*

Wednesday, 26 October 2011

salah siapa agaknya...

8 comments :
Salam..
Beginilah sikap remaja zaman ini. Tak menghargai nyawa sendiri. Bukan saja remaja lelaki yg suka merempit..remaja perempuan pun sama. berani sungguh dia ni..dahlah lalu jalan besar..tak pakai topi keledar..merempit laju bagai halilintar. ntah ada lesen ke tidak agaknya. bila berhenti kat trafik light, papa tegur..dik! tak takut ke..kalau terjumpa polis nanti! sambil  menjeling..boleh dia kata.. belahhh lahhh....
salah siapa agaknya.. bila remaja bersikap begini ye?

pakaian luar cantik dah! 

Monday, 24 October 2011

bz lagi ..part 4

16 comments :
Assalam..
Akk baru aje balik dari mengedarkan kad jemputan untuk kaum keluarga terdekat. tak habis lagi..bersambung esok pulak dan seterusnya untuk sahabat handai, rakan taulan, teman rakan..dan jiran tetangga. harap dlm minggu ini selesai semua urusan pengedaran kad jemputaaan..


Bab gubah mengubah bunga dah hampir siap..tinggal beberapa gubahan  lagi yg belum siap dan yg perlu di touch up..



2 comments :
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. -Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


Berita ni keluar kt surat khabar bebrapa hari lepas. akk perasan jugak, selepas akk buat rawatan spa ni..kaki akk bermasalah, keliling tumit akk merekah dan berkudis. masaalah sama juga di alamai anak akk. terlintas juga di fikiran akk, masaalah kaki kami mungkin di sebabkan spa ikan ini. dah macam ubat kami sapu..baik sekejap, pastu tumbuh lagi. Tapi.. papa ok aje..tak kena pulak..




gmbr pinjam cik google



stress

No comments :
Salam..


kebiziaan akk sudah berkurangan..papa pula demam dan pening..stress la tu!. Papa memang tak boleh dlm keadaan stress..kesihatannya akan cepat merudum. lain pulak dengan akk..lagi stress..lagi ligat akk buat kerja. klau takde kerja rasa sakit dan letih seluruh  badan..hehe

Thursday, 20 October 2011

bz lagi ..part 3

4 comments :
Salam..
Hari -hari bz..
Berusaha nak dapatkan lantern-lantern nie. Shah Alam...Klang..ke KL..baru jumpa. Dua hari mencari...last2 dapat juga yang di hajati..hehe

Dah tiga hari bakar kek cawan nie tak siap2. tengoklah lautan kek cawan yg belum siap sepenuhnya. kena ambik masa sehari dua lagi baru siap..jenuh!!! huhhu..


Mendeko bakul-bakul lama dan baru. Olih kerana theme memerlukan bakul yg banyak..semua bakul yg ada di rumah di beri wajah baru. spry cat semula..tukar baju..deco-deco sikit..hihi



yang kelakarnya..papa tanya.. kenapa bakul tu ada yg pakai bengkung..ada yg tak? kah kah kah..
akk jawab..yg berbengkung tu sebab dia takde pinggang..boroiiiii...huwahahahah...

Monday, 17 October 2011

bz lagi ..part 2

2 comments :
Salam..
Walaupun badan rasa letih dengan aktiviti semalam..tugasan harus di teruskan. Buat masa ini tiada rasa nak bermalasan..semuanya harus dilakukan dengan cepat dan pantas supaya apa yang di rancang berjalan dengan lancar..InsyaAllah..
tengah melipat kad..buat kek cawan ' aspal '.. mencari akseseri yg sesuai dengan konsep..hhhuuuu

Friday, 14 October 2011

bz lagi..part 1

8 comments :
Salam...
Bersambung kebzian akk, tengah nak menyiapkan  bunga telor ini. Nak panggil bunga telor ke..sedangkan  isinya bukan telor, tapi coklat ferraro rocher. Panggil laa bunga coklat  ferraro rocher  :-)
Bakul putih rembat kat ikea 2 biji. tak cukup nak tambah lagi 2 biji.. 




kat sini akk ada kata nak return barang belian dari ikea..kerana tersalah beli. Akk pergi semula kerana nak mencuba nasib..kut2 boleh tukar kpd brg lain. rupanya..bukan saja boleh di tukar..tapi boleh return lagi..hihih sukanya akk..heheh
 Sebenarnya sejak  dari mula akk shopping di ikea, tak pernah ambil tahu pun yg barang belian boleh di return kalau kita rasa tak sesuai atau terlebih beli. kebiasaannya ok aje..klau ada sikit2 tak ok pun atau terlebih beli, simpan aje. rupanya..ikea membolehkan kita return semula barang yg kita  rasa tak sesuai atau terlebih beli..dengan syarat semua barang dlm keadaan baik..maksud kata tak berbuka lagi plastik pembalut atau kotaknya. ikea akan bayar sepenuhnya pada harga asal. pembayaran di buat melalui refund semula ke credit card kita..


fenomena bulan..

No comments :
Salam..
Jom layan.. gambar fenomena bulan terang ni..
Takjub dengan kebesaran Allah yang menjadikan segalanya mengikut kehendakNya...

 

Tuesday, 11 October 2011

bz lagi..

4 comments :
Salam..
Beberapa hari ini bz mengerjakan benda ini pulak. Balut semula dgn transperent plastik utk mengelakan dr serangan semut..


Semalam pergi Ikea lagi..nk cari benda lain , terbeli benda lain..huhuh
hari ini nak kesana lagi..harap2 boleh tukar barang yg tersalah beli dengan barang yg sebenarnya akk nak beli...

Friday, 7 October 2011

Operasi bermula..

6 comments :
Salam..
Beberapa hari dah menunggu keputusan, nak dapatkan CF rumah baru kami dan terus dapat kunci rumah untuk berpindah..nampaknya tiada rezeki kami nak mengadakan majlis kenduri kawin di rumah baru. Pemaju ada janji nak serahkan kunci secepat mungkin..tapi dari hari ke hari..cuma janji saja. Apa pun tak ada.  Hanya tinggal sebulan saja lagi..bayang kunci pun tak nampak. Jadi kami buat keputusan akan mengadakan majlis kenduri kawin di rumah yang kami duduk sekarang..



Sunday, 2 October 2011

hobi baru

8 comments :
Salam..
Sekarang ni akk ada hobi baru..
Sejak balik dari korea beberapa tahun lepas..akk selalu berangan nakkan taman bunga ros depan halaman rumah. Ada mencuba tanam beberapa pokok, baru beli memang cantik tapi lepas beberapa bulan pokok pun mati atau pun lebih sedap kata hidup segan mati pun tak mau..hehe
Beberapa bulan lepas seorang " kawan lama " telah add akk disebuah laman FB yg berkaitan dengan taman roses ni..
Setelah mengikuti laman FB tu..akk dpt belajar serba sedikit cara menanam pokok rose dan tip2 penjagaannya. Terimakasih kepadanya..sbb dia..akk dapat merealisasikan impian akk walau pun tak secantik taman di Korea itu :)



taman bunga rose di korea. rasa taknak balik, kalau boleh nak duduk lama2 kat situ..


taman sekangkang kera..jadilah. Rupanya bunga ros ini ada IDnya sendiri. akk tak smpat lagi nak menghafal nama2 nya. Yang akk tahu rose merah..ros merah samar..ros kuning..ros pepel..semuanya ros..kalau nak minum  sirap..carik sirap ros..hehe

ini antara koleksi pokok rose akk..pelan2 tambah lagi koleksi..

biasa tapi pelik..

6 comments :
Salam..
Semalam dpt 3 jemputan..sebenarnya ada 4, tapi yg 1 tak dapat hadir..sbb tak sempat. Jemputan ke3..majlis pertunangan...menu sedap2 belaka..semuanya akk makan..kecuali yg ini..rasa pelik dan ada rasa geli  nak makan..hukhuk. agak2 kenapa ekk?

dikatakan..namanya ' lemang periuk kera'..pertama kali nampak..kawan2 camna..pernah nampak ?