*

Saturday, 26 February 2011

diet warga emas

9 comments :
Salam..
Selepas 2x makan ayam penyet..sebenarnya belum puas makan lagi..masih terasa keenakan masakannya..nanti nak cuba semua menu yang ada..hahah. Bertukar selera pulak kpd selera kampung. Lepas tu berselera makan di restoran soto seksyen 8 Shah Alam. Makan nasi  berlaukkan ikan pari bakar masak lemak putih sejenis masakan jawa, sambal dan ulam-ulam.  Masih terasa-rasa aroma daun cekor dlm masakan tersebut.

Semalam ..makan ini pulak..


ay seyy mennnn....papa pulak teringin..lama dah tak makan MacD katanya. 
chekali....cehkali...takpe weii..lupakan pasal diet..hihih..

Friday, 25 February 2011

Aznil naik bas?

2 comments :
salam..

fuyoo..baca tajuk macam gempak aje! betul! akak nampak Aznil Hj. Nawawi naik bas! tak caya? gambar tu
buktinya.. heheh..

Kalau betul-betul Aznil  Hj. Nawawi naik bas awam macamana? bertuah laa penumpang-penumpang bas tu...dapat tengok Aznil..muka ka muka. Takkan laa Aznil nak naik bas awam kan?. Akak sendiri pun dah tak naik bas awam kesekian kalinya..kalau naik bas rombongan makcik kiah ada laa..
2 comments :
Salam..
Saat mentari melabuhkan diri..

Wednesday, 23 February 2011

Keputusan

2 comments :
Kenapa suka buat keputusan terburu-buru.. tak boleh ke duduk sekejap... dan berfikir apakah keputusan yang  di buat itu tepat dengan apa yg di kehendaki. Kekadang kita cuma merancang..tapi Allah yang menentukan. Tetapi.. sesetengah keputusan..memang kita yang mahukan kan!..jadi bagaimana nak merancang segala keputusan? ..

lajunya makcik google ni jalan

Tuesday, 22 February 2011

Ayam Penyet

8 comments :
Salam..
Semalam selesai temankan Oya berurusan di sebuah butik di seksyen 7 Shah Alam..kami singgah makan di sebuah restoran ayam penyet. Inilah pertama kali akak makan masakan ayam penyet. Apa istimewanya masakan ini ye..sehingga banyak restoran ayam penyet di buka..seperti cendawan selepas hujan? akak rasa masakannya simple saja. Mungkin Orang-orang malaysia memang suka makan dan suka mencuba resepi masakan baru.Jadi kalau ada saja restoran yang menghidangkan makanan yang lain dari yang lain sikit..pasti full house.Yang akak suka dalam hidangan ayam penyet tu..ialah tempe dan tahu goreng yang di simbah dengan sambal..pedas berasap..

Inilah rupanya ayam penyet yang akak makan.Gambar yang akak ambik dah terdelete. pinjam gambar cik google..

Tengah hari tadi ajak papa pulak makan di situ. Restoran ayam penyet seksyen 7 Shah Alam.

Monday, 21 February 2011

kenapa akak sibuk

6 comments :
Salam dan selamat sejahtera..
Penat menguruskan majlis tahun lepas belum lagi hilang..dah bersiap-siap dengan urusan majlis baru pulak. Sepanjang minggu lepas sebelah petang, sibuk melayan Oya. Banyak perkara yg di buat memerlukan buah fikiran akak. Your taste..my teste..bercampur-campur...keputusannya..is our tasted..betuii ke makcik tulis nih ? hihih. Jangan majlis pada hari yang sama dengan majlis kawin Ally Iskandar sudah.Tak dapatlah akak tengok life majlis Ally Iskandar nanti. akak ni kan minat sangat kat dia..jangan tak tau..hehe..
Majlis nak buat di sini. : )

Inilah keputusan citarasa dua beranak. Di Jekel laa..

gulati's

Sunday, 20 February 2011

meeting keluarga

7 comments :
Salam..
Nampaknya tahun 2011 tahun paling sibuk untuk akak. Selain urusan harian dan bulanan berjalan seperti biasa sibuknya..ada beberapa lagi kesibukan tambahan..
Semalam ada meeting keluarga kat rumah. Kami bercadang hendak mengadakan hari keluarga..yang akan berlangsung pada 26-27 Mac ini bertempat di PD. Semua ahli keluarga papa "MD.Noh members" akan turut serta. Sambil-sambil bincang santai..gelak ketawa..ceria dan meriah..seronok..

kumpulan yg berbincang...

kumpulan yg mencatit minit dan berfb dgn kumpulan yg tak hadir meting. mcm sidang media plak..heheh

sempat berposing depan rmh lagi.nak terbang kemana sham 2..syian shikin tak nampak. Ayah chik saja2 aje nak kenakan angah brutal..hihihi

phuket part 10

No comments :
Selepas boat berlabuh..kami berempat singgah di satu restoran makanan laut. tujuannya bukan hendak makan..tapi  hendak melihat bagaimana lobster sejenis makanan laut di sediakan. Pengalaman berharga buat akak. bukan senang nak dapat tengok kat Malaysia tau! mungkin ada..tapi tidak tahu ada di mana. Teringin nak makan..tapi harganya diluar kemampuan kami. Di sini..yang dikatakan makanannya murah pun kami tak mampu..hukhukhuk..tercekik!!!!!!






inilah pengalaman paling berharga buat akak..


berposing jap..lepas sarapan roti bakar ngan milo..sementara menunggu nak check out petang nanti. Tak sabar nak balik..dah Lapaaaaar..
Jumpa lagi di lain destinasi..PD dan Guangzhau : )

phuket part 9

2 comments :
salam..
bertemu kembali cerita diphuket..
makanan di hidang sebaik sahaja matahari terbenam. aroma masakan yang di masak di kabin..membuatkan perut ini tak sabar-sabar menunggu untuk diisi. Bila pengumuman makan malam telah tersedia..memasing berebut-rebut macam bebudak..hehehe
meja dan kerusi  makan di kabin agak terhad bilangannya. kami pula tidak selesa kalau makan dlm keadaan bersempit-sempit.. jadi kami ambil keputusan makan di atas lantai boat  menghadap lautan sambil bersila..di terangi cahaya bulan purnama..dengan tiupan angin sepoi bahasa..waa..romantik giller..hehehe. Pengalaman paling indah yang takkan kami lupa..



lepas makan..lepak kat lantai boat. sebelah belakang tu, ada orang mabuk laut..nasib baik ada pembantu tolong tengok-tengokkan..

Saturday, 19 February 2011

fuschia

No comments :
terpikat dengan warnanya..
warna thema akan datang..



Friday, 18 February 2011

phuket part 8

2 comments :
Salam..
Saat menanti matahari terbenam sudah pun sampai. Semua orang happy aje. Ada beberapa pasangan non muslim di ulit cinta berahi  berani mati..khusuk dengan dunia mereka sendiri.hik..hik..hik.




                                         

bila matahari hampir termenam..bukan saja dapat menghayati kecantikan panorama alam ciptaan Tuhan..tapi rasa sebak dan sayu..syahdu dan rindu..kepadaMU..menanti saat untuk menghadapMU... 

saat hati sedanng hiba..ku pohon doa menadah tangan memohon keampunan. kulihat bulan sedang mengambang. Begitulah Allah menjadikan semuanya sempurna.. semua kejadiannya berpasangan. ada siang dan malam..ada matahari dan bulan..ada Hati dan perasaan dan hati yang hiba tadi tetiba gembira semula bila melihat bulan memancarkan cahayanya..



phuket part 7

No comments :
Bertemu kembali..
Sebelah petang hari ketiga kami menyertai sekumpulan kecil pelancung yang akan menyaksikan matahari terbenam di tengah laut. Tidak pernah merancang dan terfikir pun. Bila Mr Dave mengusulkan cadangan  nya..kami terus terima..dan membayar kira-kira RM160 untuk seorang termasuk makan malam di atas boat. Wau! best sangat..

kenderaan serupa inilah..yang membawa kami dari pengkalan ke jeti.duduk berhimpit  macam ikan sardin..heheh

psst..gmbr ini di pangkalan james bond island
jeti yang kami lalui utk sampai ke boat..


boat yang kami naiki...

sebelum boat bergerak..sempat bergambar kenangan di dalam kabin..

lorr..papake yang jadi pilotnya..waa.ka..ka..ka..

yang masa satu..fesyen pilihan anda..ekekekekek.terpaksa ku sensored..

Gambar kenangan baris depan.. akaklah tu, isteri fahmi..tukang ambik gambo..kakitangan Tourism Malaysia, pembantu Mahathir Lokman, Mahathir Lokman, Anuar kakitangan  Mas Airlines, lupa siapa, baris belakang..papa, pengusaha hotel bersama isteri Fauziah dari S'pore dan rakan/pembantu Mahathir lokman.

ada macam adik beradik tak? hahahah..

bersembang..saat menanti matahari terbenam..

phuket part 6

2 comments :
Salam..
Hari ke tiga..sebelah pagi takde aktiviti...
Maklum, semalam sudah penat seharian kat boat ditengah laut. balik bilik..mandi, lepas solat terus tak sedar diri sampai kesubuh. Bangun lepas subuh..baru terasa lapar sangat..terus pergi bekpest kat lobby hotel..makan roti bakar ngan milo.


Papa rasa tak kenyang..dia ajak pergi kedai makanan halal yg kami pergi semalam.. Sampai di sana kami lihat tukang masak sudah bertukar orang. Makcik semalam tiada..yang ada makcik cina  siam. Bila mereka nampak kami tercengang2..mereka memangil pembantu kedai mereka yg boleh cakap melayu dialek kelantan yang kami pun tak berapa nak paham. Kami berbisik dlm bahasa inggeris yg kami pasti dieorang pun tak paham. Keputusannya kami  taknak makan. Sebandah malu alah..kami duduk dan oder air minum saja.

Tetiba  teringat..semalam makan kuew tiaw udang sedap..terus kembang tengkok..huk! balik semula kehotel..makan roti dengan air minerel dan buahan. Sebelah ptang nak naik boat lagi..tengok sunset pulak..

phuket part 5

No comments :
Salam..
Lepas makan tengahari..kami ke sebuah pulau lagi..lupa nak tanya nama pulau apa. pulau yang penduduknya majoriti orang muslim ialah sebuah perkampungan yang terletak di atas air. Ada sebuah masjid dan sekolah agama. Ada juga restoran non muslim yang popular menghidangkan makanan exotik otak anak kera..yerkkk


sangkar ternakan ikan yu..


 laluan ke satu perkampungan..

di luar kotak pemikiran akak. macamana makcik ni berfikir..anak kera di pamperskan..seperti anaknya sendiri. akak geliii  dan geli hati sangat.. anak kera tu meramas-ramas payudara makcik tu seolah-olah nak menetek..kih..kih..kih..

Thursday, 17 February 2011

phuket part 4

5 comments :
cerita dalam gambar..


dalam boat besar...

nampak banyak obor-obor..

ikan lumba-lumba..



banyak pulau-pulau kecil dan pemandangan yang sangat cantik.


dari boat besar berpindah ke boat kecil..kerana air yang cetek.

pulau apa nama..tak tanya pulak..

barangan cenderahati yang dijual di sini..lebih mahal dari yg di jual di bandar.