Assalaam..
Beberapa hari lepas Bank Rakyat buat pengumuman..
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
* rezeki akk..baru dapat tambahan pelaburan percuma RM500..lepas tu dapAt offer tambah lagi RM1000.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
* kalau pembayaran dividen tu boleh dilaburkan semula macam dulu dulu kan ke bagus.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
“Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan.
“Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan.
*sayang bank rakyat..senang berurusan dengannya..terutamanya bahagian ar-rahnu.
ada berita baik lagi….. Walaupun 15% sahaja yang akan di cash-out, baki 5% lagi dapat menambah jumlah pegangan saham ……
* alhamdhulillah..tambah pelaburan lagi..
ehem..mama pun ada share kat bank rakyat tu..tapi taklah banyak..hu2x..syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdhulillah..ada peluang boleh tambah lagi mama..
ReplyDeletesaya pun ada melabur di bank rakyat.. walaupun kecil tapi kira berbaloi juga
ReplyDeleterahman..
ReplyDeletememang berbaloi..walaupun dlm jumlah yang kecil.pilihan terbaik melabor dibank rakyat..
salam kak yon..xder akaun Bank rakyat..simpan kat Tabung Haji & Bank Islam jer..:D
ReplyDeletetak sempat nak join
ReplyDeletecukup bulan duit tak cukup
Hehe
loaded la kakrose ek? bercuti lagi nampaknya...ni pergi mana pulak..
ReplyDeleteazatie..
ReplyDeletekira oklah tu.TH dividen tinggi jugak..
tehr..
ReplyDeletehehehe..
zana..
ReplyDeletemana ada..adalah sikit2..
nak gi Tioman minggu ni..