*

Thursday, 29 December 2011

hari khamis akk..

7 comments :
Assalaam..
Selamat hari khamis yang manis..:)
Entah apa angin orang dua beranak ni..menjerit2 bergurau main gusti..ala-ala sumo..sib baik masih pakai sopan lagi..hehe..
macam inilah atuk dan cucu yang suka bergurau..gamat rumah dibuatnya. mereka saling ejek mengejek..bergurau sampai berpeluh satu badan. memasing tak nak mengalah..dua2 nak menang..


nak meredakan gurauan dierang..akk ajak keluar...
- pergi tukar kipas yang terbakar kat kedai di shah alam aje..
- pergi cimb PJ nak ambik cek book papa. jem giler..gara2 ada austin mini terkandas di tengah2 jalan. tuan dia relek aje duk bawah pokok..
- sementara tunggu papa dalam bank..akk duduk dalam keter. mak aii..sedapnya tertidur..sampai papa masuk keter pun akk tak sedar.  Ya Allah! awak tidurke? dengan pintu yg tak berkunci..henbag atas pangku..kalau nak berlaku sesuatu..bila2 aje tau! ( akk ni pantang masuk kete..nak terlolap ajo mato den nih..heheh)
- balik singgah Giant seksyen 13, cadangnya nak beli tudung. tak jumpa pulak yang sesuai..huhu
- singgah makan tengahari kat kedai makan sebelah kedai bakery bagus yang fofular tu..
- dalam perjalanan balik rumah..nampak pulak ada gerai jual durian kat depan shah alam mall. Dhani beria nak makan. papa beli..3 bijik rm10. sampai aje rumah bila bukak..hampeh!!!..sesuai buat kuah aje!!!

tengah pasan terik..memilih durian..akk duk dlm kete aje..sib baik den tak raso nak terlolap..heheh

hari rabu akk..

3 comments :
Assalaam..
Petang selasa Oya bawa balik buah cempedak, pelanggan bank yg bagi..katanya. Ibu goreng.. pagi nnti adik singgah amik..nak bagi bos.
malamnya.. papa balik bawa buah cempedak juga. Apa hal pulak derang ni.. dua2 pikir pasal buah cempedak? rupanya..sebelah pagi akk smbil kemas rumah..berangan dan teringat nak makan buah cempedak. tak terfikir pulak apa yang akk fikirkan..boleh sampai kepada fikiran derang..hihihi


Pagi ni..bekpes dengan cempedak goreng. yg tapau..tapau jugak.yang tinggal tak sampai 5 minit licin!..hehe


malam..ada mesyuarat kumpulan marhaban plak. biasanya..kami bincang2,melaporkan aktiviti dan laporan kewangan aje tanpa minit mesyuarat. kali ini..ada ahli yg nakkan minit mesyuarat yg lepas. dpt call jam 4pm..nk mesyuarat jam 9pm, apa yg akk dpt buat?


inilah keputusannya..
nak taip merangkap jadi perangkap..jauh tu antara M dengan P..

yg ni boleh lagi di terima..I dengan U kan dekat2 aje. saje akk taip huruf besar..bio senang makcik2 nak baca..kut2 terlupa nak bawak teropong..heheh

hari selasa akk..

2 comments :



Assalaam..
Mulai hari ini bermulalah aktiviti tahunan kami. aktiviti wajib! pergi puncak alam..settlekan  semua bil2 rumah yang akk  'pinjamkan kat orang' yang tertanggoh untuk tempoh setahun lalu..huhuh
maintenance..s/fun..syabas nak kena buat meter individu plak! tolak, tarik..takde untung pun. nak jual..nilai statik kat situ aje.huhuh




Dhani,kalau duduk dalam kereta lama2 jadi boring. Dah letih dengan play stationnya..mulalah dia mengusik atoknya..

- atok! cuba atok naikkan kolar baju atok!
* nak buat apa?
- nanti kita naikkan! sambil tergelak dia menarik kolar baju tshirt atoknya keatas..
* ala!!.. atok geli/rimaslah!
- biar laa atok..kita nak tengok..macamana rupa atok kalau jadi macam samseng taik kuching..kihkihkhi.kami tergelak besar..hahahhah
@ apa tu Dhani.. samseng taik kucing?
- mana kita tahu! kita tengok dalam TV..samseng taik kuching pakai baju macam itu!
hahahahahaha



hari isnin akak..

2 comments :
Assalaam..
hurrayyyyy..public holidayyyy...
macamlaa akk ni keja gomen..suka kalu taim cuti..heheh
mesti laa suka..papa ada masa kalau nak di ajak pergi bersantai2. kebetulan pulak Ai ajak lunch kat rumah dia. Dia pun baru saje pindah kerumah yang baru di belinya. kami  anak beranak pakat2 datang..
Sedap masakan DIL akk..sape nak pujikan ..kalau bukan MILnya sendiri..terutamanya sambal cicah kerang bakar. Papa kata.. terbaik punya..kalah sambal cicah ikan bakar jeram!
Sambal tumis DIL akk yang seorang lagi pun sedap! cicah ubi rebus..perghhhh..sape2 lalu pun akk buat2 tak nampakkk..takut dia mintakkkk!!! hehehe


 lupa nak klik gmbr..jadi akk pinjam cik google punya dulu..


Sebelah petang jalan2 dengan papa pergi The Curve. Apa sangatlah nak kesana ye..bukan ada apepe pun..cuma tengok pokok krismes aje..
Jalan2 lagi.. jumpa kedai pak habib pulak. alamak! tawarannya  sangat hebat laa! rugi kalau tak ambik peluang. potongan sampai 70% yuuu! huhuhuhu. Nak rebut peluang ke tak?..rebut jangan tak rebut ! boleh jadikan aset kan?..simpanan untuk masa depan..:)


pinjam cik google punya..

Wednesday, 28 December 2011

hari ahad akk..

8 comments :
Assalaam..
Hari ahad akk yang lepas..duduk2 bersantai aje kat rumah. menunggu tetamu, tetamu tak jadi datang. ada jemputan, tak dapat nak pergi.. gara2 menunggu tetamu yang tak jadi nak datang..huhu
Nasib baik semua penghuni  ada dirumah, taklah terasa sunyi sangat. kalau tak, akk dah cabut kaki..pergi ntah kemana2..hehe.
Pagi Oya yang buat bekpes. air tangan pertamanya selepas bergelar isteri..



Akk macam biasala..klau dah takde kerja nak buat..buat2lah kerja menyibukkan diri..alih barang, dari sana kesini..alih pulak pasu bunga, dari sini kesana..tak kisahlah..buat apa2 kerja..janji badan keluar peloh..

 pokok rose yang akk asingkan dari yg lain kerana tak mahu terjangkit dengan wabak penyakit. tengah musim luruh bunga..tu yg nampak daun aje..



habis daun dan bunga berlubang..dibaham si kumbang jahanam..


pokok rose ni yang paling rajin berbunga masa duduk kat rumah lama..
bawak pindah, dah jadi togel macam pokok kektus..huhuh

Dividen & Bonus ASB 2011

4 comments :
Assalaam..
Pemegang unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, berbanding 7.50 sen tahun lepas.
Seramai 7.3 juta pemegang saham, termasuk akk la tu.. yang kini memegang lebih 95.9 billion unit ASB, akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

meriahnya hari sabtu akak lagi..

4 comments :
Assalam..
Bersambung kisah pergi kenduri kawen anak ' Kakak chantek '..

Sedang kami bersiap2 nak balik, kereta Zana pulak terbenam dalam selut. sekarang ni kan musim hujan..tanah pun jadi lemau..heheh.
Dalam hujan renyai..kaum lelaki bergotong royong membantu mengeluarkan kereta . disebabkan tanah yg licin dan tak cukup power kut..susah jugak kereta tu nak di gerakkan. Dengan bantuan sebuah kereta pacuan 4 roda milik jiran Kakak Chantik, barulah kereta Zana dapat di keluarkan. Alhamdhulillah..
Mungkin kejadian ini membuatkan Zana merasa sedih kerana sedikit sebanyak menjejaskan kenderaan kesayangannya..namun akk merasakan ada hikmah di sebaliknya..kerana melihat kami semua bersatu membantu Zana dan suami. Beruntung kakak chantik dapat berjiran dengan seorang yang sanggup membantu bila di perlukan..


Sunday, 25 December 2011

meriahnya hari sabtu akk..

4 comments :
Assalaam..
Hari sabtu akk penuh dengan aktiviti yang meriah kerana  undangan majlis kenduri kawen, marhaban, bertunang. Alhamdhulillah..semua undangan sempat akk penuhi. kesemua majlis tersangatla happening..tapi majlis yang paling happening..majlis perkahwinan anak ' kakak chantek ' Liana kakak kepada Hanis Zalikha. Akk mengenali mereka melalui kakchik@ella yang sangat peramah..




  kakak n adik2..

yg ni pulak..ibu n anak2..

bersama blogger yg baru akk kenal..Zana..:)



tetiba tersentuh..

4 comments :
Assalaam..
Bila dengar aje lagu ini..tetiba aje hati akk tersentuh..huhuh

Saturday, 24 December 2011

jumpa rakan blogger

8 comments :
Assalaam..
Apa lagi yang boleh memberi keseronokan dan kebahagian pada kita ye..melainkan, kita di kelilingi orang yang kita sayangi dan senangi..:))
Itulah yang akk rasa bila dapat bertemu dengan rakan blogger..ceritanya tumpang cerita Kakchik@ella la ye..hihi 
Aktiviti riuh rendah kami...dapat menghilangkan stress akk  buat seketika..:)
Kalau selalu ada majlis begini kan ke seronok!

Friday, 23 December 2011

kemana tumpahnya kuah..

9 comments :
Assalaam..
Kemana tumpahnya kuah...kalau tak ke nasi kan?
pandai betul orang dolu2 buat bidalan..


Thursday, 22 December 2011

usana..

6 comments :
Assalaam..
Aktiviti selingan..

Sudah 2 bulan akk makan product Usana ni. Alhamdhulillah..kesihatan akk bertambah baik..

Sebelum ini..papa yang makan dulu..dari segi kesihatannya..banyak perubahan berlaku. Tekanan darah dah stabil..tiada kencing manis..papa pun nampak lebih awet muda..hehe ( kawan2 yang perasan )walau berat  badan tak banyak berubah..yang penting papa sihat..alhamdhulillah..

Akk pulak..belum banyak sangat perubahannya..sbb baru saja makan Usana ni kan... Apa yang akk perasan..tenaga/stimina akk bertambah. Kalau tidak dari mana datangnya kekuatan akk untuk menguruskan majlis perkahwinan anak akk tempoh hari..dlm masa yang sama akk berpindah rumah pula. Dalam masa seminggu saja..semua mesti siap sedia untuk majlis tersebut. Alhaamdhulillah..dengan izinNya..semua selamat..dan akk bertambah sihat..

dua jenis makanan tambahan asas..

tambahan vitamin ikut pilihan..

syarikat paling top.pilihan majalah bukan milik sendiri tau !


Saturday, 17 December 2011

sembang dengan cucu..

7 comments :
Assalaam..
Sebelum taip N3 ni..akk sengeh dulu...ngeeeeeee..
Rasa nak tergelak..bila terkenang perbualan akk dengan cucu sulong akk beberapa hari lepas. .
 ~ Umur Dhani 8 tahun ~ sepanjang cuti sekolah ni dia duduk dengan akk..


* Dhani!.. Dhani duduk/tinggal dengan Wan ajelah ye..
- kenapa pulakWan?
* Wan dengan Atok sunyilah..tinggal dua orang aje. Kalau Dhani ada, boleh Wan n Atok cakap/cerita dengan Dhani..takdelah Wan n Atok sunyi sangat..
- Ucu mana..Ucu kan ada?
* Lorr..Ucu kan dah kawen..dia ikut suami dialah..dia balik pun sesekali aje..
- anak Wan yang lain mana ?
* anak Wan kan semuanya dah kawen..semuanya dah duduk rumah sendiri. Wan mana ada anak lagi..
- kenapa Wan tak beranak lagi? beranaklah lagi Wan!
* hadoiiii yai..budak niii!..sabo ajelaa...hehehhe...
 atok dengor pun tersengeh...hukhukhuhk

Thursday, 15 December 2011

pesta makan durian..

5 comments :
Assalaam..
Selamat tengah malam..
Baru balik dari Puncak Alam..jumpa student yang menginap di rumah akk. Rupanya senang berurusan dengan student kan..tak pening pala. " Akk datangla 3 bulan sekali..kami bagi advance..kami ni susah nak keluar kak..malas nak pergi bank.."
hohoho!..bolehke kita amik duit sewa dulu/awal? Dah orang nak bagi kan..akk ambik ajelah. semuga di permudahkan segala urusan student tu belajar kerana mereka telah memudahkan urusan akk mengutip sewa rumah.. :)
Dalam perjalanan balik..nampak pulak gerai durian. Macam meriah aje gerai durian kat sini..kat pasar malam seksyen 7. Papa ajak simggah makan. Padahal baru semalam makan durian di Sri Muda. Makan Durian " Musang King " lagi U !

Papa kata..kita makan durian kampong pulak..
'ahaaaa..laa...baru rasa makan durian...ada rasa!..ada bau!
" Musang King " ada rasa...takda bau! mana sedap!


gerai..betul2 depan pintu masuk ke ICT

dah macam gerai makan plak. banyak meja di bukak..tapi x cukup..ramai lagi yang Q.
apa kata kita jual durian pulak!!!

Wednesday, 14 December 2011

jom kita berehat..

5 comments :
Assalaam..
jom kita berehat kejap dalam taman ni. bangku ada di hujung taman tu..silakan!
kita lepaks sambil menghirup udara segar..
1..2..3..tarik nafas..turun nafas...ulang2 banyak kali...
 pastikan persekitaran anda sekarang berbau harum bila anda melakukan aktiviti nie ye...heheh
kang ada pulak yang berbau petailah..
bau longkanglah..
bau hanchinglah..
hapaklah..
mau fengsannn oiii..

Tuesday, 13 December 2011

hopeless

4 comments :
Assalaam..

Selama 56 tahun ini..seingat akk, belum pernah ada sesiapa bertanya..
 rose! kau menangiske?
kalaulah ada yang bertanya.. dah tentu akk jawab..
ye! akk sedang menangis nie...
kenapa kau menangis rose?
ada kau kisah ke..akk menangis ke tidak!

Monday, 12 December 2011

majlis kawen

6 comments :
Assalaam..
Ke majlis kawen lagi..
Kali ini majlis bertandang kerumah pengantin lelaki..majlis buat didewan apa ek? lupa plak.. ala depan IJN KL tulah..
Pengantin perempuan, anak kawan/jiran setaman rumah lama di seksyen 17.Pengantin perempuan pun sama sekolah dengan Oya.
Akk ni pantang kalau orang ajak pergi nganto pengantin..sanggop aje..sbb suka berjalan..nengok2 tempat dan cara orang..hehehe
hari ni aje..3 majlis akk pergi..





Sunday, 11 December 2011

hati terbakar..

5 comments :
Assalaam..
Selalu gak dengar orang merungut..kalau tengah marah, sebut "hati aku tengah terbakar ni dengan sipolan...blablabla...."
takpun sebut "terbakor betul hati aku ni nengok sipolan..blablabla..." hehehe
kalau betul hati tu terbakor..macamana ler ghupanya ye..

macam ni ker?
Akk mengingatkan diri akk..janganlah cepat sangat membakor hati sendiri..dan juga  mengingatkan orang lain ..janganlah suka membakor hati orang lain. Kalau dua2 dah terbakor kan susah nanti..langsung takde hatikan!!
jadi jagalah hati memasing..jangan sampai terbakar ye!!!!

Saturday, 10 December 2011

nak tumpang glamer kejap..

9 comments :
Assalaam..
Siapa yang tak nak tumpang glamer bergambar dengan artis kesukaan mereka kan? tak terkecuali dengan akk..hehe
Nampak aje kelibat artis kesukaan..pasang niat dah..mesti nak ambik gambar..hehe
Itulah yang terjadi siang tadi. Akk menghadirkan diri, memenuhi undangan ibu saudara Ziana Zain *saudara kembar ibu Ziana zain* yang dulunya pernah menjadi jiran akk..kemajlis perkahwinan anak perempuannya. Kebetulan sebaik saja akk selesai makan, akk dah nampak kelibat Pak Zain. Klau ada pak Zain..mesti ada Ziana Zain. Apa lagi..akk pun paksa papa jadi *papa razi..heheh

 gmbr kenangan bersama tuan rumah 

manis nya senyuman pengantin...

Ada mirip Farah Fauzana tak?

2 comments :
As salaam..
Puan sebelah akk tu ada ke iras2 Farah Fauzana, pengancara melodi..*bekas kot.. sbb dah lama akk tak mengikuti rancangan popular tv3 tu *

Mestilah samakan..inilah bonda Farra Fauzana,  Puan Faridah..
Kami pernah tinggal sebagai jiran di Subang Jaya..dan akk pun pernah berkerja di tempat  yang sama dengan ayah Farra Fauzana, En.Fadzil Latif.
Kami berkawan rapat sebagai rakan sekerja dan sebagai jiran juga..

Gambar ini di ambil semasa bonda Farra Fauzana hadir meraikan majlis perkahwinan Oya.. 



Friday, 9 December 2011

tetamu pagi jumaat..

6 comments :
Assalaam..
Selamat pagi jumaat yang membawa berkat..


Sejak berpindah kerumah  nie..ramai pulak tetamu datang. Jiran baru..kawan2 lama dan baru singgah bertanya khabar.. Alhamdhulillah rezeki rumah baru..
Tetamu akk hari ini, Puan Siti dari Subang bistari..

Siti singgah nak ambil blu-tack yang di pesan, nampak cupcake fabric akk kat dlm rak tu.. terus rembat 8 bijik..

Tuesday, 6 December 2011

jom kita berniaga lah pulak..

18 comments :
Assalaam..
Merajinkan diri blogwalking. Syoknya bersantai di Syoknya Santai..

Tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam
Sekarang ni terlalu banyak online shop yang wujud. Mungkin setiap hari muncul 1 hingga 10 orang mengusahakan perniagaan secara online. Kalau diizinkan nanti, nak jugak aku buat survey dalam sehari berapa banyak blogshop yang wujud. =D Tak salah nak meniaga, Islam juga dah memberitahu 9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Semakin hari semakin banyak persaingan. Macam-macam cara peniaga nak lariskan perniagaan tapi kena lah ikut syariat Islam (bagi yang beragama Islam).

Sebelum tu nak citelah sikit, kadang-kadang aku terpikir tentang kedai makan yang selalu dikerumuni pelanggan tak kira masa. Tempat duduk memang full sentiasa, sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu pelanggan lain siap makan untuk ambik turn makan. Macam tu sekali penangan kedai makan tu. Ada jugak aku dengar dari orang-orang tua lah. Kalau kedai atau restoran tu penuh dengan orang, maknanya empunya kedai ada mandrem la ataupun ada satu istilah lain, tak ingat pulak ape istilah tu...Yelah, mana taknya. Kalau ikotkan bukan sedap sangat pun makanannya. Atau mungkin salah satu faktor suasana kat restoran tu memang selesa, layanan pun memang tip top. Tuhan saja yang tahu. Yang penting, kita makan makanan halal.hehehe.

Kat bawah ni tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam yang aku cedok dari SINI.

1-Beristiqamah (berterusan) Dalam Melakukan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertauba"t (hadis tarmizi)


2-Selalu Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma'thur
  
3- Beristiqamah (berterusan) dalam melakukan amalan Surah Al-Waqiah setiap malam

        sabda Rasullah "sesiapa membaca setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusuhan atau kemiskinan selama-lamanya" (diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Masud r.a)

      sabda Nabi s.a.w "barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua"


4-Amalan Bismillahirrahmanirrahim
Membacanya 1000x selepas Solat Asar secara berterusan dengan kusyu' dan khudu' serta memahami isi maknanya


5- Boleh Meruqyahkan (Menjampi @ Terapi) Dengan  Ayat-Ayat Ruqyah Pada Bahan-Bahan Atau Produk-Produk Yang Ingin Dijual 
 Boleh google atau cari buku nya kat kedai buku.


Selamat Beramal!!!  

Sunday, 4 December 2011

bahagiake kita?

7 comments :
Assalaam..
Selamat berhujung minggu..
Kenapa kita rasa tak bahagia ?
Dalam satu program TV3 yang akk tonton..seorang ustazah.. tak ingat namanya pulak..sbb akk menonton sambil2 kemas rumah. Ustazah tu kata..kalau nak rasa bahagia..ada beberapa perkara yang kita kena elakan. akk tulis apa yang melekat di ingatan akk semasa mendengar ceramah ustazah tu..
elakkan diri suka :-
- mengumpat
- mengeluh
- menyesal
- merungut
dan ada beberapa perkara lagi..
camna tu ekk?
kita sama2laa fikirkannya..

pastu apa yang kita ada..kita  beri ..pastu kita dapat balik..
camna tu?
kalau semua perkara yang ada pada diri kita nagative.. benda nagative lah yang kita beri atau persembahkan pada orang. kesannya..benda nagative juga yang kita dapat sebagai balasan..
benda ni untuk mengingatkan diri akk sendiri supaya sentiasa berfikir positive dalam apa juga keadaan..supaya akk merasa lebih bahagia..insyaAllah..Ameen..

Saturday, 3 December 2011

Dua benda akk dapat..

4 comments :
Assalaam..
Selepas pindah rumah hari tu..beberapa minggu akk tak berblog. Sibuk, sebabnya.. majlis kawen satu hal..hal lainnya sebab takde line internet. Terasa dunia  ini sepi tampa internet..hhuh. Nak buat macamna kan..bukan tak boleh melanggan broadband..tapi saja je..tanggoh dulu hingga majlis selesai.
Selesai majlis..papa ajak pergi cari broadband. papa kata.. " risaulah  tengok muka awak ni monyok aje! tak dapat berinternet laatu!! " kebetulan aje akk monyok sbb kepenatan. Orang dah ajak..apa lagi..bagai dah mengantuk di sorongkan bantal laa akk..hehehe.
Kami ke Plaza Alam Senteral, tinjau2 kedai talipon nak melanggan broadband, jenama apa yang paling laju agaknya ye? celcom, maxis dan P1 semua akk dah pernah cuba, tapi tak boleh lawan dgn kelajuan  tm streamix..
Apa kata cuba Umobile plak! bayar deposit RM100..bulan2 bayar RM58..
Joommm!! kita berinternet!!!
"Laju gileerrrrrrrrrrr... broadband ibu nih!!"  kata Oya...heheh


Pagi sebelum majlis resepsi sebelah lelaki..sempat juga akk ke Jusco Bukit Raja..tujuan nak cari barang keperluan peribadi papa. Bila nak buat bayaran..jusco kad akk pulak hilang, terpaksa laa buat kad baru. Sementara menunggu adik cun n peramah yang tersenyum malu kerana ada seorang abang yang mengorat dia..akk ambik peluang tanya dia.." dik..boleh tolong semak mata ganjaran akk ada lagi ke tak? "
Huureeeyyyy!! manyak tu!! ada RM140 lagi. bulan Jun tahun lepas akk dapat claimed RM70. Alhamdhulillah....limpahan rezeki Allah SWT yang tidak terduga...



 Apa lagi..akk nyopping sakan lah dik oiiii!!

saje nak promo sikit..

2 comments :
Assalaam..
Selamat malam semua..semuga anda semua bahagia bersama keluarga..
N3 malam ni..nak promo pelamin buaian dari make a wish babies. Pasangan Ashraf dan Yani yang gigih menghasilkan rekaan buaian dan pelamin yang sangat cantik ini..adalah jiran lama akk semasa akk tinggal di Sunway Kayangan. Hasil kerja tangannya sangat cantik dan harganya pun berpatutan.Mereka mengunakan bunga bungaan segar sebagai hiasan. akk sendiri sudah 2x mengunakan khidmat mereka untuk majlis perkahwinan anak akk. memang puas hati...

majlis berendoi anak puan suraya di seksyen 9 shah alam

kalau ada cucu lagi..teringin nak berbuai kat dalam tu..heheh

banyak isinya dalam beg tu..comel dan cantik semuanya..

Friday, 2 December 2011

6 comments :
Assalam..
Pagi semalam dapat sedikit semangat untuk membuka FB.. langsung berblogwalking. Awal pagi  kakchik dah  telefon bertanya khabar, graf semangat akk terus melonjak naik, setelah sekian lama merudum jatuh kedalam gaung..susah untuk akk bangkit memulihkan semula semangat diri ini..hihihi. rupanya..masih ada juga teman yg ingatkan akk..:))))
akk merepek sekejap erkkk!
sayang kakchik!!..muaaaaaahhhhhh...


Kunjungan kakchik bersama kak nani kerumah membuatkan akk rasa gembira sangat. Dapat akk berkenalan dengan "Kakak Chantek" itulah panggilan kakchik untuk kak nani. Seronok  bersembang dengan mereka berdua..terasa serasi bersama..

sedihnya..

3 comments :

Assalam..
sejak berpindah rumah..pokok rose akk seakan merajuk..huhuhu..
Habis semua togel di mamah sang beluncas yang melahapnya pada waktu malam.Bagun pagi aje tengok semua daun berlubang2...edih betul akk. masa bawak pindah aritu..semua pokok dalam keadaan sihat walafiat..gebu gebus..pelahap betul beluncas ni memakan daun2 muda.walaupun daunnya dah rompong dan togel..tapi pokok rose akk tetap berbunga..