Salam..
Alamak! macamana lah akak nak beritahu kat orang tu yang akak tidak berapa suka dengan idea diaorang. Akak nak idea yang akak dan Oya dah sketch hari tu jugak!!
Kisahnya..akak dan oya sudah merancang hendak buat pelamin untuk majlis bertunang Oya macamana yang kami dah tunjukkan designnya pada dia. kami sudah siapkan sketchnya nak buat design camana. Design yang simple saje. Tidaklah hendak yang grand sangat. Pada mulanya dia dah setuju nak buatkan macam yang kami suka. Alih2 bila sampai masanya..orang tu bagi idea baru pulak..kata nak buat camni..camtu. Katanya.. pelamin ni dia buat khas untuk perkahwinan Tomok pada Julai depan. Dia nak bagi Oya try dulu..nak jadikan pelamin model kat FB diarang. Memula akak tak kisah. Orang nak bagi percuma..maksudnya takde xtra charge laa..
Tapi.. bila sudah dipasang..alamak! gedabaklah pulak kat tengah rumah nie...hihihi. Tak sesuaii sungguh..huhuh. Akak tak peduli! nak tukar jugak yg lain! dah macam pelamin orang nak bersanding aje!!
Takdenya nak tumpang populariti si Tomok tu..nak pelamin macam dia..walaupun sudah masuk rumah akak dulu..heheh..