*

Monday, 23 April 2012

jalan jalan..makan makan..shopping

8 comments :
Sekarang akk jarang sangat dapat jalan2 window shopping macam dulu2 semasa Oya belum berpunya. Takde sapa nak temankan akk. nak harapkan papa teman..dia pun sibuk memanjang...
Sejak Oya pusing pusing kepala ni..heheh, selalu juga dia cuti. hari jumaat mc..sabtu free. 
Akk amik peluang ajak Oya temankan akk jalan jalan, kebetulan dia pun suka nak  mencari barang keperluannya.kami pergi ke Empire Subang. tujuan akk nak ke Tangs untuk redeem citibank card point yang dah lama terkumpul. banyak juga jumlahnya..:))). Puas mencari barang  yang kut2 berkenan di hati..tapi takde yang berkenan pulak. kalau ada yang berkenan pun..tak memadan pulak dengan harga nya..huhu. Oya jumpa juga barang yg dia suka. sandle yang sesuai dengan orang yang sedang mamai santai gitu..ngeee..

dah redeem point dgn nilai rm39.90..masih berbaki 71,173.03 point lagi..hahaha suka hati makcik. boleh simpan sampai hujung tahun ..redeem barang paling mahal sekali..heheh

Singgah pulak dikedai bakal ibu2. 9MONTH nama kedainya. bukan Oya saja yang teruja nak mencuba semua jenis pakaian di situ..ibunya pun teruja sekali..bukan teruja nak memakainya ye..tapi nak melihat anaknya mencuba memakai pakaian2 di situ..huhuhu. semuanya cantik dan kualiti kainnya amat selesa buat bakal ibu2. banyak juga Oya memborong. sib baik tak di borongnya kedai tu sekali..hehe. jangan tidak kata orang..akk menghadiahkan Oya sehelai pakaian buat kenangan manis kami..tanda sokongan akk padanya. belum tentu masa2 akan datang akk dapat melakukannya lagi..

sudah lama berhasrat hendak membelikan sebuah buku cerita buat cucu akk. namun belum kesampaian.waktu kami melintas dihadapan kedai buku popular..tetiba akk teringatkan cucu akk Dhani. Waktu ini tentu dia  suka sangat kalau akk belikan dia buku cerita. taklah dia merasa sunyi..sbb papanya takde di rumah..ke Jakarta.

malam tadi kami, akk n papa, ronda2 ke TTDI Shah Alam. sambil jalan2 cari makan..kami nak ke shopping kompleks yang baru di buka...space u8. ada beberapa kedai saja baru dibuka. masih banyak lagi yang dalam pengubahsuaian. kaalau tak silap shopping kompleks ni  mempunyai sebuah panggung wayang. lenkali nak tengok wayang..senangkan..dekat aje. macamlah makcik ni rajin sangat nengok wayang nye!..ngeeeeee....


 ada beberapa gerai menjual baju dan tudung.kesian akk tengok..takde orang pun lalu..apatah lagi membeli. akk ajelah yang beli..2 lai rm20.
 gerai jual jajan pun ada..sunyi aje gerai tu. sambil akk borak2 tanya itu ini..sementara menunggu papa melepaskan qada' hajatnya..adik tu kata..belilah kak..nak tutup kedai dah nie!!. kesian pulak akk nengoknya. akk pun belilah..3 uncang jajan RM5. jajan apa yang akk beli? asam boy..nape ntah semenjak dua menjak ni suka sangat makan asam..heheh. halua kundur, ini papa yang suka, dan baru2 ni..akk tau yang mrs. Ai pun suka makannya...
papa dah ada geng..hihii


dinner kami berdua



Sunday, 22 April 2012

makan di mana? di hot pindang kitchen!

14 comments :
Dah pernah makan di sini..
Hot Pindang Kitchen..terletak di Seksyen 10 Shah Alam. sederet  dengan restoran  Azira. restoran Hot Pindang  Kitchen ni baru di buka  beberapa minggu lepas. pertama kali mencuba menu makanan di sini..rasanya menepati cita rasa akk juga. akk kan suka masakan yang ala ala orang kg.
 ada juga orang kata..*siapa yg kata tu ekk?* menu ni..menu tengah bulan! kenapa dia fikir camtu.. taktaulah. ada pulak menu awal bulan..tengah bulan dan hujung bulan ye?..huhu.
pada akk..takde istilah seperti menu2 tersebut di atas.kalau terasa nak makan..tak kira awal bulanke..tengah bulanke..hujung bulanke..makan aje!
yang penting..budget kena betul!!a


berbalik cerita pasal restoran Hot Pindang Kitchen tadi..
 menu utamanya ialah..masakan pindang yang di sediakan bersama nasi putih, sambal belacan,ulaman dan ikan gelama masin. satu set..harganya RM6.80 saja. ada juga beberapa menu lain..akk tak ingat dah nama menunya..semuanya dalam bentuk set dan harganya bawah RM10 saja.


rasanya sama mcm masakan akk dirumah..hihi






Saturday, 21 April 2012

Pulau Tioman..part 4

1 comment :
part yang ni.. akk tayang gambar aje ler..dah kehabisn cerita..heheh


Pulau Tioman..part 3

3 comments :
Hari kedua..
Sebelah malam kami berehat saja di bilik. dengar berita ditv..berlaku gempa bumi di Acheh. akk terbayang.. kemungkinan akan ada tsunami. akk terus buka FB..kenalan  sudah riuh rendah memberi ingatan sesama mereka supaya berhati2. berkemungkinan tsunami akan melanda P.Pinang dan kawasan sekitarnya seperti beberapa tahun lalu. Amaran tsunamai telah pun di keluarkan olih kerajaan. dalam hati akk gerun juga..maklum esok pagi ada aktiviti outing. bimbang juga.. kalau2 laut bergelora.. pasti rancangan nak bersnorkeling di batalkan..huhu. berdoa banyak2..mintaklah supaya cuaca ok esok pagi..
masa kami turun bersarapan pagi..suasana suram saja. tiada angin langsung..langit pun mendung. tetiba hujan turun lebat sangat dan angin pun kuat.dalam hati akk kata..memang takde harapan hendak ke marine park dan snorkeling..huhhu. kami disarankan olih pengurusan..lepak dulu kat bilik..klau cuaca ok..akan di beritahu. selalunya.. keadaan begini tak lama ..katanya.
lebih kurang jam 10am hujan berhenti. nampaknya.. keadaan  cuaca mengizinkan untuk kami beraktiviti di tengah laut..tak sabar nak tengok ikan dan batu karang..hihi

kami juga di bawa melawat sekitar perkampungan Tekek iaitu kampung/pekan besar di pulau tersebut. Kampung/pekan ini juga menempatkan pejabat kerajaan, sekolah, bank dll. 


kat marine park..berenang sambil bagi ikan makan...







kat sini tempat meneropong batu karang..kalau nak tahu cantik ke tidak..mehlah datang tengok sendiri. tak dpek den nak ceritokan heheh..



Friday, 20 April 2012

Pulau Tioman..part 2

4 comments :
Hari pertama..
sebaik saja kami sampai.. kami di beri serba sedikit penerangan berkaitan aktiviti sepanjang masa berada di sana olih pengurusan chalet. So..hari ini kami bebas buat apa saja. selepas makan tengahhari..kami berempat habiskan masa melepak tepi pantai..mandi manda dan menikmati keindahan  lautan nan membiru..desiran angin yang berhembus..butiran pasir yg memutih..apa lagi ekk? sebenarnya takjub dengan kebesaran Allah yang menciptanya buat kita semua menikmatinya...





seingat akk..dan kata Ai, last datang sini waktu dia sekolah darjah 6. apa yg akk perhatikan tak banyak bezanya atau pun perubahan dari segi pembangunan.Chalet2 sama seperti dulu..ada juga yang dalam proses mengubahsuaian. cuma gerai makanan yang bertambah. makanan pun agak mahal. yang bestnya.. roti canai cuma RM1 sekeping..:))




Wednesday, 18 April 2012

Pulau Tioman..

7 comments :
Bila Ai tanya.. bila kita nak ke Pulau Tioman? akk jawab..bila2 aje pun boleh! Lantas Nadia pun mengoogle  tempat penginapan yang mampu milik dan bersesuaian dengan kami berempat. Perancangan asalnya.. kami sekeluarga nak pergi untuk percutian keluarga untuk tahun ini. Di sebabkan ada beberapa perkara yg di hadapi beberapa ahli keluarga yang tidak boleh di elakkan.. maka kami berempat saja yang pergi. jadi percutian keluarga akan di tunda hingga bulan jun nanti..
Kosnya.. kira mampu miliklah..dengan kadar RM300 seorang.Package mengandungi makan minum, tempat tinggal chalet aje ye..selama 3 hari 2 malam dan BBQ. Aktiviti outing menaiki boat sehari ke marine park..bestnya bagi makan ikan jinak, snorkeling coral..lama2 tengok boleh pening dan rasa nak terjun kedasar laut nak sentuh coral tu dan singgah dikedai duty free tapi  harganya lebih mahal dari Langkawi..huhu.
Tempoh perjalanan yang agak lama selama lebih kurang 5-6 jam. kami bergerak dari rumah jam 3.0am dan sampai Mersing jam 8.45 am, sebelum itu kami singgah solat subuh dimasjid  pekan Muazzam Shah.
Beratur menaiki feri..satu perkara yang sangat akk tidak suka..huhu. Pengurusannya tidaklah secekap di Langkawi.Kali terakhir akk kesini tahun 90an.Waktu itu..tiada feri lagi. kami menaiki boat yang boleh memuatkan sejumlah orang saja. boat2 itu pula milik tuan punya chalet..jadi setiap chalet mempunyai boat memasing. Kini..' Blue Water ' nama feri yang sedang megah meredah lautan cina selatan milik syarikat Bumiputra.. menjadi penghubung antara tanah besar dan pulau yang keluasannya hanya 39 km panjang dan 12 km lebar.
jom cuti2 malaysia!!


kg. genting..nama kg. tempat penginapan kami..

 dulu2 jeti ini dari kayu aje..jarang2 pulak tu. masa lalu rasa seriau takut jatuh..heheh

laluan menuju ke chalet penginapan kami..

pemandangan dari chalet kami.tenang rasanya menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa..
 

Tuesday, 10 April 2012

seliper jepun

6 comments :
Seliper jepun keluaran bata.. 
femes tu!
seingat akklaa..akk belum pernah membeli atau memakai seliper jepun.. 
 tak kirala.. kekedai ke..kepasarraya ke.. atau kemana2..
akk lebih selesa memakai kasut jenis bertumit ..
kalau ada pun memakainya ..semasa zaman akk kecik2 dulu..
itu parent gue yang nukuee..hihi

hari ini..tetiba teringin nak membeli/memakai seliper jepun..hahah
sebab terikut2 papa laa ni !!..hihihi
papa kira oklah jugak.. kalau pakai seliper jepun..
kaki dah cukup cantik..kuncup muncup dah..
kaki akk ni..belum cukup comel untuk menyarung seliper jepun..ekekeke

kaki kembang semangkok!!heheh
tapi akk kena pakai jugak seliper ni..sbb esok akk nak bercanda di tepian pantai pulau tioman ...
takkan nak pakai kasut tumit tinggi pulakkan ? ngeee....
nak ikut!!...jom kita ke pulau tioman!!

hati dan perasaan

12 comments :
hati dan perasaan..
hati dan perasaan sendiri pun kekadang tak boleh di duga..sesuka hati aje nak rasa apa..
ini kan pula.. nak meneka hati dan perasaan orang lain kan? 
apatah lagi nak menyelami kedasar hatinya..huhu
hati hati..menjaga hati..
nanti terluka hati sendiri..
hati hati juga mengambil hati..
kelak menjeruk perasaan sendiri..


suka dengan kata kata nie..
today and every day, you're in my heart to stay.. 




Monday, 9 April 2012

periuk serba guna

1 comment :
Hujan lagi petang ni..
baru beberapa hari lepas panas terik..hari ini dah hujan balik..
apa nak kisah yek..hujan tu kan rahmat dari Allah..
terima dengan penuh kesyukuran..

bila musim hujan..selera pun meningkat. apa yang terhidang..mesti licin pinggan. akk ni terkulat2 nak makan..tapi tak boleh nak masak. dapor akk kan tengah diubah suai..maka  bergantunglah semua  periuk..huhu


tapi ada cara lain nak masak..tak payah guna dapor gas. kalau nak seribu daya kan?
kebetulan akk ada periuk elektrik serba guna. lama terperok dalam stor. memang tak pernah diguna. dapat periuk ni pun sebab akk reedem point BHpetrol. tujuannya..boleh guna kalau nak berkelah bersantai2 bersama keluarga. boleh masak2 kat dalam bilik aje..heheh..
 waktu  terdesak camni lah periuk seperti ini amat berguna..hehe...


boleh mengoreng..

paling senang goreng telor..

boleh menumis. merebus tak boleh kut. tapi nak try jugak! bestlah ada periuk ni.boleh bawa kemana saja..sesuai pada sesiapa yang suka masak2 masa pergi berkelah ..yang penting tempat tu ada bekalan elektrik..klau tak nak cucuh kemana? heheh






ABPBH 2012

6 comments :


macamana ntah.. boleh akk terlupa yang malam tadi ada ABPBH 2012..
tahun2 sebelumnya..rajin juga menonton..

akk leka berblog..papa leka tengok TV..
dengar dari jauh.. macam ada program penyampaian hadiah..nyanyian. ingatkan tv1 ada program nyanyian..sbb papakan suka nonton tv1..jadi akk buat derk aje..

bila dengar nama Siti Nurhaliza di sebut..akk terus keluar dari bilik..
dan menonton bersama papa..
kenapa tetiba..akk rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan Ct ni..
akk dah rasa tak selesa dengan cara berpakaiannya..huhu

kebanyakkan semua artis  terutamanya wanita sudah tidak dapat menarik minat akk untuk terus menonton program tersebut..
kan ke bagus kalau semua artis wanita berpakaian seperti Erma Hasmee..Wardina dan yang sewaktu dengannya..sejuk hati makcik2 yang menonton..:))))
yang sempat akk tonton..Ziana Zain, Mas Idayu dan Fasha Sanda yang tak berubah gaya penampilannya..
yang muda2..akk tak kenal..
Raja Azura..kesian a'hkak tu! kembali ke zaman remaja..walau anak dah dua..sampai tak cukup kain nak pakai!..hukhukhuk
bila sampai giliran Amy search..hurrrrggggg..cukuplah tu..
waa tido dulu erkkk!
sebelum tidor..lupa nak kata yang akk suka Ramlah Ram bertudung..tapi mengubah wajah jadi cun tu yang dah jadi kureng minatnya..hehe
apapun.. tahniah buat double A. Aaron Aziz memang layak pun menang  anugerah bintang paling popular 2011. ABPBH 12 menyaksikan ramai artis baru sebagai pemenangnya.

Sunday, 8 April 2012

plug bulat ke..bersegi..

No comments :
bila sesekali papa melawak..hehe

akk ketawa sampai sakit sakit perut..
kami tengah menonton berita TV1.keluar berita mengatakan..beberapa orang sedang menerima anugerah dari kraf negara kut..tak pasti dari jabatan apa...
perantara sedang menyampaikan berita..bahawa sipolan dan sipolan sedang menerima hadiah wang tunai berserta PLAQUE.




papa terus kata..dapat PLUG bulat ke PLUG bersegi?
akk terpinga2..pandang papa pastu pandang tv..apa maksud papa kata PLUG bulat ke.. PLUG bersegi?
akk jawab. larr.. kan ke PLAQUE tu 4 segi ! akk merujuk pada apa yang terpapar di kaca TV..
selamba aje papa kata..takde larr.. manalaa tau.. kut2 diarang dapat plug yang 4 segi...takpun dapat plug yg bulat..heheh
apa yang papa maksudkan ialah..plug elektrik yang kat rumah tu..
kahkahkahkah..
langsung akk teringat..beberapa hari lepas..kami  berdiskus pasal kesesuaiannya plug yg bulat tu untuk kegunaan perkakas elektrik di rumah.hehe


salah ke.. kalau makcik pakai galaxy note

6 comments :
Salahke kalau taraf makcik pakai samsung galaxy note..
cer jawab yer anak2..
boleh ke tak boleh?
layak ke tak layak?

akk bukan apa..saje je nak meluahkan rasa kecik/sakit hati akk ni pada sorang budak..
budak ni  bukan akk kenal pun. terjumpa kat tepi jalan jer..


akk singgah disatu tempat rawat n rehat di lebuhraya utara selatan.turun saja dari kereta tipon akk ni berderinglah pulak. akk layan ajelah pemanggil tu sambil jalan menuju ke bilik termenung. tak perasan pulak gerak laku akk di perhati beberapa budak perempuan yg menuju ketempat sama.

lama jugak akk menunaikan qadak hajat..hehehe. akk terdengar budak2 perempuan tu berborak sambil bergurau. mulanya ingatkan dia berborak2 biasa aje..sebab akk bukanlah jenis orang yang bizi bodi suka dengar apa bijik butirnya perbualan orang. apa yang akk perasan mereka berborak2 sambil bergurau mengenai talipon bimbit memasing. tetiba ada sorang tu..tercakap..
 ehh..kau tak perasan ke tadi..ada makcik tu pakai samsung galaxy note..
perasan! serentak jawab kawan yg lain..
eh! kalau emak aku yg pakai..aku nangis dulu..
apasal lak kau nak nangis?
malulah aku..bla..bla..bla..

haih..budi bahasa bebudak sekarang..tak sangup nak dengar..emak sendiri pun di umpat.termasuk akk  di umpatnya sekali.
bila akk keluar dari bilik tu.. mereka terkejut terserempak dengan akk. semua terdiam. mesti mereka ingat akk dah keluar. mereka tahu yang akk dah dengar semua apa yg mereka cakapkan. apa yang mampu akk buat..cuma pandang mereka sorang2 dengan senyum dan pandangan bermakna...hukhuk
 pandai orang dulu mencipta  peribahasa ..kalau nak cakap waktu siang  pandang2 lah dulu ye...hehehe


Sunday, 1 April 2012

dividen bank rakyat 20%

10 comments :
Assalaam..
Beberapa hari lepas Bank Rakyat buat pengumuman..