*

Friday, 29 July 2011

kota kinabalu part 1

4 comments :
Salam,
Tahun ini percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu pulak. Tahun sebelumnya kami ke sini ,di sini ,sini dan sini .
Wah! sudah bertambah ramai ahli keluarga kami, 15 orang sudah..hahah. tahun depan tambah lagi..Insya-Allah..
Waktu ini anak sulong akk dan anak2nya tak dapat terbang sekali kerana ada masaalah teknikal.
Kasihan Along ngan Illa..terpaksa naik pesawat lain gara2 tertinggal satu my kid..huhuh


berpimpin tangan menuju ke puncak..lovingnya dua couple nie..hehe..

naik van..muat2 untuk 15 org..

nak kemana kita..

2 comments :
Salam,
Semalam papa tanya..awak nak kemana? jom kita pergi jenjalan !
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah..
Mulanya.. rasa macam nak ke Langkawi..jauh sangatlah pulak, nanti papa penat drive sorang.
 Kita  pergi Cameron Highland nak?
 Oya kata..takut  musim hujan ni..jalan licin..bahaya!
 kita pergi jalan dekat2 ajelah maa!pergi Lumut nak? dekat!!.
Oraitttt!!


 Bila datang main terjah aje..camnilah..ambik aje apa yg ada. bilik semua dah penuh. Nasib baik yg ini masih kosong..kalau tak..kena terjah ketempat lain..hukhuk. Mengikut rekod kami pernah datang tahun 2004. Dapat diskon lagi!  harga asal RM247++..tinggal RM198++ .. sbb kami warga emas..

 pemandangan dari balkoni bilik kami..
bersebelahan dengan pantai..

ulangtahun kami..

4 comments :
Salam,
Bila rasa happy..laju aje akk update n3. Hari ini hari ulang tahun perkahwinan akk yg ke 39 tahun tau!! Lama tu!
Alhamdhulillah..rasa bersyukur sangat di beri peluang berkongsi hidup dengan pasangan yang tersangat faham  dengan perangai dan perasaan akk. Agak2 berapa umur akk masa akk kawin dulu ekk? hihihi

gmbr cik google punya..


kalaulaa sewaktu kami masih muda begini boleh di ulang kembali...

gmbr cik google punya

ye!! kami sedang lalui saat manis di usia EMAS!!

telor tiruan ke?

10 comments :
Salam,
Beberapa minggu lepas Oya ada cerita.. di offis nya adakan majlis makan-makan. Katanya..dia merasa pelik dengan telor rebus yang di hidangkan bersama me kari. Dia  perasan yang telor ini mungkin telor tiruan kerana beberapa bulan lepas kami sekeluarga ada bincangkan berkenaan telor tiruan yang berada di pasaran tempatan. Akk mencadangkan, kalau nak makan di luar..jangan pilih menu yang berasaskan telor kerana kemungkinan kita akan termakan telor tiruan. Kalau di rumah kita boleh pastikan yang telor itu pastinya telor asli..

mesti mak dan bapak  telor ayam ini berketurunan kembar..hihihi

Inilah rupanya telor rebus tersebut. Sempat Oya ambik gambar sebahagian dari hidangan itu ( semuanya telor rebus tersebut rupanya begitu )..semata hendak tunjukkan pada akk. Boleh yakin ke kita..yang telor ini bukan telor tiruan? Sebelum ini kementerian yang berkaitan pernah meyakinkan penguna, dan memberi jaminan, bahawa tiada telor tiruan di pasaran tempatan..

Thursday, 28 July 2011

gedik

4 comments :
Salam..
Pagi pagi lagi akk dah blogwalking..singgah kat blog Tehr. Kalau ada masa..akk memang suka sangat lepak kat sana. N3 beliau kali ini dekat dengan hati akk. memang pernah nak buat N3 yang seakan ini, tapi tak kesempatan lagi. Jadi akk mohon dari tehr untuk copy paste. kalau nak baca yang ori..klik saja kat sini ..

Wanita Dan Gadis Gedik
Sebuah keluarga bahagia menjadi idaman dan harapan semua. Kaum wanita memang menjadi watak utama dalam menentukan kerukunan dan kedamaian hidup sebuah keluarga malah sebuah negara. Memang telah diakui tangan yang menghayun buaian itu boleh menggongcangkan dunia, lebih-lebih lagi kalau beliau adalah wanita pohon semalu.
Banyak kisah kejayaan seorang lelaki kerana adanya wanita hebat di belakang mereka. Wanita yang sentiasa menyokong, memberi harapan, semangat, idea serta menenangkan kegelisahan mereka. Tetapi, kerana wanita juga lelaki boleh menjadi kecewa, kacau bilau serta gagal menyerap tekanan yang ada. Bukankah jenayah pembunuhan yang pertama dalam sejarah manusia juga berlaku kerana seorang wanita?

Untuk menjadi wanita hebat memang payah. Kata orang tua-tua, mendidik dan menjaga seorang anak gadis lebih sukar dari sekandang kerbau. Tahu apa maksudnya seorang gadis gedik. Anak bujang Mr Tehr kata maksudnya gadis gatal. Orang Kelantan kata gelenyar
kalau biduk di tengah lautan
ke mana perahu mahu dibuang
kalaulah hidup meraba jalan
tanyalah ibu di mana simpang




nota: sangat memualkan..kalau wanita bersuami tergedik depan suami orang..

Wednesday, 27 July 2011

rindu..

2 comments :
Salam,
Sudah dekat seminggu akk tak bersiaran..terasa rindu pulak. Rindu nak berblogwalking, rindu nak baca n3 terbaru kawan semua. Walau takde cerita menarik..dapat taip sebaris dua ayat atau pun sepatah dua kata pun takpe kan! janji akk masih ada lagi kat sini..

Sejak balik dari bercuti ke KK hari tu..akk kena sakit kaki. Terasa macam bengkak dan berat kaki ni bila berjalan. Tapi tak bengkak. Dah makan ubat baru rasa lega sikit. Takut juga kalau-kalau terkena penyakit chikunyinya * betulke ejaannya..janji faham*..

nota : sebenarnya usiaku dah tak mampu nak ber aktiviti lasak lagi...

Thursday, 21 July 2011

apabila hati telah tiada..

10 comments :
Salam..
Kerap kali kita di ingatkan..berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja..berhati-hati bila mengambil tindakan..berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata..berhati-hati membuat keputusan. paling kerap di ucapkan..berhati-hatilah di jalan raya... heheh.


Berhati-hati itu membuatkan semua perkara menjadi tenang dan lancar..
Bila sudah tidak berhati-hati lagi..jadilah semua perkara kelam kabut..susah nak di urus..bercelaru..haru biru..
Tapi..janganlah sampai 'tidak ada hati'..semuanya akan jadi tawar dan hambar..seumpama 'mati'..

langit tidak selalunya cerah..

8 comments :
Salam..
Sesuai sangat ungkapan peribahasa 'langit tidak selalunya cerah'. untuk tajuk n3 akk kali ini.
tetiba saja idea datang sewaktu hendak menjemur kain pagi tadi. cuaca sedang elok panas ni baik cepat sidai kain..cepat dia kering..

gmbr cik google punya..perasaan aku punya..

Begitu juga dengan kehidupan ini. Selagi kita masih sihat dan di beri kekuatan fizikal dan mental..seloknya kita manfaatkan sebaik mungkin akan tuntutan dunia dan juga  akhirat..kerana kita tidak akan selalunya sihat..

Begitu juga selagi di beri kekuatan fizikal dan mental untuk mencari rezeki..carilah rezeki yang halal..dan menafaatkan kejalan yg di redhai Allah. Janganlah di bazir2kan kepada benda yang tidak perlu. Ingatlah masa hadapan yang masih panjang..kerana rezeki tidak selalunya menjadi milik kita..ada pasang surutnya. beringatlah semasa rezeki masih murah..kerana kita tidak tahu..ada kah rezeki untuk kita lagi?

Begitulah juga..dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan. hargailah ia selagi hayat masih di kandung badan. bila kita/mereka telah tiada nanti..barulah kita merindui akan kehadiran/kewujudan mereka di samping kita dan kita/mereka lah yang akan mendoakan kesejahteraan kita/mereka nanti. Berbaik sangka antara kita adalah amalan mulia. Kekurangan/ kelebihan diri sudah di tentukan sejak azali..terimalah ketentuanNya. kerana kita telah di takdirkan begitu..

Saturday, 16 July 2011

selamat berhujung minggu..

4 comments :
Salam..
Selamat berhujung minggu semua..semuga ceria dan bergembira bersama keluarga..
Beberapa hari tak bleh nak bertenet dan nak update blog pun tak kecukupan masa.  Sepanjang minggu ini akk sibuk menyiapkan, membeli barang2 keperluan majlis perkahwinan Oya nov ini. kalau boleh nak siapkan sebelum puasa. bulan puasa dan bulan  raya dah tentu tak boleh nak uruskan semuanya. Lagipun berkemungkinan akk nah pindah. Bila pindah nanti..banyak benda lain nak buat pulak. Jadi siapkan dulu semua barang2 keperluan majlis perkahwinan..bila pindah nanti tinggal uruskan rumah pulak.

Dahlah penat dengan semua tu..rasa down pulak. Apa yang akk nak buat dan dah rancang semuanya tak menjadi. akk paham ini ujian Allah pada akk. Akak terima dengan redha semuanya perkara yg terjadi.
Bermula dengan di sini.. disini ..

Macam2 hal lagi berlaku. rasa macam nak luahkan..tapi tertahan2.keputusan akk..biarkan ajelah  orang buat akk..asal akk tak buat orang. akk yakin Allah bersama akk dalam melakukan kebaikan, walaupun banyak ujian dan dugaannya..

nota: sekarang ni tak boleh nak cerita banyak hal luahan hati ..kat sini. blogku bukan jadi blog peribadi lagi .ramai kawan2 yg kenal akan daku membacanya...sampai masa akan ku tutup juga blog ini..huhuh

Wednesday, 13 July 2011

akhirnya..

8 comments :
Salam,
Baru rasa lega..apa yang akk geramkan dah selesai..
kronologi  kegeraman akk..bermula di sini..

30/6/11@10.21 am
- seorang hamba Allah ( tokeh agensi bermasaalah ) menalipon akk..tanya akk ada rumah ke tidak? akk jawab ada..memang akk ada kat    rumah.
- akak! saya nak datang rumah akklaa!.
* akk jawab 'datangla!'.
- tapi saya lupa jln rumah akk..sbb masa hantar akk balik ari tu..saya tak perasan sangat. ( memang pun kau tak perasan sbb kau bukan kenal aku pun dan aku pun bukan kenal kau sangat.baru 2x jumpa.kebetulan masa balik dari guangzhoa dia jemput di airpot,sbb akknya flight awal dari yg lain2)
* Tapi akk tak duduk situ..akk ada kat sunway kayangan !!
- tak.pe saya pergi sana!.  akak!! boleh bagi saya pinjam duit RM300 tak? saya urgent sangat  ni!!
* hah!!!!! akak takde duit banyak dalam wallet L***!!. takat 7-8 hinggit adalah ..wat beli goreng pisang!! ( apa ke jadahnya nak simpan duit bnyk2 kat dlm wallet..simpan di bank lagi baik. )
- takpe..nanti L*** antar akak gi bank..akk ada ATM kadkan?( hapa.. kau ingat aku ni haprak sangatke. takde ATM kad? )
Sampai kat depan pintu pagar..kebetulan papa pun sampai rumah serentak dengan dia. Berceloteh macam dah kenal lama lagaknya..bla..bla..bla.. Bukak cerita yang dia dah issued satu cek..tapi duit tak cukup RM300.nak keluarkan duit dari ATM mesin..kad pulak tertelan,katanya. Akak dah agak ini satu alasan orang takde duit dalam current akaun. Takkan tak boleh pinjam duit suami...datang dari jauh semata2 nak pinjam RM300. tengok pakai kereta tak menahan!!!  malas nak banyak cakap..akk pinjam dari papa n bagi dia pinjam.
- nanti hari selasa saya bayar ye kak!!" alasan nak bayar hari selasa kerana nak keluar negara.
KETOR TANGAN NAK BAGI PINJAM RM300. Maklumlah.. bukan senang nak dapat RM300. BW sepangjang malam selama sebulan pun belum tentu Nuffnang nak bagi sebanyak itu tau!..hehehe

5/7/11@12:32
 try call 2x tak berjawab. pastu dia sms..
-  kak baru habis meeting dgn kastam. tlg sms no akaun akk sekali lagi..
 (dah bagi dah..takpe bagi sekali lagi )

8/7/11
 try call 4x tak berjawab. akk sms dia.
*  L***!! kenapa tak angkat phone. bankin duit akk, akk nak bayar kutu pada M******( kawan akk yg dia kenal main kutu sama2 dan rekemen akk pergi melancung dgn agensi dia) tak pun akk suruh M****** mintak dari L***!! ( akk pun bagi alasan jugak ni..hehhe)

9/7/11
 baru dia nak balas sms akk semalam.
- Salam, kakros, ni L***. maaf hphone lagi satu hilang. L*** dah bnkin cek ke akaun akak smlm. selasa clear la. maaf lewat bz uruskan tiket ke boston & trip jkta/bndung dorang nk pegi mgu dpn. tkasih byk2.
* (dlm hati kata...ada akk kisah apa urusan kau )

12/7/11
* akk sms dia pagi. salam..  L***! mana ada duit masuk..jangan main2 laa !!
- sebelah petang dia balas . jap kak! L*** chk kt bank, td ada bank call tp tgh meeting..
* biasalaa tu.. (merujuk..org kalau menipu..mcm alasan di beri ) L***  bnkin arini juga. abg nak pakai duit tu. itu duit dia!!
- ini no akaun akak ye? bla..bla..bla..
* (dlm hati kata.. berapa banyak no akaun orang lain dia ada hah?klau akaun akk saja mesti ingatkan.. ).. ye!!

13/7/11
* 13:35 pm. call dia lagi..tak angkat.
- 13:45 pm dia sms..kak saya kat kaunter nak bank ni. jap lagi..
- ( dlm hati kata..yg hari tu kau kata dah masukan cek tu hapa..tak ke nak menipu..
*15: xx.. chek online jap tadi ..baru ada duit..

nota: bukan akk ni kedekut atau apa. lembu berpegang pada tali, maknusia kan berpegang pada janji. kalau berhutang kena bayar ikut perjanjian. Kalau rasa tak nak/boleh bayar cakap sajalah..nak mintak duit..hahaha..





-

cek nuffnang sampai lagi..

2 comments :
Salam..
Daripada takde buat entry apa apa..akk tulis saja lah pasal iklan Nuffnang. Awal bulan julai ..akk terima lagi cek daripada Nuffnang. Yang ke berapa ye.. lupa pulak..nanti belek balik page Nufnang ( macam laa banyak sangat sampai terlupa..hihi )

Sepatutnya cukup bulan hari tu dah boleh cashout lagi. Itulah terlupa.. dah tengah malam cukup bulan baru teringat. Waktu tu dah terlambat...kalau nak cashout sebelum akhir bulan. Kena lah tunggu cukup bulan julai nanti baru nak cashoutkan..lagi pun mana tau kut2 bertambah lagi BE..dan akan jadi ME..
Terimakasih Nuffnang..yang tak putus2 memberikan iklannya di blog akk. :)

majlis cukur rambut

2 comments :
Salam,
Alhamdhulillah..kumpulan marhaban akk telah selamat memenuhi undangan dari D'alis Deco  untuk meraikan majlis cukur rambut anak sulung lelaki pasangan En. Asmawi dan Pn Belinda. Semua persiapan majlis di urus olih D'alis Deco.
acara bertahnik..orang dulu2 kata.. belah mulut, ada yang kata belah lidah. apapun mengikut uztazah kami..ini sunah Rossulillah..

Baby di suapkan buah kurma dan air zam-zam.

ini pulak acara mencukur rambut. mak aii! lebatnya rambut baby ni. ambik masa lama nak membotakkan kepalanya..
olih kerana tangan nenek ni dah lengoh..bioler..papanya mengambil peranan..hehe

Tuesday, 12 July 2011

kataku..katakau..

6 comments :
Salam..
berjumpa lagi di siaran kali ini..dengan n3 yg tak berapa nak boleh layan sangat.perasaan akk buat masa ini..dengan seribu satu perasaan.nak kemana akk halakan perasaan ini..tak tahulah.geram,marah,sedih dan macam2 lagi.kalaulah waktu itu boleh akk putar kembali..akk nak kembali dimasa yang akk telah membuat keputusan lalu..
kau kata begini..kataku begitu.yang mana satu?

Thursday, 7 July 2011

7 comments :
Salam..
Pagi ini..jalan-jalan ke Sri Kembangan cari rumah pelanggan. Sampai  masa nanti senang nak tuju. Mana -mana kawasan yang tak biasa pergi..kami pergi servay dulu. heheh.
Macam wakil rakyat plak..pergi melawat kawasan..hahha
Kenapa nak melawat kawasan? ada jemputan laa! datangnya dari sini !

Wednesday, 6 July 2011

semuanya dalam package..

12 comments :
Salam..
Hidup insya Allah...Mati dah pasti. Baca ayat nie kat dalam facebook anak akk..Along Sham..
Kebetulan..khamis lepas..adik bungsu papa telah pulang ke rahmatullah secara mengejut. Jenazah telah selamat di kebumikan. Alhamdhulillah..semuanya selamat sempurna. Semuga arwah di tempatkan bersama orang yang soleh.. Alfatihah buat allahyarham..
Terbaca papan tanda ini di tepi masjid. Inilah harga package persiapan zahir kita untuk kita pergi menemui Ilahi.
Harga package sebenar  ada dalam diri kita sendiri. Package semahal mana yang kita nak bawak nanti? Ya Allah..ampun kan segala dosa-dosa ku...

Tuesday, 5 July 2011

percutian yang tak best langsung! part 3

4 comments :
Salam,
Siang tadi puasa..tidur lama ya amat sangat!! dah malam2 tak ngantuk lagi!!
akk sambung balik cerita akak bercuti hari tu ye..
Tak ingat tempoh penerbangan berapa jam. dalam pukul 7am lebih dah landing. gedebuk gedebak jam 9am lebih siap  dah semua orang kolek bagasi. nasib baik tour agensi tu oder makanan kat dalam flight, kalau tak harus kami semua kelaparan..memang takde makanan..
kami di sambut olih pemandu pelancung lelaki, dan membawa kami menaiki bas terus menuju ke Shanzhen dan makan tengahari di restron halal. makanannya  seperti biasa..sama saja macam kat Beijing dulu..

dah lapar sangat, tak sempat nak snap semua menu. sedar2 dah habis kena ngap..lambat kang habis semua. baik akk ngap juga..heheh

Lepas makan..singgah kat satu masjid untuk solat. pastu terus kehotel.. checkin. Berehat sekejap, keluar makan malam kat restoren lain. Lepas makan, di ajaknya ke satu shopping komplek ( tak ambik tahu pun nama tempat tu) jalan kaki you!! jauhnya lebih kurang 500 meter!! masak kaki akk!!! ngelupur!!!..dengan tak cukup tidurnya. nak tak nak.. perjalanan di teruskan jugak...ngeeeeeee...

nasib kau hencem n pandai amik ati n pandai buat lawak..kalau tak....BOLINGGGG WOooo..


Di bawanya kami kesatu kedai henbeg ASPAL..asli palsu. katanya meterial ori dari luar negara..buatan tempatan. Harganya tak menahan!! bila pegang hampehh!!! baik beli kat M'sia..dah tentu tahu mana asal usul henbeh tu..pegang pun senangg hatiiii ~
Singgah pulak kat kompleks sebelah kiri. Woww!! barang memang murah..murah!. tapi tulah..dah jauh malam, kedai pun dah nak tutup, badan semua pun dah letih. Sempatlah Oya rembat..beberapa helau blause, kasut, cenderahati cikit. akk langsung tak bleh pk nak beli apa.. dah jadi rambang mata, badan pun dah penat. Baru nak dtg mood menyopping..kawan dah mula bising..penatlaaa..ngantuklaa..dah malamlaa. Apake *****nya..jalan jauh-jauh nak cepat tidur! bila lagi nak membeli..kalau tak sekarang ni..esok bukan boleh datang sini lagi..
Saborr ajelahhhh.....