Salam ramadan ~~
Baru nak berblogwalking terbantut lah pulak..
Ada orang datang hantar barang..siap berkemas nanti akk sambung balik ye..nak terjah blog kawan2..mesti banyak cerita menarik ada kat sana ;-)
Thursday, 25 August 2011
Saturday, 20 August 2011
Thursday, 18 August 2011
hadiah servay..
Salam ramadhan ~~
Baru lepas berbuka puasa .seseorang menekan loceng rumah. Mulanya terperanjat juga..siapalah yang datang rumah time orang baru lepas berbuka dan nak solat. Rupanya jiran setaman non muslim datang menghantar hamper. Mak aiii!! banyaknya hamper yang dia bagi.!! Oya kata.. cukup stok untuk setahun!!!
Barangan keluaran Lion yang terkenal dengan mandian 'sukutbutsu'.. hehe
macamana akk boleh dapat???
akk di tugaskan mengunakan sample mandian..mungkin keluaran terbaru mereka, selama 10 hari saja. lepas tu akk jawab soklan dan beri markah pada semua keterangan yang mereka beri...senang saja ~~
Nota: Kalau Allah dah tentukan ada rezeki untuk kita..maka adalah ia, tak kira dalam bentuk apapun..walaupun ada orang yang telah memberi, menarik balik pemberianya. Rasa macam tak aci pulak!!!
Tuesday, 16 August 2011
Salam Ramadhan ~~
Bila ada masa terluang nak mengupdate blog, payah juga mencari idea apa yang nak di tulis. Bila kala ada idea datang..masa pulak yang tak mengizinkan..
dari duk saja2 ngadap laptop, blogwalking, terkadang terjumpa juga blog2 yang seram untuk di baca..hukhuk. baik juga akk buat n3 santai bersama Nuffnang..
Sekarang ni boleh di katakan setiap bulan akk dpt cek dari Nufnang. Insyaallah awal bulan nanti akk dapat lagi!! sbb cukup bulan hari itu akk dah cashout kan!! jumlah terbaik yang pernah akk dapat!!
Sekarang ini pun dalam akaun akk dah ada cukup amaun untuk dicashout kan lagi..yeeehaaa!!!
Terimakasih Nuffnang dan Advertiser yang percayakan blog akk!!
i lebiu..hehe
Setakat hari ini BE dah tinggal satu saja. Kalau dapat tambah lagi BE best jugak kan!!..
my blackberry!!
Salam ramadhan ~~
Hasil berblogwalking malam tadi..dapatlah akk info pasal status henphone blackberry. Olih kerana akk pun pengguna gajet ini..nak tahu jugala kan.. akk punya ni ori ke palesu ke..hehe.
akk copy paste dari blog kedah kl online ..untuk kita kongsi bersama..
Cuba buat...
Dail di Blackberry anda nombor *#06# dan kemudian akan muncul 15 digit nombor IMEI.
Contoh 15 digit nombor yang akan keluar ialah 355256.10.311780.6.
Berdasarkan contoh nombor IMEI di atas, susunan angka ketujuh & kelapan IMEI tersebut adalah 10. Ini bermakna Blackberry tersebut dikilangkan di Finland dengan kualiti yang sangat baik.
Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 08 atau 80, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Jerman dengan kualiti yang baik.
Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 03, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Perancis atau Canada dengan kualiti yang paling baik.
Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 02 atau 20, maka Blackberry tersebut dikilangkan di Asia dengan kualiti yang kurang elok.
Jika angka ketujuh dan kelapan adalah angka 04, maka Blackberry tersebut dikategorikan sebagai 'limited edition' yang dikilangkan khusus di Canada dengan kualiti teknologi terbaik di dunia.
JUSTERU, seandainya Blackberry kepunyaan anda tidak tersenarai langsung dalam salah satu nombor siri IMEI di atas, bermakna anda sebenarnya memiliki Blackberry palsu. - Paneh Miang.

Friday, 12 August 2011
hari menggantung periuk..
Salam ramadhan.
Hari untuk berehat dari sesi masak memasak..selepas lebih seminggu bertungkus lumus kedapur memasak juadah untuk berbuka puasa buat orang2 tersayang..
Malam ini seorang kawan baik kami hendak belanja kami berbuka puasa diluar. Hari mengantung periuk lah hari ini..:-)

gambar hiasan dr cik google
Thursday, 11 August 2011
kota kinabalu part 5
Salam ramadhan..
Sementara menunggu sesorang kawan yang hendak datang kerumah..sempatlah akk nak mengentry cerita ke KK tempoh hari..
Sebelum balik..akk menerima kunjungan tetamu, seorang kawan maya paling lama akk kenal bersama suaminya. Kami berkenalan dalam satu forum sembang beberapa tahun lalu..klik sini ..
Sebelum bertolak ke airport..sempat lagi berjalan sekitar bandar KK..mencuci mata dan mencuci poket..hehe..
Sementara menunggu sesorang kawan yang hendak datang kerumah..sempatlah akk nak mengentry cerita ke KK tempoh hari..
Sebelum balik..akk menerima kunjungan tetamu, seorang kawan maya paling lama akk kenal bersama suaminya. Kami berkenalan dalam satu forum sembang beberapa tahun lalu..klik sini ..
zana..terimakasih sudi berjumpa akk. terimakasih banyak2 tuk cheese tart yg zana buat khas buat akk sekeluarga..cedap..pagi tu jugak habis!! semua suka!!
Bila agaknya dapat berjumpa zana lagi. panjang umor..ada rezeki pasti berjumpa lagi.InsyaAllah..Sebelum bertolak ke airport..sempat lagi berjalan sekitar bandar KK..mencuci mata dan mencuci poket..hehe..
Tuesday, 9 August 2011
percaya tak? di sangka mengandung rupanya ular membesar dalam perut..
Salam ramadhan..
Semasa akk berblogwalking tadi..terjumpa blog Anak Seberang. Terasa geli yang amat sangat sampai senak perut nak termuntah baca kisah ini. kalau betullah cerita ini..bolehke terjadi?
jom baca...

Monday, 8 August 2011
kota kinabalu part 4
Salam ramadhan dan bersiaran lagi disini..
Sambung lagi kisah perjalanan keKK hari tu. selepas puas bermain dengan ikan kelah..
bergambar
bergaambar lagi..menahan sejuk sangat..
dan sebelum balik ke hotel singgah makan di restoran seafood. Kat sini teruja nak makan lobster yang dikatakan sedap sangat tu..harga pun agak murah. Tertunailah hajat akk nak makan lobster salah satu wish list akk..
butter prown..biasa ada kat smnanjung..tapi udang kat sini lebih manis rasanya..
lobster masak apa ekk..dah lupa ar. hingga kini terasa2 keenakanya..
ikan kerapu..
lokan bakar..yang ini pun sedap sangat..sampai tak cukup..hehhe dan beberapa menu lagi tak smpat nak berposing dah kena ngap..
Friday, 5 August 2011
kota kinabalu part 3
Salam,
Jam 6.30 pagi dah macam 8 pagi kat semenanjung. Kami bersiap nak pergi bekpes dan terus meenaiki van yg kami sewa..kemana2 ajelah yang akan di bawa amoi pemandu van tu. Lupa dah nama tempat2 yg kami lawati.Paling terkenang sekali ialah sepanjang perjalanan ke kaki gunung kinabalu. sangat takjub dengan kebesaran Allah. Pemandangan yang cantik udara yang nyaman. Kalau ada masa hendak aja akk dtg lagi..rasa tak puas memandang. kami sampai pun dah lewat..jadi pemandangan dah tak berapa cantik..seloknya datamg awal pagi..

keselamatan pengunjung tak di ambil kira olih pengurusan..kalau bebudak terjatuh dalam ni..sapa nak jawab..
dah puas tengok gunung dan membeli belah dikaki gunung..berpasangan menuju ke kolam air panas plak....
dah puas mandi manda..berposing pulak..
dah puas berposing, makan tengahahri..ke sungai ikan kelah pulak. pengalaman di gigit2 ikan..bukannya sakit..tapi geliii..hihihihhi..
ikan dah kenyang..taknak makan kaki kami lagi dah..heheh
manalah pergi mem lagi sorang ni agaknya! sibuk dgn urusan anak2nya laa tu!
sampai kat sini..kaki gunung Kinabalu..klau tak silaplaa..sejuk sangat. kami tak bawa bajuk sejuk pun..boleh bertahan lagi. ada pelancung mat saleh siap bawak baju tebal lagi..heheh
Monday, 1 August 2011
kota kinabalu part 2
Salam,
Selalu dengar rakan2 yang terbang guna Airasia merungut..penerbangan selalu delay. Bila time akk..rupanya memang betul. Penerbangan kami delay hampir 20 minit. Along/Illa terpaksa booked tiket lain untuk penerbangan jam 5pm...kerana tiada kompromi dari Airasia..huhuh. Rupanya penerbanagan mereka pun delay juga hingga jam 7pm. Kesian mereka kena menunggu lama, nasib baik ada rumah saudara mereka di area sepang, boleh menumpang berehat sementara menunggu masa penerbangan.

tak banyak program hari itu yang dapat kami lakukan kerana tak cukup korum. sempatlah beli besday kek dari scret resepi untuk members yang besdaynya jatuh pada bulan july.
happy de bay ..kata affan buat mereka dan dirinya sendiri..heheh
happy birthday abah sham, makteh dan affan..selamat meningkatkan umor. semuga menjadi insan2 yang soleh dan solehah..Amiinn..
salam ramadhan
Salam..
Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak buat semua mengunjung dan pembaca blog akk. Sempena menyambut bulan yang membawa seribu kebaikan ini, akk nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan atau kata2 akk yang menyinggung perasaan tanpa akk sedari.Semuga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan kita di berikan kekuatan untuk melakukan ibadah puasa, terawikh dan ibadah lainnya dengan sempurna dan dapat menghapuskan dosa yang pernah kita dilakukan ..amiinn..

Selamat Berpuasa semua...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)