*

Wednesday, 29 February 2012

buat ibu yang hamil..

4 comments :
Assalaam..
Akk copy paste dari blog Orang Muo. Info baik buat bakal ibu ye..

Lakukan Ini Agar Janin Sihat & Cerdas [ Bahagian 1]

Setiap pasangan suami isteri pasti ingin anaknya membesar dengan baik, sihat dan cerdas. Kini sudah bukan perkara yang aneh jika semenjak dalam kandungan, anak telah mula dididik dan dirangsang sejak dari mula kehamilan.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan ibu hamil agar janinnya tumbuh cerdas:

Keperluan Nutrisi

Seorang ibu hamil seharusnya  mengambil pemakanan berkhasiat secukupnya.  Pengambilan makanan  yang mengandungi protein, karbohidrat, dan mineral amat baik untuk janin. Keperluan nutrisi ibu hamil pada setiap trimester kehamilan akan berbeza kerana pertumbuhan janin semakin pesat sehingga jumlah pengambilan nutrisi semakin bertambah.

Untuk mengoptimamkan perkembangan otak pada janin, nutrisi seperti asid amino, AA-DHA, kolin, serta zat gizi mikro seperti Fe, Zn, asid Folat, Iodium, dan Vitamin A sangat diutamakan. Zat berkhasiat ini boleh diperoleh daripada jenis kekacang, sayuran dan juga buah. Jika pola makan ibu sihat dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang, maka seluruh zat bagi calon bayi yang anda perlukan dianggap sudah terpenuhi.

Tuesday, 28 February 2012

kenangan terindah..

3 comments :
Assalaam..
Kenangan terindah dalam hidup akk.. selepas 56 tahun berlalu..
masa berlalu begitu pantas ye..sedar tak sedar akk dah pun melepasi usia emas. Usia yang di nanti2 semua orang..:))
Alhamdhulillah..bersyukur sangat..kerana akk di panjangkan usia dan dapat merasai nikmat hidup dan kemeriahan berkeluarga di usia emas. bukan semua orang dapat merasainya kan?
Masa muda2 dulu selalu berfikir.."sampai ke umur aku ni nak tengok anak2 membesar".  bila anak dah besar fikir pulak.."dapat ke aku tengok anak2 aku berumahtangga". pastu fikir lagi.." dapat ke aku tengok cucu2 aku membesar"..
Alhamdhulillah..semuanya telah akk nikmati dan teramat bersyukur kerana semua yang di rancang sedikit sebanyak telah menjadi kenyataan..insya-Allah..


N3 ni balik kebelakang..
sebenarnya akk nak buat N3 pasal sambutan hari jadi akk tempohhari. bila sibuk2 jadi lupa..gambar pulak dalam kamera anak2.
akk memang rasa seronok sangat dengan sambutan hari jadi yang mereka adakan untuk akk. mereka berpakat2 nak buat surprise kat akk..tapi tak menjadi..kantoiii..papa terbukak cerita..heheh
apa pun..akk sangat menghargai apa yang mereka buat untuk mengembirakan hati akk.
mama/ibu/wan.. sangat sayang pada semua..muaaahhhhhh
makan malam kali ini , mungkin menjadi kenangan paling indah buat akk yang pernah akk rasa..di kelilingi anak menantu dan cucu cucu yang comel dan lucu..

menjadi2..

3 comments :
Assalaam..
semangkin tua makin menjadi pulak..
itulah kata2 orang ..merujuk kepada perangai atau sikap orang tua2..
betulke tak ?
cuba kita fikir betul2..betulke tak? 
tapi fikir yang positif aje tau!
mana tak menjadinya..
tekanan darah.. menjadi2 tingginya..huhuk..
kencing manis..menjadi2 manisnya..ngee..
tetiba..menjadi2 kuat tidurnya..
menjadi2..kuat berjalan.semua ceruk rantau nak di jelajah..
tetiba menjadi malas..kerana badan dah lemah..
menjadi malas nak berfikir.kiranya.. lantoklaa mike!!..
menjadi malas nak berhias diri dan mengurus rumahtangga..
dan macam lagi lah..

yang penting..
menjadi2 melakukan amalan buat bekalan akhirat..Amin.


cik google punya..

Saturday, 25 February 2012

makan makan lagi..

1 comment :
Assalaam..
alahai!!..berat badan dah naik ni !! 
mana taknya..asik makan..makan..makan. kata orang rezeki jangan ditolak kan!!
siapa yang nak tolakkan..kalau rezeki yang sedap2 ada di depan mata. selagi masih boleh makan..makan ajelah..hihi

apam balik muo dgn kopi O kaw..

makan malam semalam..kat seksyen 7. nama kedai tak ingat dah. ada banyak kedai makan yang belum sempat di terokai..heheh


makan malam, malam tadi.. di restoran sari ratu kelana jaya. masakan padang..suka dengan gulai ayam kampung dan kari tunjang.
paling bes sambal hijau.pedas lemak.daripada taknak tambah nasi..kena tambah jugak  sbb nak habiskan sambal tu..


Friday, 24 February 2012

sate muar sedap..

3 comments :
Assalaam..
Kalau balik Muo..tak sah kalau tak singgah makan sate dan beli kopi cap 434. mewah tak orang muo ?..bekpes aje makan sate..
rempah2 seperti mee bandung ..rempah soto..beriyani..kiranya dah popularlaa de seantero malaya..hehe
kedai yang tempat akk selalu makan tu..punyalah ramai orang..pastu susah nak cari tempat paking kereta. papa dah pusing dua kali..masih takde paking yang kosong.
kami pergi pulak menghala jalan balik..kat hujung jalan ada dua lagi kedai makan. alhamdhulillah..
sarapan pagi kami hari ini..dengan sate ayam, sate daging, sate perut dan soto..teh o panas..





Thursday, 23 February 2012

ada permintaan

4 comments :
Assalaam..
Sebelah petang semalam..akk merajinkan diri kedapur comel akk tu..sebab ada permintaan, teringin nak makan sup ayam.
Inilah rupanya sup ayam yang akk masak. tidaklah susah nak memasaknya..


 perlukan beberapa ketul ayam yang di basuh bersih..
2 ketul ubi kentang di bersihkan di belah 4..
1 inci halia yg sederhana besar..
beberapa tangkai daun sup..
5-6 ulas bawang merah..kalau guna bawang besar sebijik saja.*pernah dengar tukang masak kata..klau masak sup kena bubuh bawang lebih..baru sedap..wallahuaklam*
2 ulas bawang putih..
2 sudu rempah *sup adabi*
sebungkus rempah penumis *puteri*
garam,perasa dan bawang goreng serta air secukupnya.

 tumbuk semua bawang dan halia sampai lumat. panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. bila nak naik bau..masukkan rempah penumis kacau sampai naik bau. pastu masukan rempah serbuk..kacau..masa ni kecikkan api takut rempah hangus..pastu masukkan air separuh. masukkan ayam, kentang dan garam. tutup periuk.biar mendidih supaya segala perasa rempah2 resap dalam isi ayam dan kentang.bila  ayam dah hampir masak dan lembut..tambahkan sebahagian air lagi.masaklah sehingga semua ayam dan kentang masak sepenuhnya..taburla daun sup dan bawang goreng.
selamat mencuba dan menjamu selera..:))

balik kampung..

2 comments :

Assalaam..
Awal pagi dah keluar rumah nak balik kampung.bulan ini saja dah beberapa kali balik.nasib baik papa masih lagi boleh memandu dalam jarak jauh.:))
Urusan semalam yang belum selesai..akan bersambung plak minggu depan.
Semuanya berkaitan dgn segala macam cukai penyengelaraan.
 perkhidmatan MPPJ semalam kira ok jugak..tak sampai setengah jam dah siap.
Otw balik dari Sungai Buloh..sempatlah  singgah makan tengahari di Bukit Jelutong. salah satu tempat feveret juga..



menu pilihan kami..
tengah makan terpandang pulak iklan ni.ada sesiapa yang berhajat nak menyertai..bolehlah hubungi talipon yg di paparkan..
akk tolong iklankan percuma aje..

tak selesai jugak..

4 comments :
Assalaam..
Ingatkan boleh selesaikan semua urusan hari ini! nampaknya kenalah sambung lagi urusan minggu depan pulak..huhu

kat sinilah tempat akk selalu jadi penunggu.. menunggu kereta..kalau2 lah perlu di alih atau di gohed gostan..hehe.
berapa lama jadi penunggu..bergantung pada orang yang di dalam tu..huhuh 

akk pun tak paham kenapa banner ni di cetak secara menegak..bukan melintang. sampai telengla kepala nak membacanya. agaknya orang2 usahawan ni memang kepala teleng kut..hihihi

Dulu jabatan ni di kenali dengan nama LPKP..bila menteri bertukar..nama pun bertukar jugak.
SPAD.. kali ni macam mudah dan cepat sikit urusannya..tak sampai sejam siap semuanya..
Malaysia kan memang boleh!!
apa kene mengena pulak ekk?

pergi pulak persint 11, ambil barang yg di tempah dari seorang kawan.kawan akk menyambut dengan senyuman yang manis berseri bak sekuntum bunga rose diwaktu pagi. mentang2 la hari2 tengok rose..senyuman honey pun akk nampak macam rose..hehe. apa yang akk tempah ada di sini..

jumpa lagi..

Wednesday, 22 February 2012

rabu yang bz

6 comments :
Assalaam..
bizi lagi..
LPKP..Putrajaya..Taman Bukit Kinrara..MPSJ..Sungai Buloh..Puncak Alam..
Sempatke ni..dalam masa sehari..
perlu di bereskan segera dong!! huhuh



Malam.
Sambung lagi membaca Quran beramai2..buat arwah suami kawan/jiran. semalam selesai baca hingga juzuk ke23. malam ini ..insya-Allah..kami akan khatam.

Tuesday, 21 February 2012

ole ole cameron highland

8 comments :
Assalaam..
Alhamdhulillah dapat akk bersiaran lagi petang ini..
minum petang dengan selera kampung dan hirupan haruman  tea dari Cameron Highland.
jom jamu selera..
keledek rebus dan tea Cameron Highland yang Oya bawa balik dari bercuti di Cameron Highland..



Monday, 20 February 2012

birthday akk makan2 lagi..

4 comments :
Assalaam..
selamat bertemu kembali...
 sejak kebelakangan ini mood akk nak berblog tetiba hilang. nak kata akk sibuk..tak sibuk mana pun..saja buat2 sibuk. 
cepatnya masa berjalan..macam tak sedar yang bulan febuari dah nak habis dah. Bulan febuari kan bulan kelahiraan akk..hehe
macam biasa..anak/menantu/cucu akk selalu buat majlis kecilan sempena besday akk.selalu buat kat rumah aje..kali ini kami anak beranak makan2 kat luar lagi. di tempat yang sama di sini..


pemberian dari anaknda anaknda semua..
dari ai n nadia.
tak sabar akk nak ke spa..

anas nora dhani affan

sham illa phia aya affy meen

oya nazery

Thursday, 16 February 2012

anak siapalah ni..

8 comments :
Assalaam..
Kesian..memang kesian..anak siapalaa budaak perempuan ni..
pada masa kanak2 lain seusianya pergi kesekolah di hantar olih ibu atau bapanya..kanak2 perempuan ini pula sibuk melarikan diri..
lari dari siapa ye? tak pasti pulak akk!
awal pagi selepas cucu2 akk kesekolah..akk ada melihat kelibat seorang budak perempuan duduk mencangkung, terbongkok2 seakan mengintai seperti budak main sorok2 di hujung jalan rumah akk.
selepas beberapa jam..dia masih kat situ..
akk dan jiran sebelah buat2 bz bodi sikit, tanya..apa dia buat kat situ? dari riak air mukanya..seolah budak ni dalam ketakutan yg amat sangat..
akk dan jiran cuba pujuk dia..tanya kenapa dia lari..rumah kat mana..mak nama siapa, tak sekolah ke..tapi dia diam aje. akk dan jiran akk dah dapat rasakan ada sesuatu yg tak kena dengan budak ni. kami preksa badannya..ada banyak kesan kudis baru dan lama di bahagian kaki dan tengkoknya. bila kami sentuh nak pelok dia..dia meronta2 sekuat hati nak melepaskan diri..tapi langsung tak menangis maupun bersuara..
mulanya akk ingat dia oku. bila akk dan jiran akk pujuk dan nangis kerana sedih melihat keadaannya yang tak terurus dan kata..dik! kalau adik takut balik rumah..mari ikut makcik balik! dia terus diam dan tak meronta lagi. pastu dia kata..nak balik rumah..
boleh pulak budak ni bercakap!!
akk dan jiran akk ikut dia dari belakang.. kemana arahnya budak ni nak pergi.sampai depan rumah dia..dia tak berani nak masuk.. cuma berdiri kat luar pagar.
akk tanya jiran yang hampir dengan rumah budak tu. mereka pun tak berapa kenal siapa jiran mereka..huhuh
bila dah heboh pagi tu..macam2 versi cerita timbul..hiiiii..cam ngeri bunyinya..

 akk sempat curi gambar..masa dia balik kat simpang rumah dia..

 entah apa yang dia nampak..sepantas kilat dia patah balik lari ketakutan..

lepas kami pujuk2..baru dia nak balik rumah..itu pun duduk kat luar pagar aje. lama juga tunggu..tapi takde siapa pun keluar dari rumah tu.
apalagi..kami talipon ler pihak berwajib..



Tuesday, 14 February 2012

medan selera baru kami..

6 comments :
Assalaam..
N3 pasal makan2 aje..
tempat menjamu selera kami yg terbaru ..
di polpero fish & steak..
kedai makan ni kat area rumah kami. selalu lalu lalang depan kedai ni..tapi belum ada keinginan untuk singgah makan..sebab tak pernah ramai pelanggan. kalau ada pun 3-4 meja saja yang penuh.andaian selalunya..kalau ramai pelanggan..masakannya mesti sedap kan..begitu sebaliknya..
ternyata andaian kami salah..hehhe
sedap tau masakannya!! harga pun boleh tahan..harga patut!!
ada banyak menu..harus mencuba kesemuanya..



on my birthday..Ai n Nadia datang..belanja makan
kat cili padi seksyen 7. masakan kat sini pun sedap dan menjadi pilihan kami..kalau malas nak pergi makan kat tempat yang jauh.
menu pilihan selalu nya..
kuay tiew kungfu dan char kuay tiew..
hirup kuah sampai licin..sedap u..

sehari selepas tu..jalan2 dengan Oya ke Sogo.. n belanja makan di manhathan fish market. lama rasanya tak kesana..


menu yang baru kami cuba..kupang yang di simbah krim.. makan dengan roti pranchis..pergh!!! rasa macam nak makan lagi..hehe






Friday, 10 February 2012

selamat tinggal tahun ke56

7 comments :
Assalamualaikum..
Hari yang penuh barokah ini akk sambut dengan penuh kesyukuran kerana di beri peluang lagi menikmati kehidupan seterusnya..insyaAllah..
Dalam usia macam akk ni..dah takde apa yang akk fikirkan..kecuali menanti hari2 yang akk sendiri pun tak tahu bila akan sampai..
apa yang akk perlukan hanyalah ketenangan dalam hidup..membuat kerja dan aktiviti yang akk suka dan mendatangkan kebaikan..
yang lebih penting..akk rasa bahagia sangat di kelilingi anak2 yang faham dengan kerenah dan ketegasan  akk dan seorang suami yang sangat membahagiakan dan sangat toleransi dengan akk..
agaknya semua ibu bapa seusia seperti akk..sangat rindukan suasana semasa anak2 masih kecil. kalaulah masa lalu itu boleh di ulang kembali..alangkah cantiknya lanskap kehidupan akk..
sekarang ni pun akk sedang mencorakkan lankap kehidupan akk yg seterusnya.
kehidupan harus di teruskan..


kami ke fraser hill part 4

3 comments :
Assalaam..
selamat pagi jumaat.
N3 bergambar ajer..






cafe kat hotel tempat kami breakfest





Thursday, 9 February 2012

kami ke fraser hill part 3

4 comments :
Assalaam..
Bertemu lagi..
Cuaca kat sini.. tidaklah sesejuk cuaca kat London..cuma suam2 sejuk aje..heheh
tapi cucu2 akk dah terasa macam kat london..siap bawak baju tebal lagi..hihhi
Nak makan..susah jugak. orang tak ramai..kedai makan  pun tak banyak.
tengah hari kami makan di sebuah kedai makan di tepi masjid.
masakannya..orang putih kata..can do lahhh..dari tiada bioler ada..
sebelum bersiar sebelah petang..singgah minum petang di satu kedai makan.

 mak ai!! sekeping lempeng kelapa, papa kata.."dok celah gigi aje" RM2..huhu

apa nama minuman ni ntah! sesedap rasa jer..tak berbanding dengan rega..

sebelah malam..makan pulak di kedai sebelah kedai yang jual lempeng tu. ada dua buah kedai melayu aje pun, satu kedai lagi yg non muslim.
kami mengoder makanan western food..kecuali papa oder nasi putih sup ayam.
semua makanan western food habis..yang ada cuma goreng gorengan. ramai nampaknya pelanggan yang belum dapat makanan.
 papa kata ..lebih baik oder nasi dan sup..cepat sikit. nak tunggu..ramai lagi yang belum dapat..
so..kami oder nasi putih sup tulang.
tunggu..punyalaa tunggu..akk dah rasa macam " bio ajelah akk yg masak sendiri !!!" makanan tak sampai2..hukhuh. dah nak masuk 1 jam dah..makanan tak sampai lagi nih !!
akk rasa badan akk ni dah hijau dah !! grrrrrrrm..


lebih 1 jam menunggu..barulah dpt makan..nasi putih sepinggan..sup tulang seketul sorang..huhu
masa oder..mintak semangkok sorang..

affy.. baru dapat makan kentang gorengnya..


inilah restorannya.yang pakai epron tu..dialah tukang masak..dialah jugak tukang hantar makanan..kekadang dia jugak amik oder.sabor ajelah!!!
along kata..eloknya restoran ni tukar aje namanya kepada.. " restoran sabar menanti "..hihih

akk dan Nadia rasa macam tak puas makan. kami berempat singgah direstoran..hotel tempat kami menginap.