Salam ..
Bertemu kembali..setelah beberapa hari tidak berblog.
Hari Sabtu dan Ahad, tarikh 26-27hb Mac 2011, merupakan hari bersejarah bagi akak, papa dan anak-anak kerana inilah kali pertama kami meraikan hari keluarga sebelah papa secara besar-besaran bersama adikberadik papa seramai 7 keluarga semuanya. Keseluruhan ahli keluarga seramai 62 orang termasuk cucu cicit Mohd Noh bin Sulong.
Memang sangat hepening..kegembiraan tak terungkap dengan kata-kata. Papa pun rasa seronok..di kelilingi adik beradik, ipar duai, anak/menantu saudara, cucu-cucu saudara. Tidak ketinggalan, sudah tentu laa.. isteri dan anak/menantu/cucu sendiri laaa..heheh
Pelbagai aktiviti di atur bagi memeriahkan hari tersebut..alhamdhulillah semuanya berjalan lancar. Yang paling best semua orang memberi kerjasama dan sangat sporting. pastu semua orang dpt hadiah cabutan bertuah pulak. hadiahnya sangat unik dan lucu..rasanya tak pernah org buat lagi. Nanti akak buat n3 khas utk hadiah yg akak dapat ye.. ( kalau ada masa nanti .)
Thema colour tahun ini..biru dan merah .family akak dengan thema colour biru pada hari sabtu.
pertama kali cucu-cucu main kat tepi pantai. selalu main kat swemening pool aje..hehe
Susah nak dapat atok sedara yang mithali ni. sanggup pangkukan cucu sedara sampai tidor. caya lah atuk chik.dah besar nanti mesti syameen sayang atok chik. si tecik syameen pun ikut thema jugak..
dua orang adik ipar dan anak2 sedara ku..
Acara makan2 derian. Kalau ada ler pertandingan makan derian..dah tentu papa menang.hihih
Ada pulak keturunan si paul sotong ni sesat kat pantai PD. Memula Nadiah yg nampak sotong kurita ni naik kepantai di bawa dek ombak.pastu chik din ambik bawak kedarat..kebetulan kami tengah berBBQ. ada yg cadangkan bakar dan boleh di makan. tapi tak lalulah.terus kami lepaskan..kesian dia..
Pagi ahad..lepas bekpes..semua turun kepantai dan mandi laut. tak ketingalan akak ler..dah lama sangat tak mandi laut..windu..hihihi
best nya sesekali wat camni..enjoy sekejap.hehe
Hari ahad thema colour merah.