Salam..
Sesekali makan makanan segera memang sedap. kalau dah selalu pulak jadi muak. Situasi inilah yang akak alami minggu ini. Disebabkan kebizian tahap nazak..makan minum bukan agenda penting lagi. Yang penting segala urusan perlu di bereskan mengikut jadual yang di tetapkan. Soal makan minum, asal ada makanan dan kenyang sudah cukup.
Selepas temankan Oya ke butik chanteq..singgah makan pizza hut di SACC. Takde pilihan dah..makan ajelah..dah dia nak belanja kan. Selain oder pizza, oya oder chicken wing. Baru nak suap chicken wing kemulut..macam ada satu aroma yang kurang menyenangkan menyusuk hidung..hukhukhuk.
akak : ayam ni ada macam bau ketiak la oya !"..hihihi
oya : mana ada..takdelah !" heheh
akak : ada..cer cium..hihih
oya : ngerff.. sambil kemikkan hidung..pastu letak balik.
oya : ala...ayam ni terlupa nak pakai deoderant..kihkihkih
Kesimpulannya..bila kerap sangat makan makanan yang sama..jadilah macam ni..
No comments :
Post a Comment
terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..