Cerita malam minggu lepas kelakar pun ada..geram pun ada..
Kami 3 beranak tak tahu nak buat apa malam minggu, selepas program AF tamat. Selalu duk melangut depan tv tengok program AF sampai habis.
Dah jam 9 mlm, makan pun tidak lagi. Bila tanya memasing buat muka monyok macam taknak makan. Sebab siangnya dah banyak makan rumah orang kenduri. Akk saja bagi cadangan...ajak keluar "jalan-jalan" gi tengok lampu kat KL. Semua setuju. Akk beli Mcd, makan dalam kerete dan "jalan-jalan" pusing KL. Dah lama tak buat aktiviti macam ni. Masa anak kecik2 dulu selalu laa buat kerja camni..heheh.
Dah puas ronda-ronda, jalan-jalan..menghabiskan minyak dari Shah Alam ke Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang..Ceras, Pudu..habis pusing keliling KL. Lalu jalan Pudu terkena jemlah pulak!. berapa jam melekat kat situ..tetiba papa perasan tempreture kereta dah naik..kereta kehausan!!!!huhuhu..
Sempat juga papa bawa sampai Pj NewTown. Beli air minerel tambah air. Lepas beberapa minit..nmpk tempt.dah turun sikit.
Baru jalan beberapa minit ( sib baik malam tu LRP tak jem) tempt. terus naik mendadak dan ada bau asap. Papa cepat2 berhenti dan matikan enjin. akk dgn oya sepantas kilat capai apa2 brg dalam kereta, terus bawa keluar..takut berlaku sesuatu..hukhukhuk
betul2 kat depan ni ah.. kete kami tersadai..
selalunya dia yang bawa kami kemana-mana..kali nie dia dibawak pulak.pastu siap pengiring sekali..hihihih
Bila kereta kami tersadai tepi lebuh raya tu..jalan dah mula jem. Lama juga menunggu truck peronda sampai. Papa nak hantar kereta ke workshop yang biasa kami langgan untuk van pekerja kami di Puchong. Memandangkan hari dah jauh malam, workshop pun dah tutup, pemandu truck pun taktahu di mana lokasi workshop tu..jadi, papa call owner workshop tu suruh buka workshop malam tu jugak. Tak sangka! ada power juga en.papa nie ye!!!..hihihi.
Jadi kami 3 beranak..eh! 4 beranaks! Anas jemput kitaorang.. pun meneruskan perjalanan "jalan-jalan" sambil mengiringi truck peronda ke workshop. Jalan2 sampai ke Puchong pulak!!!..kihkihkih.
Sampai aje rumah, papa terus kata..
hah!! nak sangat jalan-jalan kan!!.amik kau..kan dah jenjalan betul!!!
Sampai aje rumah, papa terus kata..
hah!! nak sangat jalan-jalan kan!!.amik kau..kan dah jenjalan betul!!!