikan?

dua minggu lepas..sham dan anas bersantai sekeluarga di rumah akk. macam biasa..akk masak2 untuk kami sekeluarga..tambah  pulak mak buyong yang banyak permintaan..nak makan itu ini..hihi. nora bawa masakan makanan tengaharinya.illa pula bawa juadah untuk minum petang. maka lengkaplah sudah keperluan aktiviti makan2 untuk hari itu..hehe
kata orang..aktiviti makan2 ni boleh merapatkan hubungan silaturrohim...


minggu lepas pulak..mak buyong teringin nak makan rendang 4 jenis .
macam biasa..papa kalau ada orang teringin nak makan sesuatu sepantas mungkin dia mengadakannya. awal pagi lagi akk dah bersiap kedapor memasak. ialah nak buat rendangkan.. bukannya sekejap..setengah hari baru siap..lengoh tangan mengacau sampai kering..huhu


tengah bersantap..ai dan nadia datang. langkah kananlah mereka..hihi.orang kata..kalau tengah makan ada orang datang..bawa rezeki.tengah borak2 pasal makan..akk ada tersebut..lama dah tak makan pizza. kalau nak makan pun takde orang nak temankan..sbb papa tak makan pizza.
tak sangka pulak ai perihatin dengan kata2 akk..hehe. jadi malam tu..kami berlima dinner di pizza hut. papa makan ayam aje ler..hehe

rindu nak update blog

3 comments :
Assalaam..
hampir dua minggu akk tak bersiaran..tetiba malam ni terasa rindu yang meluap2 bagai gunung berapi nak update blog yang tak berapa nak suam kuku ni..
sebenarnya..bukan tak nak atau takde masa nak mengupdate blog ni...tapi akk tengah sibuk berkemas halaman rumah dan dalam rumah yang berserabut selepas di renevet. maklum ajelah kan..bnyak benda kena di susun atur semula..
talian PI akk ni pulak..dahlah lembab sejak kebelakangan ni..kekadang dia hang terus takdok line..huhu



25 april..kami ke pulau mutiara..ada urusan kerja. lama tak buat kerja ni dah..semejak disini..
jam 11 pagi kami keluar rumah..jam 11 malam kami dah sampai rumah. duduk 12 jam  dalam kereta sangat memenatkan..tambah pulak dah usia seperti kami ni.kerana ianya satu tanggung jawab..kami laksanakan juga tugasan tersebut.